Télécharger l’application
41.43% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 121: Bab 121

Chapitre 121: Bab 121

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Angin masih lagi bertiup kencang sewaktu kedua-dua pasangan ini menghampiri khemah utama yang telah terselak tirainya akibat ditiup angin. Chu Qiao ternampak sehelai permaidani putih di dalam khemah itu dan terbau suatu haruman memukau seperti bulu burung.

Swoosh! Chu Qiao menggunakan pedangnya untuk membelah tangan seorang pengawal lalu dia pun menerpa masuk ke arah khemah tersebut tanpa perasaan gentar.

Boom! Bunyi dentuman guruh bergema kuat. Obor masih lagi dinyalakan dan bau minyak pokok pain itu masih lagi dapat dihidu.

Pada saat itu, budak lelaki yang dikendong Zhuge Yue tiba-tiba menjerit yang lantas mendapat tolehan daripada Chu Qiao yang juga turut terkejut dengan apa yang dilihatnya, serta-merta mengenggam pedangnya dengan lebih erat. Suara Mo'er mula menjadi serak dan dia juga berkali-kali memukul belakang Zhuge Yue seperti orang gila. Budak lelaki yang telah kehilangan seluruh keluarganya itu sudah bukan seperti kanak-kanak naif sebelum ini, dan kini telah menjadi seekor binatang buas yang mengganas, dengan matanya yang merah sambil meraung kesedihan.

"Xingxing! Xingxing!" Teriak budak lelaki itu sekuat hatinya bersama air mata yang mula membasahi pipi. Teriakannya itu kedengaran seperti seekor serigala yang kehilangan ibunya semasa anak kecil itu menghulurkan tangannya untuk mencapai seorang budak perempuan yang sudah terbaring di tanah dengan dada yang mula terasa sebak. Kini hujan pun telah turut membasahi muka, mata dan tubuhnya. Kawasan di sekeliling itu telah pun dicat dengan warna merah, di mana darah yang telah bertakung di atas tanah itu membentuk sebuah tasik kecil berwarna merah terang, dengan bau hamis yang telah berbaur dengan udara sejuk.

Petir menyambar bumi sekali lagi pada ketika Chu Qiao sedang menggenggam erat pedangnya dengan nafasnya yang kini tercungap-cungap sambil menggigil tanpa henti. Wajah dan bibir wanita itu memucat, namun matanya masih lagi bersinar terang apabila mengenangkan wajah budak perempuan itu semalam sewaktu dia ingin beredar. Senyuman kanak-kanak itu membawa satu perasaan yang menggembirakan.

'Kakak, saya pergi dulu. Esok saya datang balik.'

'Esok saya datang balik… Esok saya datang balik… Esok saya datang balik…'

Perasaan marah yang membuak-buak terus menyirap ke dalam hatinya, dan lantas wanita itu mendongak perlahan-lahan sebelum melompat dari kudanya sambil menghunuskan pedangnya ke atas. Dia menggenggam pedangnya dengan sungguh erat bersama tatapan mata yang amat dingin apabila wanita itu merenung tepat ke arah khemah emas di hadapannya itu.

"Orang jahat! Orang jahat!" Kanak-kanak itu masih lagi menitiskan air matanya lantas Zhuge Yue pun melompat turun dari kuda sambil menepuk-nepuk bahagian belakang badan kanak-kanak itu dengan lembut. Dia kemudian berkata dengan nada yang rendah. "Budak, bersemangatlah sikit. Jangan biar musuh nampak air mata kita."

Ouyang Mo terus mengelap air matanya yang masih berlinangan. Anak mata anak kecil itu jelas menunjukkan dia bukan lagi seorang kanak-kanak yang naif dan lurus.

Tubuh Xingxing telah dicampak dengan sesuka hati sahaja ke dalam longkang di hadapan khemah. Luka parah yang terdapat pada tubuhnya kini sudah berubah menjadi pucat akibat terkena hujan, dengan matanya yang terbeliak namun sekelumit pun tidak berbaur dengan kebencian, panik, takut mahupun gentar. Tubuhnya kelihatan begitu kecil tanpa sebarang kasut di kaki jadi kakinya hanya terjuntai begitu sahaja. Keadaannya begitu menyayatkan hati, ditambahkan lagi dengan pisau belati milik Chu Qiao yang masih lagi tersemat di dalam genggaman tangannya manakala sepasang suami isteri dalam pertengahan umur juga sedang terkulai layu di sisi anak kecil itu. Mungkin itulah ibu dan bapa Xingxing.

Angin dingin terus bertiup dan melayang-layangkan jubah hijau milik Chu Qiao yang sudah basah lencun jadi ia melakat pada tubuhnya. Dia mendongak sambil menarik nafasnya sebelum maju selangkah, namun mata wanita itu tidak lagi kelihatan teragak-agak ataupun berduka, hanya keberanian dan kedegilan sahaja yang terpahat pada dirinya.

Pada saat ini, suatu aura membunuh yang menakutkan terpancar dari pedangnya, dan lantas Chu Qiao melonjak ke udara sebelum menusuk pedangnya ke dalam tanah seolah-olah dia sedang menanam segala kecurigaan yang menghantui dirinya di situ.

"Ah!" Bunyi teriakan tentera-tentera yang tercedera memecah kesunyian pada malam itu.

Chu Qiao tidak lagi menunjukkan kelemahannya kerana kini, dia merupakan seorang pahlawan yang akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di dalam laluannya tanpa sebarang belas kasihan. Pedangnya menusuk dada askar-askar itu dan dengan kekuatan kakinya, dia menerpa ke hadapan lalu membunuh musuh yang menghalangnya.

"Kepung mereka! Lindungi tuan muda!" Dalam keadaan hiruk-pikuk itu, sebuah bunyi teriakan yang kuat dapat didengari dan sekaligus membuatkan mata mereka semua terus bersinar setelah mendengarnya. Ketiga-tiga orang ini akhirnya telah berjaya dikepung dan selagi mereka dibunuh, pasukan tentera ini pasti akan dikurniakan pingat disebabkan perkhidmatan mereka itu.

Akan tetapi, semangat yang membara dalam diri mereka tidak kekal lama kerana dalam sekelip mata sahaja para tentera itu terus menyedari betapa bodohnya anggapan mereka itu kerana pihak musuh mula untuk memulakan serangan mereka di saat pasukan tentera itu mula untuk bergerak ke formasi pertahanan mereka! Dari mula sehingga ke akhir, mereka langsung tidak terfikir untuk melarikan diri pun!

Pedang Chu Qiao sekali lagi menari-nari di udara dan lantas dua orang askar di bahagian hadapan mula meronta-ronta kesakitan sebelum berundur kerana kaki salah seorang daripada mereka telah dipatahkan dengan darah yang terpancut di mana-mana manakala seorang lagi askar sedang menghampiri wanita itu dari belakang supaya dapat menikam belakang Chu Qiao. Namun wanita itu langsung tidak menoleh ke belakang dan terus menusuk pedangnya di jantung askar tersebut dengan sekali serangan sahaja, lantas membongkokkan tubuhnya sedikit dan kemudiannya menarik pedangnya kembali. Maka terperciklah darah askar tersebut padanya namun dia langsung tidak berkerut dan hanya mengesan para tentera yang mengelilinginya itu yang jelas sudah berada dalam ketakutan. Kemudian, dia menegakkan semula tubuhnya sebelum berjalan ke hadapan sambil mengheret pedangnya bersama.

"Tangkap dia!" Seorang lagi askar menempik.

Zhuge Yue hanya mendengus sambil mengangkat tangannya. Dengan sekilas sahaja, pemuda itu melemparkan sarung Pedang Poyue miliknya itu lalu menikam perut tentera itu dengan gaya yang menakutkan!

"Pak cik, bunuh mereka!" Budak lelaki di belakang Zhuge Yue itu menjerit tanpa gentar lagi. Pembunuhan kejam yang berlaku tempoh hari telah menyebabkan kanak-kanak seusia itu kehilangan segala sifat baik hati mahupun pemaafnya. Dia melayangkan buku limanya dan menjerit bagaikan seorang pahlawan perang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

"Tuan dah beri perintah dengan jelas! Sesiapa yang mampu bawa kepala mereka bertiga ini akan diberikan ganjaran sebanyak seribu tahil emas!" Seorang askar berjalan keluar dari khemah dan menjerit ke arah ahli pasukannya.

Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Chu Qiao dan Zhuge Yue meluru ke hadapan dan lantas bersembunyi di sebalik orang ramai itu. Pada saat itu, sekumpulan askar yang ramai menghampiri mereka dari pelbagai arah sambil mengacukan pedang mereka namun, hanya bunyi rontaan sahaja yang berkumandang di udara bersama anggota badan dan darah yang sudah bergelimpangan di sekeliling mereka. Oleh itu, kerumunan itu pun segera berundur tanpa memikirkan tentang ganjaran lagi dengan ramai yang merangkak di atas tanah dan cuba untuk melarikan diri.

Kawasan itu langsung tidak berpenghuni dalam beberapa saat seterusnya, dan Chu Qiao dan Zhuge Yue sedang berdiri di sisi masing-masing sambil merenung ke arah orang ramai dengan perasaan cemuh. Pemuda itu sudah dilumuri darah, namun masih bertanya, "Awak hidup lagi ke?"

"Saya belum mati." Chu Qiao merenung dingin ke arah pasukan tentera yang kini sedang menghampiri mereka, kemudian berkata dengan perlahan, "Awak selesaikan mereka semua ini. Saya akan masuk ke dalam khemah."

Zhuge Yue berkerut tetapi sebelum sempat dia membidas, Chu Qiao telah pun menuju ke dalam khemah dengan pantas ibarat pelesit.

Maka, satu lagi pembunuhan bakal bermula. Zhuge Yue menghamun dirinya sambil mengambil beberapa langkah ke hadapan untuk melengahkan masa. Di dalam khemah itu, Yan Xun sedang bersantai di atas permaidani yang hangat sambil berkerut manakala Ah Jing sedang memegang pedangnya di samping Yan Xun. Setelah mendengar kekalutan di luar, dia berkata, "Tuan, biar pengawal Yan masuk campurlah. Mereka berdua ini nampak macam handal saja."

Yan Xun mengusap dahinya perlahan-lahan sambil berkata, "Tak perlulah. Biar saja orang-orang dari keluarga Liu itu di sini."

"Tapi," Rungut Ah Jing, "Kita perlukan seseorang daripada keluarga Liu. Kalau tak, susahlah nak bertindak di Tang nanti."

Yan Xun hanya melambaikan tangannya sambil membalas dengan acuh tidak acuh , "Tunggu sekejap saja lagi."

Chu Qiao sudah pun menuju ke tirai pintu khemah dengan hanya lima orang pengawal dari keluarga Liu sahaja yang menghalang laluannya kini. Wanita itu hanya merenung mereka dengan tatapan mata yang kejam sambil menjilat darah di wajahnya itu. Tindak tanduknya yang kelihatan kejam dan bersahaja ini serta-merta berjaya untuk mematahkan keyakinan mereka, jadi dia pun terus menghayunkan pedangnya tanpa belas kasihan lagi. Ya, gadis inilah mesin pembunuh yang sempurna pada zaman ini.

Keadaan di dalam khemah begitu sunyi dan hanya bunyi pertempuran sahaja yang dapat didengari dari luar. Ah Jing yang mula berasa gelisah itu terus membuka mulutnya, "Tuan…"

Yan Xun berkerut akibat sebuah perasaan kerunsingan yang tidak dapat digambarkan terdetik dalam hatinya seolah-olah dia telah terlupa akan sesuatu. Sebuah suara sedang terngiang-ngiang di dalam fikirannya namun pemuda itu masih tidak dapat meneka siapa tuan empunya suara tersebut mahupun apakah yang telah disampaikan kepadanya. Bunyi pertempuran yang kuat di luar telah mengingatkannya tentang pelbagai memori yang tidak dapat dilupakannya. Akhirnya, dia memberikan isyarat tangannya dan berkata, "Pergilah."

Ah Jing terus menghembus nafas lega namun sebelum sempat pemuda itu berkata apa-apa, sebuah suara berkumandang pada malam itu.

"Liu Xi! Keluarlah!"

Bermula dari saat pemuda itu melarikan diri dari Bandar Zhen Huang, Yan Xun yang berdiri di bawah langit malam telah berjanji pada dirinya dia tidak akan berasa takut terhadap apa jua dan dia bersumpah dia akan menghapuskan apa sahaja yang telah menghalang jalannya. Pemuda itu akan menggunakan pedangnya, penumbuknya, dan juga kuasanya untuk menyatakan kepada seluruh dunia Raja Yan Bei sudah pulang. Segala penghinaan dan penyeksaan yang ditanggung akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.

Namun, pada saat ini, pemuda itu berasa sungguh takut sehingga dia melompat dari permaidaninya tanpa memakai sebarang kasut. Dia yang sudah tidak mempedulikan apa-apa terus berlari keluar seperti orang gila.

"Tuan!" Para pengawal di dalam khemah tersebut terus berasa panik lalu menuju ke hadapan dan Ah Jing juga telah menahannya dengan sebelah tangan. Dia yang tidak mendengar suara tersebut dengan lebih jelas telah beranggapan tuannya itu telah meradang dan ingin menumpaskan pihak lawannya.

"Tuan! Jangan bertindak melulu! Buang masa saja berlawan dengan mereka!"

Bunyi senjata bertembung sesama sendiri dapat didengari dan kini suara Chu Qiao kedengaran lebih kuat dan jelas apabila dia menjerit. "Liu Xi! Aku cakap keluarlah!"

Kali ini, Ah Jing pula yang terkaku jadi dia hanya terpegun di situ.

Angin bertiup kencang dan dalam sekelip mata tirai khemah itu disingkap terbuka. Petir menyambar bumi dan menyebabkan langit berubah warna putih sekilas di belakang wanita itu. Bayang-bayangnya kelihatan tinggi dan menegak tatkala dia sedang berdiri di hadapan pintu khemah dengan cemuhan yang terpancar jelas pada matanya, lalu Chu Qiao mengangkat pedangnya sebelum mengacunya ke arah Yan Xun sambil mendengus, "Liu Xi, kau mesti tak sangka yang aku di sini kan?"

'Ya, memang tak sangka. Macam mana aku boleh jangka perkara itu?' Ujar Yan Xun dalam fikirannya.

Cahaya di dalam khemah tiba-tiba terpadam disebabkan hujan di luar namun cahaya bulan tetap menyinari wajah gadis itu. Yan Xun memang sudah terkaku buat masa ini, tidak mampu untuk menguturkan sebarang kata dan hanya hanya mampu berdiri seperti tunggul kayu sahaja. Dia berkerut sambil memandang gadis di hadapannya itu tetapi masih terdiam bisu.

Chu Qiao memandangnya dengan dingin dan bernada seperti orang yang tidak berperasaan. Dia yang mengacukan pedangnya pada Yan Xun berkata lagi, "Kau dah khianati Yan Bei, Da Tong dan bunuh orang yang ada kaitan dengan kau. Jadi kau rasa kau layak mati ataupun tak?"

Pada saat ini, pengawal-pengawal Yan yang bersembunyi di luar khemah terus bertindak. Askar-askar ini telah mengharungi pelbagai pertempuran jadi mereka sudah semestinya lebih handal berbanding askar-askar Liu, berpakaian serba hitam manakala wajah mereka pula dilindungi oleh penutup muka. Senjata mereka dibawa bersama apabila mereka keluar dari dua bidang khemah yang terletak di kedua-dua belah sisi, lantas mengepung Zhuge Yue dan Chu Qiao dengan ketat dan pantas. Para pemanah pun telah bersiap sedia namun setelah melihat gadis di hadapan mereka ini, mereka berasa terperanjat sehingga terlupa untuk menyerang buat seketika.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C121
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous