Télécharger l’application
38.69% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 113: Bab 113

Chapitre 113: Bab 113

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tuan muda Mu yang terduduk di sebelah Zhuge Yue itu sedang memakai jubah berwarna merah lembut. Hanya sesetengah lelaki sahaja yang akan nampak kacak apabila mengenakan warna yang feminin ini namun warna ini amat bersesuaian dengan wajah Mu yang seiras wanita itu dan menyerlahkan lagi kecantikannya yang lain dari yang lain itu. Pemuda itu tersenyum lebar lalu berkata, "Jarang betul nak melihat tuan keempat bawa wanita bersama. Nampaknya tuan muda betul-betul sukakan gadis ini."

Orang lain tiba-tiba mencelah, "Gadis ini pasti cantik tiada tandingannya sampai mampu buat tuan muda keempat terlampau sukakan dia!"

Zhao Yang terhibur lantas dia pun meminta, "Tak rugi ke kalau asyik pakai penutup muka yang tebal kalau dia betul-betul seorang jelitawan? Zhuge, apa kata awak biar dia tanggalkan penutup muka itu dan pamerkan kejelitaannya itu kepada kami?" Selepas pertarungannya dengan Chu Qiao tempoh hari, statusnya kini naik dengan mendadak dan dia bukan lagi seorang putera yang tidak berkuasa mahupun berpengaruh. Setelah dia membuat permintaan itu, orang ramai bersorak setuju untuk membenarkan Chu Qiao mendedahkan wajahnya.

Zhuge Yue kemudiannya berkata dengan tenangnya. "Dia sebenarnya hodoh sangat. Kalau dia dedahkan dirinya, saya takut awak semua pula yang tak boleh tidur malam."

Sudah tentu Mu Yun tidak mempercayai pemuda itu namun Zhuge Yue hanya tersenyum dengan jawapan balasnya itu. Setelah melihat dia berkeras, mereka akhirnya akur pemuda itu tidak mahu dijadikan topik perbualan itu lantas ia terhenti di situ sahaja.

Malam semakin berlarutan apabila Zhao Zhongyen dan beberapa orang yang lain sudah mabuk, lalu datuk bandar pun mengarahkan orang untuk membawa mereka pulang ke bilik masing-masing. Apabila Chu Qiao berdiri, adik datuk bandar tiba-tiba menjerit lalu merebah ke arah gadis itu namun gadis itu segera menyambut gadis itu dengan kelincahan pergerakannya dan lantas membantunya untuk berdiri semula. Adik datuk bandar itu yang sudah kemerah-merahan itu menepuk lega dadanya, lantas mengucapkan terima kasih kepada Chu Qiao, "Terima kasih."

Chu Qiao hanya menggelengkan kepalanya dengan kepala yang direndahkan namun mendapati kain gadis itu telah dipijak oleh Zhao Yang. Setelah melihat dia menjeling, Zhao Yang cepat-cepat mengangguk dengan sopan dan mengalihkan kakinya lalu meninggalkan dewan tersebut.

Chu Qiao mengerutkan kening namun fikirannya terganggu apabila Zhuge Yue mencelah, "Awak tak nak pergi lagi?"

Chu Qiao menundukkan kepalanya dan cepat-cepat mengekori Zhuge Yue.

Malam itu terasa lebih sejuk dari biasa apabila kuda-kuda mula meligas pada waktu malam. Keluarga Zhuge mempunyai aset di Daerah An Bai jadi mereka tak perlu tinggal di tempat yang disediakan dan setelah menyelak jendela pedati, Chu Qiao merenung ke luar yang kelihatan gelap gelita itu. Zhuge Yue yang sedang berehat tiba-tiba bertanya, "Awak nak pergi ke?"

Chu Qiao dengan sinisnya membalas, "Kalau awak hentikan saya, saya akan pastikan kita berdua mati."

Zhuge Yue yang langsung tidak membuka matanya itu membalas, "Kalau nak pergi, pergilah. Jangan lupa tutup jendela, dan jangan kacau saya tidur."

Chu Qiao yang terperanjat mendengar jawapan itu cepat-cepat melompat keluar. Yue Qi dan pengawal-pengawal yang lain seperti tidak sedar akan kehadirannya jadi hal itu membuatkannya bebas untuk bergerak. Setelah berjalan melewati dua batang jalan barulah dia percaya yang musuh ketatnya membiarkan dia pergi dengan mudah!

'Ada yang tak kena!' Rungut Chu Qiao sendirian. Setelah pelbagai ancaman dan perlawanan yang ditempuhi, pemuda itu pasti tidak akan melepaskannya begitu sahaja. Mengapa kali ini dia terlalu yakin untuk membenarkan Chu Qiao pergi? Tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berhenti dan berfikir. Setelah gadis itu kembali berfikiran rasional, dia segera bergerak ke pintu bandar namun setelah beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi sumbang di belakangnya seolah-olah mereka sedang berlawan.

Chu Qiao terus menghentikan langkahnya dan menoleh. Musuh datang menyerang dengan tiba-tiba sehingga mereka mengerumuni seluruh jalan raya. Yue Qi yang sedang mengawal gerabak Zhuge Yue berteriak, "Siapa kalian? Tahu tak gerabak siapa ini?"

Mereka tidak menjawab soalan itu dan kemudian dengan sinisnya mereka berkata, "Serahkan orang itu."

Zhuge Yue membuka pintu gerabaknya lantas dengan tenang dia berkata, "Marilah lawan."

Dalam sekelip mata, bertalu-talu anak panah dilepaskan ke arah kumpulan Zhuge Yue. Penyerang hendap ini membawa busur silang kecil yang disembunyikan bersama. Sewaktu Yue Qi dan pengawal yang lain menghampiri musuh, mereka sudah tercedera. Bunyi laungan perang telah memecah malam yang sunyi di jalan raya itu. Salah seorang penyangak cuba untuk menceroboh masuk ke dalam gerabak dan hanya ternampak lapisan yang putih sahaja. Pemandangan itu menjadi pemandangan terakhirnya sebelum kepalanya dipancung. Pembunuh upahan yang lain mula berasa takut lantas mereka segera mengerumuni gerabak tersebut dan dengan sekilas hentakan, bumbung gerabak itu telah dimusnahkan oleh Zhuge Yue yang melompat ke udara sambil melibaskan pedangnya begitu cantik sekali ibarat pertunjukan bunga api. Apabila dia mendarat, lengan bajunya berkibar-kibar di udara bersama. Dua tompokan darah yang terpercik pada dahinya menonjolkan lagi kebengisannya itu.

"Tuan Keempat Zhuge, kami tiada niat untuk membuat awak marah. Selepas awak serahkan orang itu, kami akan pergi dengan segera."

Zhuge Yue berpura-pura pekak lalu menikam tapak tangan orang itu dengan pedangnya. Lelaki yang tidak menyangka dia akan diserang seperti itu terus meronta-ronta kesakitan sambil memegang tangannya yang ditikam. Wajah ketua mereka terus berubah serius lalu dia berkata, "Kalau begitu, saya minta maaf."

Jalan raya itu tiba-tiba terang sebaik sahaja kumpulan itu tadi menyalakan obor mereka. Setelah diterangi, mereka mendapati terdapat ramai lagi pembunuh upahan yang membanjiri bumbung bangunan di kedua-dua sisi jalan tersebut dengan setiap seorang daripada mereka yang menghalakan busur besar mereka ke arah Zhuge Yue. Dengan satu isyarat sahaja mereka boleh melepaskan serangan mereka dan perkara itu membuatkan Yue Qi dan pengawal yang lain hanya mampu tergamam.

Mereka boleh tahu yang busur-busur tersebut merupakan busur yang bergred ketenteraan dan anak panah yang dilepaskan sudah tentu berkuasa tinggi dan berkelajuan pantas. Tambahan pula, penembak mereka tinggi-tinggi belaka jadi memang habislah mereka.

Pada waktu itu, mereka terdengar bunyi desiran di udara. Pembunuh upahan yang memegang obor itu tiba-tiba merebah dan jalan raya tersebut mula menjadi gelap kembali. Zhuge Yue terus meluru dan melemparkan serangannya lalu menamatkan riwayat ketua mereka itu namun wajahnya kini tidak mempamerkan perasaan leganya malah dia kelihatan lebih serius dari sebelum ini. Dia kemudiannya menggeram, "Siapa suruh awak datang balik?"

Badan Chu Qiao terkaku seperti seluruh badannya sedang digigit seangkatan semut dan apabila dia cuba untuk kembali ke posisinya sesenyap mungkin, dia tidak dapat membunuh pembunuh upahan itu tepat pada waktunya jadi dia pun menerima satu tikaman. Namun, pedang tersebut telah dibaluti dengan racun yang cepat bertindak. Seketika itu, pergerakan gadis itu mula meluluh sehingga dia tidak mampu membalas serangan musuh yang sedang menghampirinya itu. Buat pertama kali dia menjadi panik kerana dia dapat melihat pergerakan musuhnya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Pedang tersebut hampir tertusuk padanya namun sebelum sempat hal itu terjadi, sebilah pedang menusuk dada pembunuh upahan itu lalu menyebabkan musuh itu terkulai ke belakang. Zhuge Yue cepat-cepat menyambut tubuh Chu Qiao dan bertanya, "Awak diiracun ke?"

Setelah itu, Chu Qiao memuntahkan darah.

Zhuge Yue terus berkerut apabila melihat situasi tersebut lantas dia cepat-cepat berundur sambil memberikan arahan, "Yue Qi! Lindung saya!"

Skil pedang Yue Qi yang semakin berkembang telah mengunci pergerakan pembunuh-pembunuh upahan itu bersama orang-orangnya yang lain. Tanpa berhenti berlawan, Yue Qi menyahut, "Baik! Tuan pergi dulu!"

Zhuge Yue yang mendukung Chu Qiao terus melompat naik ke atas kuda dan dengan jeritan yang kuat, dia pergi meninggalkan pengepungan itu.

"Jangan biar dia terlepas! Kejar mereka!" Lelaki-lelaki yang berpakaian serba hitam terus mengejar dari belakang.

Zhuge Yue mengawal kuda tersebut hanya dengan menggunakan kedua kakinya apabila sebelah tangannya sedang memegang Chu Qiao manakala tangan yang lagi satu sedang memegang pedangnya. Pada waktu itu jugalah guruh berdentum diikuti dengan hujan lebat yang turun membasahi bumi. Oleh sebab hujan terlalu lebat, ia menyukarkan pandangan mereka untuk melihat bayang-bayang di hadapan dan mereka tidak mungkin akan dapat melepaskan serangan dengan tepat dalam keadaan cuaca seperti ini jadi pembunuh upahan di atas bumbung terus mengabaikan posisi mereka lalu terjun di hadapan kuda yang sedang melarikan diri itu. Zhuge Yue mengikat Chu Qiao dengan erat di atas kuda sebelum dia melompat dari kuda tersebut. Dia yang kelihatan seperti menari-nari di dalam hujan cepat-cepat membuka laluan. Lantas, kuda yang membawa Chu Qiao beredar menggunakan laluan itu.

"Kejar dia! Dia dah—AH!" Salah seorang daripada mereka cuba memberitahu yang lain namun kata-katanya mati di situ apabila lehernya ditikam dengan sebilah pedang yang dipenuhi dengan darah sebelum dia rebah ke tanah tidak bernyawa lagi. Hujan masih turun dengan lebat dalam kekalutan itu.

Zhuge Yue menerpa masuk ke dalam sebuah kuil dan mendapati beberapa orang pengemis yang sedang terduduk di penjuru, kemudian pemuda itu menyentak salah seorang daripada mereka dan bertanya, "Ada nampak seorang perempuan yang memakai baju hijau masuk ke sini?"

Zhuge Yue yang kelihatan begitu sengsara kerana dia telah dipenuhi dengan darah dan juga air hujan. Sudah tentulah pengemis-pengemis itu akan berasa takut dengan tingkah lakunya itu dan hanya mampu menggelengkan kepala mereka sepantas mungkin. Zhuge Yue menoleh ke arah mereka yang lain dan mendapati salah seorang daripada mereka telah melarikan diri. Setelah melihat keadaan di luar kuil itu, angin bertiup kencang dan lantas melayangkan daun-daun kering bersama lalu seperti duit kertas pada Perayaan Hantu.

Zhuge Yue mengerutkan keningnya setelah menggunakan seluruh tenaganya untuk bertarung dan kini dia mula berasa lesu. Mencari Chu Qiao di merata tempat nampaknya tidak membuahkan hasil. Tiba-tiba, sekumpulan pembunuh upahan muncul lagi setelah terlepas dari pengepungan Yue Qi. Zhuge Yue mengetap giginya lalu menghayunkan pedangnya itu. Walaupun dalam keadaan lemah, ayunan pedangnya masih lagi lancar seperti angin lantas memercikkan tompokan merah setiap kali ia dihayunkan. Zhuge Yue kemudian melompat ke atas bumbung setelah menusuk bahu salah seorang pembunuh upahan itu. Setelah melompat beberapa kali, dia akhirnya melesap ke arah timur.

Hujan tidak berhenti turun jadi setiap detik perjalanannya menjadi begitu sukar. Jalan raya utama yang menghala keluar dari bandar kini dipenuhi dengan lumpur namun tanpa berfikir panjang Zhuge Yue terus sahaja melewati jalan berlumpur itu dan pakaiannya yang penuh dengan darah tadi kini bercampur dengan lumpur. Wajahnya pucat dan bibirnya pula membiru. Dua tompokan darah yang terpercik pada dahinya kini telah membeku dan menampakkan aura kejahatan pada wajahnya yang kacak itu.

Setelah berlari selama lebih kurang dua jam, dia masih tidak dapat menjejaki bayang-bayang Chu Qiao. Suatu perasaan risau bermain dalam fikirannya di saat dia melepaskan geram pada panji-panji kedai teh terbiar di tepi jalan yang kemudiannya jatuh ke dalam air lumpur bersama bunyi desiran yang kuat lantas membuatkan lumpur terpercik di mana-mana. Dia kemudiannya memasuki kedai teh itu dan disambut dengan kegelapan dan sarang labah-labah yang banyak. Sudah tentu sekali kedai ini telah lama terbiar kerana sejurus sahaja dia memasukinya, angin yang bertiup menghembuskan debu-debu yang terdapat di dalam kedai tersebut.

"Awak di sini ke?" Jerit Zhuge Yue namun hanya dibalas dengan bunyi dentuman guruh dan bunyi desiran angin. Sehingga ke belakang di berlari, dia masih tidak dapat melihat sesiapa. Jadi, dia menoleh dan bersedia untuk bergerak ke timur. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kuda meringkik lalu dia cepat-cepat berpaling dan mendapati seekor kuda berwarna merah pulasan berdiri di rumput tinggi yang kelihatan seperti sawah padi di belakang kedai teh terbiar ini. Tompokan darah jelas kelihatan di atas kuda tersebut.

Matanya terbeliak terkejut lantas dia pun segera menuju ke hadapan. Hujan yang turun tersangatlah lebat jadi sawah padi tersebut boleh dikatakan dibanjiri dengan air yang dalamnya lebih kurang semeter. Dia terpaksa menggunakan seluruh tenaganya untuk bergerak kerana ia begitu sukar untuk mara ke hadapan. Dengan mengelap air hujan yang menempel pada wajahnya, dia teruskan usahanya itu untuk mencari Chu Qiao.

Bukan di sini, dia tiada, dia tiada di sini!

Sebelum sempat dia sampai ke kudanya, tiba-tiba pemuda itu tersandung sesuatu yang lembut di dalam air. Dia yang terkaku cepat-cepat berlutut dalam air untuk merasainya sendiri dengan tangan. Lantas, tangannya terpegang satu susuk tubuh manusia dan jelas sekali manusia itu adalah Chu Qiao. Mata Chu Qiao terpejam rapat dan wajahnya sudah membengkak. Mulut dan hidungnya telah dipenuhi lumpur manakala tangannya pula sudah membeku seperti mayat.

Zhuge Yue segera membawanya keluar dari sawah padi itu dan lantas membaringkannya di atas jalan raya yang berlumpur itu. Dengan ketangkasannya, dia menyapu lumpur yang memenuhi hidung dan mulutnya sebelum menekan-nekan perut dan dadanya.

"Bangun!" Dia mengetap gigi lalu berteriak dan terus menekan-nekan perut Chu Qiao yang sudah kembung itu, "Saya tak benarkan awak mati! Bangunlah saya cakap!"

Wajah Chu Qiao masih lagi membengkak dan badannya pula sejuk seperti ais. Tubuh gadis itu bergetar apabila dadanya ditekan oleh lelaki itu.

Zhuge Yue berkerut lalu dia memicit hidung gadis itu dan memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepadanya. Walaupun demikian, gadis itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun. Jantung Zhuge Yue mula berdegup kencang. Dia ibarat cuaca mendung seperti ini yang keliru dan sengsara kerana tidak mampu melihat apa-apa sinaran harapan dan lantas sebuah perasaan marah mula tersemat dalam jiwanya. Apabila memandang wajah gadis yang pernah berlawan dengannya dari semasa ke semasa ini, dia tiba-tiba menjerit, "Saya tak benarkan awak mati!! Awak faham tak? Bangunlah! Saya cakap bangun!"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C113
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous