Télécharger l’application
26.71% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 78: Bab 78

Chapitre 78: Bab 78

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Melaporkan!" Sebuah lagi bunyi amaran bergema kuat di udara, yang lantas membuatkan semua orang yang mendengarnya menggigil ketakutan akibat risau akan berita buruk yang bakal didengari mereka, namun sebelum askar itu membuka mulutnya, Zhao Qi telah menyampuk, "Ada sesiapa yang dah dibunuh lagi?"

Askar itu terpana, menggelengkan kepalanya. "Tak."

Semua orang melepaskan keluhan lega, dan lantas askar tersebut menyambung, "Tuanku, sesuatu yang buruk dah berlaku! Dataran Zi Wei, diluar istana, kuil-kuil pusaka di barat daya, Kuil Da An, Jalan Jiu Wai, tasik-tasik di selatan, Bandar Hua Rong berdekatan Pintu Gerbang Xi Zhi, Kawasan Perumahan Barat, Bandar Guwan Timur, Kem Persisiran Pantai Barat, Kawasan Kediaman Cendekiawan Selatan, semuanya telah dijilat api. Lagi satu, penjahat-penjahat dah pun membuat kacau-bilau di dalam bandar, membunuh rakyat jelata dan juga membakar rumah-rumah kedai. Jalan Jiu Wai memang huru-hara sekarang ni, banyak yang dah terbunuh. Kami agak-agak dalam 30 ribu orang yang dah terlibat dalam konflik ini."

Beberapa orang pegawai yang lebih tua hampir pengsan setelah mendengar perkhabaran ini.

Zhao Song mengamuk, "Apa yang sedang berlaku? Ada pemberontakan ke? Mana Askar Berkuda? Pasukan Tentera Hijau? Utusan Khas Barat Daya? Mereka semua dah mati ke?"

"Tuanku Ketiga Belas, Leftenan Kolonel Song dan mengetuai beberapa ratus tentera untuk mengawal keamanan. Mereka yang dah disabit bersalah atas pembakaran dan rompakan itu dah dijumpai dan ternyata mereka semua rakyat biasa. Sesetengah daripada mereka memang samseng tempatan, sesetengah lagi daripada universiti, dan juga pengawal peribadi yang cekap dari luar negeri. Ramai rakyat yang cakap mereka nak ambil balik apa yang sebetulnya milik mereka, dan ada juga yang datang daripada jabatan polis yang berlainan."

"Jabatan polis pun menyertai dalam rompakan ini? Mereka dah tak larat hidup ke?"

Pengutus itu mula berpeluh dan membalas, "Tuanku Ketiga Belas, pasukan itu dihantar untuk mengawal keadaan, namun mereka juga disamun oleh orang lain. Sesetengah mereka diselubungi dengan perasaan geram, sesetengah lagi dah dihasut dengan wang, dan sesetengah lagi telah dipaksa. Jadi, mereka tanggalkan uniform mereka dan terus menyertai rompakan tersebut. Memang huru-hara sangat sampai pasukan tentera yang beratus-ratus orang di luar itu pun tak tahu nak buat apa! Tuanku, tiada berita daripada Pasukan Berkuda dan juga Pasukan Tentera Hijau. Pasukan yang sepatutnya bertugas di kediaman Pengutusan Barat Daya itu langsung tidak kelihatan. Leftenan Kolonel Song cakap yang pemberontakan ini telah dirancang, ada seorang dalang kepada seluruh operasi ini yang akan lebih memburukkan keadaan. Tuanku, Leftenan Kolonel juga cakap yang pemberontakan ini dah jadi semakin tak terkawal, lagi ramai rakyat yang menyertainya dan apabila semua rakyat menyertai pemberontakan ini, pasti keadaan tidak akan dapat dikawal lagi. Tuanku, sila ambil langkah dengan cermat!"

Semua orang menumpukan perhatian mereka ke arah Maharaja yang sedang berdiri megah di atas pentas dengan raut wajah yang serius, terdiam buat masa yang lama.

"Tuanku! Tuanku!" Laungan demi laungan bergema memenuhi ruang udara. Seorang askar yang penuh dilumuri darah, meluru masuk ke dalam astaka yang lantas mendapat perhatian semua orang di dalam kawasan itu dengan wajah mereka yang ketakutan. Tiada siapa yang mampu berkata apa-apa semasa merenung pengutus itu yang sedang meluru ke Maharaja.

Zhao Che berdiri daripada kalangan khalayak ramai itu, wajahnya berkerut namun masih kelihatan tenang, lantas bertanya dengan suara yang direndahkan, "Apa lagi yang dah berlaku?"

"Yan Xun dah mengkhianat! Dia bawa sekumpulan tentera ke kediaman Pengutusan Barat Daya untuk menyerang kediamannya! Pasukan Tentera Hijau, Pasukan Berkuda, Pasukan Tentera Ketujuh, Pasukan Tentera Kesembilan, Pasukan Tentera Keenam Belas, Kediaman Majistret semuanya dah hilang! Jalan-jalan semua dah ditutup, semua menara penyiaran dah putus, dan semua pengutus dah mati dibunuh. Pintu gerbang selatan, timur, dan utara dah dikepung oleh pihak musuh. Komander daripada divisyen ke-12, ke-19, dan ke-36 dah membawa pertolongan dan sedang menuju ke arah ibu negara, tapi dah disekat oleh rakyat-rakyat yang sedang memberontak dan tak dapat nak menembusi Jalan Jiu Wai. Yan Xun dah mengepung Pintu Gerbang Zi Jin, Leftenan Kolonel Song sedang mengharungi pertempuran di sana. Dengan kurang daripada tiga ribu tentera, kita pasti tidak akan dapat menghalang serangan mereka!"

Semua orang yang mendengarnya menjadi terkejut yang berbaur panik, beberapa orang pegawai tua yang tidak mampu menahan perasaan mereka jatuh rebah, dengan wajah yang sepucat sehelai kertas. Adakah ini bermakna perubahan semakin hampir tiba?

Maharaja Xia itu memejamkan matanya dengan perlahan. Pada saat itu, dia tidak dapat lagi mencari alasan lain dan harus mengakui kegagalan teruk yang telah berlaku disebabkan kematian Ba Lei dan Wei Shuye itu. Dia telah menggerakkan seribu orang askar untuk menghapuskan burung yang telah terbang dari sangkarnya itu namun rancangan Maharaja tersebut kini memakan diri sendiri sehingga Pengutusan Barat Daya juga telah berpaling tadah ke Yan Xun. Dalam lapan tahun ini, apakah yang telah dipelajari pemuda itu?

Maharaja Xia yang sudah tua itu melepaskan keluhan yang besar. 'Shicheng, bagaimana aku boleh lupa? Dia memang anak kau betul!'

Seluruh Empayar Xia, malah seluruh benua Meng Barat tidak menjangkakan Maharaja Xia, Zhao Zhengde, bakal melepaskan Putera Yan Bei untuk pulang ke tanah airnya tanpa sebarang bantahan, walaupun setelah lapan tahun mendapat perintah berkurung. Walaupun begitu, tiada sesiapa yang menjangka Putera Yan Bei itu akan berserah begitu sahaja juga, dan mengharapkan Yan Xun, yang berani untuk bertarung dengan pasukan tentera maharaja di atas platform pada hari itu beberapa tahun yang lepas, untuk membuat rancangan untuk melepaskan diri, sama ada dengan menggunakan rancangan seperti meracun orang ramai ataupun menyamar dirinya sebagai seorang rakyat jelata untuk menyelinap keluar dari bandar dan dikejar oleh tentera maharaja sehingga beribu-ribu batu jauhnya. Jika Yan Xun bernasib baik, dia boleh melarikan diri ke suatu tempat di mana dia boleh memulakan kehidupannya yang baru, hanya memulakan kekecohan sekali sekala namun jika dia tidak bernasib baik, dia akan mati di dalam tangan tentera maharaja, dan mayatnya tidak akan dapat dilihat walau sekali pun.

Pada mata mereka, hanya Putera Yan Bei sahaja yang cukup berani untuk melakukan rancangan sebegitu. Lagipun, dia sudah berada di bawah pengawasan Maharaja Xia selama tujuh atau lapan tahun, jadi sekuat manakah Yan Xun ini sebenarnya? Namun, tiada seorang pun yang menjangkakan pemuda itu mampu untuk memulakan pemberontakan berskala besar sebegini kerana kebiasaannya dia sering kelihatan tenang dan bersopan santun. Siapa yang tahu apabila pemuda ini bertindak, pergerakannya lincah dan bersungguh-sungguh untuk menang, memang jelas dapat dilihat daripada rancangannya - pergaduhan dan pertumpahan darah yang tidak habis-habis, komplot, pembunuhan terancang, pemberontakan, membakar bangunan-bangunan di ibu negara dan cubaan untuk mengepung tanpa sebarang pertimbangan. Disemarakkan dengan perasaan terdesak, Yan Xun bangkit semula daripada abu keluarganya, sememangnya putera kepada Raja Singa Yan Bei, Yan Shicheng! Kebijaksanaan, tidak mudah luntur, dan juga bermuka tebal, dia layak untuk digelarkan sebagai 'Tuan yang Gila Sedunia'.

"Melaporkan!" Dengan sebuah lagi laungan, jantung Cendekiawan Cui tidak dapat lagi menampung apa-apa kejutan, lalu dia pun terjelepek pengsan dengan sebuah dentuman ke atas tanah.

"Kamu tengah panik dan berbuat banyak bunyi! Apa yang dah terjadi? Yan Xun dah memasuki bandar ke?"

Askar itu membeku dan lantas membalas, "Tak, Tuanku Ketujuh."

"Jadi kenapa kamu panik?"

"Tuanku, saya di sini untuk mengiring kalian untuk keluar dari sini. Api telah pun merebak ke sini!"

….

Seluruh bandar Zhen Huang telah hangus pada malam itu dengan bunyi teriakan yang dapat kedengaran datang dari sekeliling bandar, memang benar kata Chu Qiao, bandar tersebut telah bertukar menjadi neraka.

"Tuan! Akhirnya saya jumpa tuan!" Zhu Cheng tergesa-gesa membuka tali ikatan Zhuge Yue, dan menambah dalam nada yang rendah, "Tuan Besar dah arahkan saya untuk mencari tuan. Saya risau sangat pasal tuan. Tapi kita kena pergi sekarang, istana dah terbakar."

Zhuge Yue berkerut kebingunan, "Zhu Cheng, apa yang dah berlaku di luar?"

"Putera Yan dah memberontak! Dia bawa pasukan tentera ke Pengutusan Barat Daya untuk menyerang pintu gerbang bandar. Rakyat semua dah jadi gila! Talian Pasukan Berkuda, Pasukan Tentera Hijau dan divisyen lain semuanya dah terputus jadi memang tiada berita daripada mereka. Divisyen ke-12 juga tidak mampu untuk memberi sebarang bantuan. Memang huru-hara betul!"

Raut wajah Zhuge Yue terus suram, dan dia membalas dengan tegar, "Tak mungkinlah. Saya akan pergi gerakkan pasukan tentera keluarga kita untuk mengawal keadaan."

"Tuan Muda, Tuan Besar dah arahkan supaya tuan tak bertindak melulu. Keluarga lain pun masih belum membuat apa-apa keputusan, jadi kita…"

"Kalau kita tak ambil sebarang tindakan sekarang kita akan terlambat!" Tengking Zhuge Yue dengan mata yang merah. "Apa yang Ayahanda sedang fikirkan? Pada masa sekarang ini, mereka masih nak berperang dingin ke? Aku dah cakap sebelum ini yang Ba Lei si bodoh itu tak mampu nak bunuh Yan Xun!"

Zhu Cheng bertambah bingung. "Tuan Besar cakap Majlis Ketua-Ketua Terhormat akan mengambil alih hal ini. Ini bukan di bawah bidang kuasa Tuan Muda, jadi tuan tak perlu masuk campur."

"Majlis Ketua-Ketua Terhormat?" Zhuge Yue mendesis marah. "Apa yang mereka tahu? Politik dalaman? Berkomplot sesama sendiri demi kepentingan masing-masing? Mereka itu langsung tak pedulikan keselamatan negara, Empayar Xia, ini! Zhu Cheng, berambus kamu dari sini!"

"Tuan," Zhu Cheng berubah pucat. "Kenapa Tuan buat sebegini? Keluarga lain semuanya tak menggerakkan pasukan tentera mereka. Kalau kita berbuat begitu, nanti apa orang lain akan kata?"

"Siapa yang peduli apa mereka cakap!" Zhuge Yue, dengan kening yang dikait rapat, menambah, "Kalau negara ini jatuh, apa yang akan terjadi pada keluarga kita? Kalau Empayar Xia jatuh, ke mana keluarga Zhuge akan pergi? Aku bukan melakukan perkara ini demi keluarga Maharaja Zhao, tapi untuk rakyat Zhen Huang dan juga rakyat Empayar Xia!"

"Betul...betul ke itu? Tuan Besar kata, tembok bandar dapat menampung seratus ribu tentera selama tiga hari. Rakyat-rakyat itu hanya mampu berlawan selama dua jam sahaja lagi. Sebaik sahaja pasukan tentera daripada divisyen ke-12 tiba, pasukan tentera Yan Xun akan dihapuskan, ini kan cuma pemberontakan kecil sahaja."

"Pemberontakan kecil?" Zhuge Yue ketawa dan kemarahannya. "Kamu fikir yang Yan Xun itu bodoh ke? Kamu fikir dia akan berlawan sehingga pasukan bantuan tiba ke? Dia akan melarikan diri sebab sekarang ini ibu negara sedang kecoh. Siapa yang akan kejar dia di dalam kekecohan itu? Kalau kita biarkan orang licik dan berdendam ini melarikan diri dan pulang ke Yan Bei, siapa tahu apa yang bakal dirancangnya kemudian hari? Dia itu sepuluh ribu kali lebih mengerikan daripada Yan Shicheng tahu tak."

"Tuan!"

"Lepaskan aku!"

Sebatang kayu tiba-tiba menghentak kepala Zhuge Yue yang berkerut dan lantas terjelepek di atas tanah.

"Tuan, maafkan saya, tapi ini semua arahan Tuan Besar." Zhu Cheng menggelengkan kepalanya. "Tuan betul, tapi kita keluarga berpengaruh. Kita ada undang-undang dan protokol sendiri yang harus diikuti. Lagipun, bukan ke tuan harus tunggu masa saja untuk membunuh Putera Yan?"

Chu Qiao sekalipun tidak pernah melihat bandar Zhen Huang yang sebegitu teruk selama lapan tahun berada di dalam bandar itu. Kekecohan berlaku di merata-rata tempat dengan raungan kesedihan yang berkumandang kuat dari sekeliling bandar yang ditambah lagi dengan bunyi gelakan dan juga cemuhan yang kuat. Rakyat jelata biasa yang tidak pernah berbuat sebarang kejahatan kini meninggalkan sikap moral dan prinsip hidup mereka dan bertukar menjadi binatang buas yang melanggar undang-undang, dengan membakar, merompak segala apa yang dilihat dan juga membunuh.

Perompak-perompak memasuki sebuah rumah kedai dan lantas membunuh penjaga kedai tersebut yang merayu untuk diselamatkan. Anak mereka yang menyaksikan pembunuhan kejam itu dengan pantas mengambil pisau untuk membunuh para perompak demi membalas dendam. Melihat rumah tersebut yang mempunyai kesan darah, mereka tergelak dan terus meluru keluar dari rumah tersebut untuk menyertai acara pembunuhan secara besar-besaran yang diadakan di situ. Mereka yang lain memecah masuk ke dalam rumah-rumah kedai yang lain untuk mencuri barang-barang keperluan seharian, dan bagi barang-barang yang tidak mempunyai apa-apa kegunaan, mereka sama ada menghancurkannya ataupun membakarnya. Motif kepada segala perompakan ini bukanlah untuk diri mereka sendiri, tetapi semata-mata untuk memulakan kekecohan dan melepaskan segala amarah yang telah lama tersemat di dalam hati. Mereka sedang membunuh sesama sendiri di luar sana dengan mayat-mayat yang terbujur di tepi-tepi jalan dan juga api yang bersemarak di mana-mana sahaja. Udara terdesak dan kegilaan yang berbaur dengan bau kematian memenuhi setiap rongga udara di seluruh bandar Zhen Huang sehingga larut malam.

Inikah ramalan yang telah diberikan kepada Yan Xun lama dahulu, seseorang bakal menghalang pasukan tentera ke-12 dan ke-19 untuk mereka?

Chu Qiao berasa seram sejuk di tulang belakangnya dan lantas otot-ototnya menjadi tegang. Menyemarakkan api di dalam ibu negara dan juga memulakan kekecohan sememangnya asas kepada rancangan mereka namun dia tidak menjangka ia akan mendapat kesan yang sebegitu teruk. Terlalu ramai yang telah naik darah, terlalu ramai yang sudah mati, dan terlalu ramai rakyat yang tidak bersalah yang menjadi mangsa. Bandar Zhen Huang yang berada di dalam keadaan terdesak dan di ambang malapetaka itu, disebabkan oleh perbalahan yang berlaku dengan sengaja, disebabkan oleh pesta mereka yang tidak berbatas, telah menyebabkan bandar itu merudum jatuh ke dalam nerakanya sendiri tanpa sebarang harapan untuk bangkit semula.

Pada malam hari ke-20 pada bulan kelima, rakyat Zhen Huang yang telah ditindas selama bertahun-tahun kini mengutarakan perasaan mereka yang sebenar dan lantas membangunkan syaitan di dalam diri mereka.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C78
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous