Télécharger l’application
17.46% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 51: Bab 51

Chapitre 51: Bab 51

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Kenapa dia nak jumpa saya?" Chu Qiao bertanya kepada Zhu Cheng.

"Tuan suruh saya berikan ini kepada awak." Sehelai kain hitam membaluti sebatang pedang dan hanya pemegangnya saja yang terdedah. Chu Qiao menyedari pedang tersebut merupakan pedang yang sama yang telah digunakan ketika membunuh orang Zhalu dulu.

"Tuan cakap dia mahukan pedangnya kembali setelah memulangkan pedang ini kepada cik."

"Pedang itu tiada pada saya sekarang." Chu mengerutkan keningnya dan berkata lagi, "Awak patut beritahu awal-awal. Kalau tidak, dapatlah saya bawa pedang itu bersama."

"Oh?" Zhu Cheng tergamam dan membalas, "Saya dah beritahu Leftenan Kolonel Song tadi."

Chu Qiao mengeluh dan berfikir sendirian. 'Beritahu dia sama sahaja macam tidak beritahu apa-apa.' Dia kemudiannya menghulurkan tangannya untuk mengambil pedang itu kembali sambil berkata, "Saya akan ambil pedang ini dulu dan nanti saya akan suruh orang-orang saya hantarkan pedang itu ke sana."

"Cik Chu," Zhu Cheng mula berasa gelisah lantas membalas, "Tuan cakap dia tak nak ada apa-apa kaitan dengan cik lagi. Apa kata kalau saya tunggu cik di sini sementara cik pergi ambil pedang itu? Nanti cik boleh suruh sesiapa hantar pedang itu ke sini."

Tak nak ada kaitan dengan aku lagi? Chu Qiao hanya mengangkat keningnya. Lantas dia pun mengambil pedang tadi dan berkata, "Baiklah kalau begitu." Setelah itu, dia pun beredar.

Istana Sheng Jin tidak membenarkan sesiapa untuk membawa senjata. Walaupun tiada orang yang memerhatikannya, Chu Qiao masih lagi menyembunyikan pedang itu di dalam kot berbulu miliknya dan berjalan perlahan-lahan ke istana Ying Ge.

Dua hari kemudian, dia akan memulakan tugasnya bersama Pasukan Askar Berkuda. Chu Qiao berasa terkejut kerana mesyuarat ini berlaku secara tiba-tiba dan ia sangat aneh. Walaupun ia hanya dalam kalangan pegawai kelas bawahan sahaja namun ia masih meraih perhatian kerajaan dan orang ramai. Tambahan pula dia seorang perempuan dan merupakan orang kanan Yan Xun.

Maharaja Xia mula menggunakan rakyat Yan Bei? Apa maksudnya? Adakah dia ingin buang yang keruh dan ambil yang jernih dengan membawa Yan Xun kembali ke Yan Bei dan berdamai?

Tetapi bunyinya macam mustahil pula. Selama bertahun lamanya Maharaja hanya menutup mata dan berpura-pura tidak tahu tentang persaingan antara istana Sheng Jin terhadap Yan Xun. Walaupun dia sendiri tidak pernah berkata apa-apa sebagai seorang maharaja namun sikapnya yang langsung tidak mengendahkan perkara ini telah menggalakkan orang yang berniat jahat untuk menghancurkan Yan Xun. Kalau bukan disebabkan kepekaan Yan Xun dan Chu Qiao, mereka dah lama mati dipanah.

Maharaja Xia pernah sekali membunuh kedua ibu bapa Yan Xun dan adik-beradiknya di hadapan Yan Xun. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh membunuh mereka jadi mustahillah bagi Yan Xun untuk kembali ke Yan Bei. Maharaja bukannya tidak berniat untuk membunuhnya cuma dia gagal berbuat demikian.

Tarikh kepulangan Yan Xun pun sudah semakin dekat jadi dia tidak akan semudahnya menyerahkan Yan Bei kepada raksasa keji seperti itu.

Jadi, apakah niat sebenar Maharaja untuk membuat perjumpaan itu kerana boleh dikatakan tiada sesiapa yang tahu menahu tentang Bandar Zhen Huang. Chu Qiao pula merupakan pembantu Yan Xun yang paling kuat. Walaupun dia masih belum berusia 15 tahun, tetapi dia telah melindungi Yan Xun bermati-matian selama tujuh tahun, sangat tangkas dan mempunyai teknik pedang yang hebat jadi mungkinkah Maharaja menyukainya dan bercadang untuk melindungi dan merawatnya? Ataupun mungkin juga Maharaja ingin menyingkirkannya?

Tiada sesiapa yang mengetahui tujuan asal Maharaja maka timbullah pelbagai spekulasi dan Chu Qiao sendiri pun tahu perkara tersebut bukanlah semudah yang disangka jadi dia sendiri pun masih tidak dapat mengetahui jawapannya.

Bunyi tapak kaki tiba-tiba kedengaran di Jalan Jejaka Xuan yang terletak di Lebuh Chang Xuan. Ia mempunyai tembok merah yang tinggi sepanjang jalan serta dilengkapi dengan lantai jubin berwarna kuning yang diliputi salji. Chu Qiao kemudiannya mengerutkan dahi sambil berfikir, salah hari ke aku ini? Takkanlah ada perjumpaan di istana pula?

Orang-orang yang sepatutnya menghadiri mesyuarat di istana ialah pegawai-pegawai atasan dari istana Sheng Jin. Chu Qiao perlu melutut untuk meninggalkan bilik jadi dia berjalan ke penjuru tembok dan melutut di situ. Kepalanya ditundukkan lantas kot berbulunya itu menutupi wajahnya dan hanya leher yang putih dan licin milik gadis itu sahaja yang nampak terdedah.

Bunyi tapak kaki mula menghampirinya dan berhenti di sampingnya lantas diikuti dengan suara garau datang dari atas kepalanya. "Bangun." Chu Qiao berkerut tetapi perlahan-lahan menegakkan badannya. Malang betul nasibnya hari ini kerana dalam banyak-banyak tempat, di sini jugalah dia terpaksa bertemu dengan musuh-musuhnya ini.

Wajahnya mulus bak batu jed yang berkilau di bawah salji dengan matanya pula hitam seperti dakwat. Walaupun dia mempunyai tubuh yang langsing tetapi dia merupakan seorang yang berdikari dan tenang. Sungguhpun dia masih muda dan tubuhnya masih lagi membesar, namun dia mempunyai aura yang dingin dalam dirinya. Itulah Chu Qiao.

Lelaki tadi mengecilkan matanya dengan perlahan-lahan sambil menggenggam erat tangan kanannya tanpa disedari. Tiga jarinya iaitu jari tengah, jari manis dan jari kelingkingnya telah patah dan ditutup oleh gancu yang berwarna emas.

"Pukul dia." Suara garau tadi tiba-tiba bergema. Pengawal-pengawal yang sudah bersiap-sedia mula datang menghampiri mereka dan seorang lelaki sasa memajukan langkahnya ke hadapan dan bersedia untuk menampar gadis itu dengan kuat.

Namun, sebelum sempat dia berbuat demikian, Chu Qiao mematikan serangan pemuda itu, dia kemudiannya mendongak lantas berkata dengan raut wajah yang tidak berperasaan, "Tuan Wei, kenapa awak suruh orang gaji awak ini cederakan saya?" 

"Kau boleh tanya kenapa?" Wei Jing tersenyum sinis sambil membalas, "Mudah saja. Sebab kau itu seorang hamba abdi yang tak sedar diri dan berani nak melawan aku."

"Tuan Wei, awak dah nyanyuk agaknya. Takkan awak tak ingat yang tuan maharaja dah menarik status hamba daripada saya dan menggantikannya dengan status jurulatih memanah di Pasukan Askar Berkuda Tanpa Gentar? Kita ini dah setaraf jadi kita sepatutnya bekerjasama untuk Empayar Xia tahu tak? Saya melutut pun untuk menzahirkan rasa hormat saya pada bangsawan macam awak. Lagipun itu kan adab kita. Kalau tidak, memang taklah. Awak itu dah dilucutkan jawatan jadi jangan berlagak sangat di istana Sheng Jin ini ya, rakyat biasa."

Raut wajah Chu Qiao berubah dingin ketika dia menolak tangan lelaki itu dan berdiri. Dia kemudiannya menyapu debu di lututnya sambil berkata, "Saya ada benda nak buat jadi saya minta diri dulu."

"Tak guna!" Teriak Wei Jing sebelum menambah lagi dengan tenang, "Hari ini aku akan bunuh kau! Kita tengok siapa yang nak bantu kau! Cepat tangkap dia!" Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya, empat orang pejuang menerpa ke arah Chu Qiao dan mensasarkan kepalanya.

Chu Qiao tidak menyangka Wei Jing seberani ini. Sudahlah dia membawa senjata di istana Sheng Jin, sekarang dia ingin mulakan pergaduhan pula? Namun, Chu Qiao tidak mempunyai banyak masa lagi untuk berfikir lantas dia pun memulakan langkahnya. Dalam sekelip mata sahaja, pengawal tadi sudah dikerjakan olehnya dan kini dia hanya mampu menjerit dalam kesakitan setelah habis tulangnya dipatahkan.

Chu Qiao kemudian mengelak dari pedang panjang yang dihunuskan pemuda itu lantas berpusing dengan pantas sebelum menendang dada pemuda itu ke belakang dengan tepat seolah-olah dia mempunyai mata di belakang kepalanya. Pengawal tadi memuntahkan darah dari mulutnya lantas tersandung ke belakang.

Chu Qiao mendepa tangannya sepantas kilat lalu merentap pergelangan tangan salah seorang pengawal sambil sebelah tangannya lagi pula sedang memegang sebilah pisau. Dengan menggunakan teknik ninja yang dipelajari, dia menikam pengawal itu dengan tepat tanpa henti. Sebelum sempat mereka merasai kesakitan, mereka rebah ke lantai. Dalam sekelip mata sahaja keempat-empat pengawal tadi telah tewas dan tidak boleh berlawan lagi.

Angin bertiup kencang ketika Chu Qiao berdiri megah di tengah-tengah empat orang pengawal itu. Kot berbulu yang dipakainya melayang-layang lantas menampakkan Chu Qiao seperti seorang yang digeruni dengan aura dinginnya itu. Dia kemudiannya menjeling ke arah Wei Jing yang sudah terpahat dengan rasa benci pada wajahnya dan berkata dengan bersahaja, "Ke tepilah."

Wajah Wei Jing berubah pucat setelah mengimbas kembali kebenciannya terhadap Chu Qiao yang telah memotong jarinya itu lantas dia pun mengamuk. "Bunuh dia!" Dia menjerit dengan nada rendah.

Angin sejuk bertiup dari arah pintu masuk antara dua tembok dan menyebabkan salji bertimbun-timbun masuk bersama-sama pengawal yang melebihi sepuluh orang. Mereka kemudiannya berlutut di hadapan Wei Jing. Setelah itu, mereka mengeluarkan anak panah yang disorok di belakang mereka dengan sebelah tangan.

Chu Qiao hanya mampu mengerut dahi dan berundur ke belakang dengan berhati-hati. Berani betul si Wei Jing ini membawa busur silangnya ke dalam istana. Apakah maksud semua ini? Setelah keluarga Qi dan Zhao memiliki kuasa, takkanlah keluarga Wei juga diberikan kuasa pengecualian untuk membawa senjata ke dalam istana?

Sebelum sempat dia berfikir dengan lebih panjang, anak panah terbang melayang ke arahnya. Oleh sebab mereka memanah dalam jarak dekat, anak panah tersebut menghampiri Chu Qiao seperti panahan kilat yang menembusi udara sejuk.

Chu Qiao terus menjunam ke tanah dan bergolek ke arah pengawal yang patah tulang tadi lantas menyentak kolarnya. Sebelum sempat dia menjerit dalam kesakitan, anak panah telah menembusinya kerana Chu Qiao telah berjaya menjadikannya sebagai perisai manusia. Darah pun terpancut keluar merata tempat dan akhirnya pengawal tadi rebah ke lantai.

Chu Qiao menggunakan peluang ini untuk menendangnya dengan kuat sehingga badannya terbang melayang ke arah pemanah-pemanah tadi dan memusnahkan formasi mereka. Lantas, dengan sepantas kilat Chu Qiao menyerang balas. Dia menerpa kepala seorang pengawal yang besar lalu mencabut segenggam rambutnya.

Mereka yang melihatnya pun mula tercengang. Setelah melihat rakan-rakan mereka dibunuh dengan kejam oleh gadis di hadapan mereka ini, mereka tidak berani untuk menyerang kembali. Wajah dingin Chu Qiao kelihatan seperti raksasa. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti akan dapat menyerang musuhnya dengan tepat.

Barulah sekarang mereka memahami perumpamaan "kecil-kecil cili padi". Walaupun dia merupakan seorang gadis yang kurus dan nampak lemah tetapi jangan pula memandangnya dengan sebelah mata kerana kemampuannya memang di luar jangkaan sesiapa yang melihat.

Serangan mereka pun mula melemah dan muka mereka berubah pucat. Teknik berlawan Chu Qiao sememangnya profesional dan berlawanan dengan dirinya yang kecil yang halus itu. Perkara itu sahaja sudah cukup untuk menakutkan pengawal-pengawal tadi.

Dalam sekelip mata sahaja Chu Qiao membunuh mereka semua dan membuatkan Wei Jing berasa gelisah. Dia cepat-cepat mencapai pedang di pinggangnya tetapi sebelum sempat dia berbuat apa-apa, Chu Qiao sudah menendang dua orang pengawal yang terakhir ke arahnya lantas menerpa ke arahnya pula.

Saat ini tangan Chu Qiao nampak lebih menakutkan dari pisau. Dengan rasa tanggungjawab untuk melindungi tuan mereka, dua orang pengawal tadi cepat-cepat menghunuskan pedang mereka dan cuba untuk menyerang Chu Qiao pula.

Namun begitu, kelajuan Chu Qiao sangat menakjubkan! Dia melompat ke udara dan memanjangkan kakinya lantas menendang leher salah seorang pengawal tadi.

Wei Jing kemudiannya segera berundur ke belakang dua orang pengawal itu jadi apabila Chu Qiao menoleh, dia akan berada jauh daripadanya. Tidak kira selaju mana pun Chu Qiao, dia masih tidak dapat mencapai Wei Jing dengan tangannya yang pendek.

Bunyi tapak kaki kedengaran datang menghampiri mereka kerana sudah tentu orang di istana terdengar pergaduhan mereka. Wei Jing yang angkuh dan berhasrat untuk membunuh Chu Qiao pada mulanya telah menghela nafas lega dalam diam. Kemudian, sebuah kelibat tiba-tiba muncul entah dari mana. Pada saat itu jugalah Wei Jing terasa sesuatu yang sejuk menyentuh lehernya dan apabila dia tersedar, ia merupakan sebatang pedang hitam putih yang betul-betul berhenti di lehernya!


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C51
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous