Télécharger l’application
11.64% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 34: Bab 34

Chapitre 34: Bab 34

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Jiu You tempat yang mulia dalam Zhen Huang. Putera Yan, jika anda tidak menyatakan tujuan anda datang ke sini, anda tidak dibenarkan masuk, walaupun jika anda seorang pegawai pelaksana. Saya akan bertanya sekali lagi, Putera Yan, adakah anda di sini untuk mengenal pasti penjenayah?"

Kibaran bendera berterbangan di udara, keadaan senyi sepi di tanah. Dengan renungan mata pemuda itu yang boleh membawa maut, dia mengelap bibir dengan tangan, dan lantas melaungkan, "Berambus!"

Satu bunyi lagi kilat kedengaran, dan diikuti dengan satu bunyi yang memekikkan telinga, Yan Xun ditendang dari platform sekali lagi!

"Yan Xun!" Chu Qiao tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia berteriak, "Bodoh! Kau nak menempah mati ke? Kembali ke sini!"

Yan Xun tidak dapat mendengar sebarang bunyi walaupun teriakan bergema di sekelilingnya. Matanya merah dan membengkak, muka dipenuhi dengan luka yang disebabkan oleh habuk dan tanah, tangannya berlumuran darah, seolah-olah dia baru sahaja keluar dari kolam darah. Kecederaan di dada sangat parah, seolah-olah batu gergasi yang telah menghentaknya. Ia kedengaran seolah-olah seseorang sedang memanggilnya, namun dia tidak dapat mendengar sebarang bunyi. Hanya suara Yan Bei sahaja yang bermain di mindanya. Dia dapat mendengar ketawa bersahaja ayahnya, bebelan abang sulungnya, abang ketiga, dan kakak kedua yang sedang mengejarnya dengan cemeti, bapa saudara yang bermain muzik dari Yan Bei, orang bawahan ayahnya yang sering mengangkat Yan Xun ke atas bahunya untuk berlatih menunggang kuda semasa dia masih kecil.

Namun, segala memori itu berterbangan di kejauhan, wajah mereka samar-samar. Awan di langit menghitam, dan banyak suara mendatar yang sedang memanggil namanya di dalam minda. Mereka berkata, "Yan Xun. Bangun. Bangun. Bangun, seperti lelaki di Yan Bei akan lakukan."

Setiap pasang mata di dataran tersebut membuntang, melihat pemuda ini-ahli terhormat suatu masa dahulu-yang berlumuran dengan darah, perlahan-lahan sedang berdiri di dalam kolam darahnya sendiri. Selangkah demi selangkah, dia meninggalkan jejak darahnya di atas lantai hitam itu, pantulannya memukau.

Jeneral Meng Tian mengerutkan dahinya, merenung pemuda ini yang terhuyung-hayang melangkah ke platform, tanpa sebarang patah kata untuk diuturkan. Tindakan pertama yang dilakukannya semasa putera itu menjejaki platform adalah untuk menendangnya kembali pada saat-saat terakhir.

Di dalam khalayak ramai, tangisan sendu dari rakyat jelata mula kedengaran bergema semakin kuat. Rakyat-rakyat bawahan ini merenung ke dalam dataran, tidak dapat membendung kedukaan di dalam hati. Lagipun, Yan Xun hanyalah seorang remaja yang masih kecil. Para ahli terhormat juga mengeraskan bibir mereka, terharu dengan situasi yang mereka saksikan kini.

Angin kencang tidak berhenti bertiup ganas, pemuda itu sudah kehabisan tenaga dan tidak dapat lagi berdiri. Marsyal Pertama dari empayar maharaja, Meng Tian, ialah pejuang pemberian dewa kerana kekuatannya yang luar biasa, dia pernah bertempur dengan pasukan tentera seramai 200 orang di tanah tinggi gurun Utara dan masih dapat memenanginya. Tendangannya ibarat kematian yang cepat, namun tiada sesiapa yang mengetahui apa yang telah merasuk anak muda ini yang masih menggunakan jari-jerimarinya yang dilumuri darah untuk untuk menampung berat badan, Yan Xun kembali mengorak langkah ke platform untuk kali yang ketiga.

Setelah melepaskan tendangan terakhir kepada Yan Xun, jeneral Meng Tian mengerutkan wajah dan lantas mengarahkan pengawal yang berada di sebelahnya, "Tak perlu teruskan pengenalan penjenayah. Tangkap dia dan jalankan hukuman bunuh!"

"Jeneral Meng Tian!" Wei Jing memasamkan wajah. Dia lantas terbangun dari kerusi dan membalas, "Saya tak rasa ia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan. Peintah Istana Sheng Jin adalah untuk dia mengenal pasti mayat-mayat. Bagaimana kau boleh uruskan hal ini dengan sewenang-wenangnya?"

Meng Tian mengerutkan dahi dan berpaling, merenung ketua muda dari Puak Wei ini. Dia menuding jari ke arah Yan Xun dan membahas, "Tuan fikir dia masih boleh menurut perintah dengan keadaan dia sekarang ini?"

Tiada siapa yang menginginkan putera muda ini untuk menurut perintah, Istana Sheng Jin hanya mencari alasan yang munasabah untuk menghapuskannyai. Dengan kejatuhan Selat Utara, maharaja empayar dan juga Majlis Ketua-Ketua Terhormat boleh meletakkan kesalahan ke atas raja Yan Bei, sekaligus menghapuskan seluruh keluarganya. Yan Xun merupakan ahli keluarga terakhir yang masih hidup.

Yan Xun yang telah menetap di ibu negara selama beberapa tahun tidak pernah masuk campur dalam urusan sebegini lantas dia tidak dapat dipersalahkan. Dengan kemangkatan Yan Shicheng, Yan Xun berhak untuk menaiki takhtka sebagai raja Yan Bei. Namun, tidak mungkin empayar maharaja akan mengambil risiko yang sebesar itu dan melepaskan si dungu ini, jadi mereka telah memasang perangkap di mana jika dia tidak mengikut perintah maharaja, dia akan dikenal pasti sebagai pengkhianat yang telah mengingkari maharajanya. Jika dia menurut perintah, dia akan diperlihatkan sebagai seorang pengecut, anak yang tidak mengenang budi. Walau apa pun yang berlaku, ia sebuah situasi di mana dia pasti akan mati.

Tindakan maharaja empayar ini adalah semata-mata untuk menunjukkan kekuasaan mereka terhadap rakyat jelata dan juga raja-raja feudal- untuk mendiamkan mereka. Siapa sahaja yang tidak menyedari niat mereka?

Namun, perkara itu tidak boleh diuturkan di tempat awam semasa matahari masih lagi menyinar. Wei Jing, jelas terpancar kemarahannya, melihat Yan Xun dan berkata dingin, "Jeneral Meng, dengan melakukan ini, tidakkah jeneral berasa takut akan dimungkari Maharaja dan juga Majlis Ketua-Ketua Terhormat?"

"Saya akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Tuan tak perlu risau." Meng Tian berpaling dan melihat anak kecil yang telah ditahan oleh para pengawal, dan lantas mengeluh panjang sebelum berpusing dan meneruskan hukuman bunuh.

Pada masa itu, satu suara tuan tiba-tiba bergema kuat. Huang Qizheng, penolong pegawai pelaksanaan, mula mengorak langkah ke hadapan dengan perlahan. Dengan mata yang separa layu, dia berkata lembut, "Jeneral Meng, di atas arahan Tuan Terhormat Muhe, seutus surat telah disampaikan kepada kamu, jika perkara tidak berjalan seperti yang dirancang."

Meng Tian dengan pantas mencapai surat tersebut. Apabila dia merenung muka surat itu, raut wajahnya berubah serta-merta, jeneral tersebut berdiri di atas platform buat masa yang sama, sebelum menoleh pandangannya ke arah Yan Xun, dan lantas berkata perlahan, "Putera Yan, tolong jangan terus berdegil. Ya atau tidak, anda cuma perlu menganggukkan kepala. Mereka keluarga kandung anda dan hanya anda yang paling layak untuk mengenal pasti mereka."

Yan Xun masih lagi ditahan di atas lantai, mencari-cari laungan pertempuran dari dalam dirinya yang telah mati. Kini, dia lebih menyerupai syaitan dari neraka yang diselubungi dendam kesumat dan juga mendahagakan darah segar.

Meng Tian melihat mata pemuda ini yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa kedegilannya telah berlalu pergi. Dia mengeluh panjang sebelum menyambung, "Oleh kerana Putera Yan yang mengingkari perintahnya, maafkan saya jika saya mengikut prosedur. Pengawal! Heret dia ke mari!"

"Tunggu sebentar!" Di dalam kekencangan angin dan awan menghitam yang menebal, satu suara yang mersik tibat-iba bergema lantang, semua orang mengalih perhatian mereka ke arah suara tersebut, mendengar derapan telapuk kuda yang meluru dari pintu gerbang emas keunguan yang telah ranap itu. Seorang wanita yang sedang memakai gaun putih dengan rambutnya yang hitam pekat, mendekati platform dan lantas berlaung, "Saya akan kenal pasti mereka!"

"Ibu?" Pemuda yang masih terbujur di atas tanah dengan darah yang berkolam di sekelilingnya itu tiba-tiba menole ke arah wanita di atas kuda. Wanita tersebut di dalam gaun putih itu memberikan sebuah aura elegen, raut wajahnya sangat cantik, seolah-olah dia merupakan seorang dewi yang telah turun dari syurga ke alam fana.

Wanita tersebut menuruni kudanya dan lantas bergerak ke sisi Yan Xun. Para pengawal dari kedua-dua arah melopong; tiada sesiapa yang meluru untuk menghalangnya.

Kepala Yan Xun dipangku di riba wanita tersebut, menggunakan lengan baju gaunnya untuk mengelap wajah anaknya yang berlumuran darah, mengukir sebuah senyuman yang sangat lebar sambil memanggil anaknya lembut. "Xun Er."

Air mata Yan Xun mula berciciran. Pemuda yang yang tetap mengekalkan raut wajah kosong semasa menentang ribuan tentera maharaja, mula untuk berteriak dengan kuat. Menggenggam lengan baju wanita itu dengan kuat, dia berteriak, "Ibu, kenapa? Apa yang terjadi?"

"Xun Er," Wanita itu mengelap kesan darah dari mata Yan Xun, "Kamu percaya pada ayah kamu?"

Yan Xun merasa sebak dan lantas mengangguk, "Ya."

"Jadi, jangan mempersoalkan apa-apa." Ibu Yan Xun mendakap anaknya sambil matanya memeiksa ahli-ahli terhormat yang hadir di atas platform tersebut. Dia menyambung lembut, "Bukan semua benda dalam dunia ini boleh diterangkan secara jelas. Sama seperti sesetengah pemangsa yang mencari mangsa mereka, tiada sesiapa yang mengetahui sebab mereka memilih mereka."

"Ibu!" Yan Xun menoleh dan merenung ke arah keluarga terhormat yang sedang memakai baju berwarna ceria. "Mereka ke? Mereka sudah musnahkan Yan Bei?" Raut wajah pemuda itu sangat dingin. Pada masa itu, ia seolah-olah dia telah berperang dingin dengan keluarga-keluarga tersebut. Mereka merenung wanita yang jelita ini, melihat senyumannya sambil mengelap air mata anak lelaki terakhir yang masih hidup. "Xun Er, jangan menangis. Keturunan Yan hanya menitiskan darah, bukan air mata."

"Jeneral Meng, biarkan saya mengenal pasti mayat-mayat. Memang betul mereka ini suami, anak lelaki, anak perempuan, dan keluarga saya. Saya percaya bahawa dalam dunia ini, tiada siapa yang lebih layak untuk menjalankan tugas ini dari saya."

Meng Tian memasamkan wajah ketat. Dia juga tercengang melihat kehadiran wanita yang sebegitu jelita. Masa silamnya bermain di minta, masih teringat akan kejadian yang berlaku pada tahun itu. Meng Tian, Shu Cheng, dan juga seorang lagi lelaki yang tidak boleh menyebut namanya sendiri yang sedang berkeliaran di tasik yang jernih di Empayar Tang telah bertemu dengan seorang gadis pada satu musim bunga ketika mereka masih muda. Gadis itu sedang berbaju hijau, dengan seluarnya yang disentengkan, mempamerkan betis yang cerah. Dia lantas menjerit ke arah tiga orang pemuda yang terpukau dengan kecantikannya. "Hey! Awak, tiga lelaki yang kuat di sana mahu menaiki kapal?"

Dalam sekelip mata, tiga puluh tahun telah berlalu. Mereka telah melalui segalanya, segala pertumpahan darah, pembunuhan secara hendap, dan segala komplot. Mereka tidak menyedari bahawa tiga puluh tahun setelah hari di tasik itu, mereka akan menempuhi situasi yang sebegini, dan jika mereka mengetahuinya, masihkah mereka melaluinya bersama, bersatu padu, sanggup membunuh untuk satu sama lain? Segala yang telah dilakukan dahulu… Adakah ia hanya supaya mereka boleh memenggal kepala satu sama lain pada masa hadapan?

Meng Tian mengeluh perlahan, dan berkata dengan nada yang dalam, "Awak tak sepatutnya datang."

"Dia dah cakap sebelum ini yang dia tak akan menyekat kebebasan aku dalam ibu negara. Selagi aku tak keluar dari Zhen Huang, tiada siapa yang boleh menghalang aku. Jeneral Meng, ini perintah maharaja, dan kau tak boleh membangkang. Sama seperti bagaimana kau menawan Yan Bei, kau masih lakukannya sama ada kau sanggup atau tidak." Wanita tersebut mengangkat kainnya sedikit, dan berjalan ke platform selangkah demi selangkah. Pergerakannya sungguh elegen, namun gerak-gerinya kelihatan dipaksa.

"Ibu!" Yan Xun cemas dan cuba untuk melonjak ke arah bondanya. Namun, sebelum dia dapat mengorak langkah, dia terjatuh ke atas lantai dengan satu hempasan, mengaduh dalam kesakitan.

Chu Qiao melepaskan diri dari bulatan tentera yang sedang mengelilinginya dan meluruh ke arah Yan Xun sambil mendakapnya, dia bertanya cemas, "Kau tak apa-apa?"

Salji masih lebat menuruni ke bumi, angin udara bertiup sejuk, dengan beberapa ekor burung hering yang masih berterbangan di udara, teriakan mereka memekikkan. Darah segar meliputi tanah bersalji yang bergelempangan dengan bendera-bendera yang terkoyak dan juga penakung-penakung arang. Semua mata sedang tertumpu ke arah wanita yang sedang bergerak ke platform. Angin kuat membuatkan lengan bajunya terangkat ke udara, seperti burung putih yang berterbangan di langit.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C34
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous