Bai Yu menyangkakan seseorang akan keluar dan memujuk dia – walaupun hanya beberapa potong ayat. Tetapi, empat yang lain sekepala; mereka hanya menutup telinga dan berpura-pura tidak mendengar apa-apa. Mereka melayan Bai Yu seperti orang gila dan tidak berniat untuk memberikan dia sebarang perhatian.
Jadi, lakonan Bai Yu terbazir. Namun, dia bangun awal pagi esok sebelum orang lain untuk menyiapkan sarapan.
Tepat sekali. Dia menggunakan bahan berharga semua orang untuk menyediakan juadah sarapan yang besar.
Selepas Huangfu Shuo ternampak hidangan itu, dia hanya mencemuh dan tidak berkata apa-apa. Kemudian, penyanyi tua itu bangun. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mengambil haiwan peliharaannya yang dibawa bersama untuk berjalan di kawasan berdekatan.
Akhir sekali, pasangan suami isteri muda itu bangun dan mandi dengan cepat.