Tidak lama kemudian, Tangning dan kru tersebut bergaul baik dengan harmoni. Pengarah juga tidak lagi menggunakan dia sebagai perbandingan walaupun Tangning bangun awal setiap hari untuk berlatih pergerakannya.
Ini kerana Tangning sekali sekala tiba lewat sedikit untuk mengingatkan pengarah yang dia bukannya seorang yang 'rajin'.
Secara perlahan-lahan, penggambaran mula berjalan lancar. Kerana keseriusan Tangning dan Bei Chendong, pelakon lain juga menjadi lebih serius.
Dan, kerana profesionalisme Tangnng juga, babak bukan aksi selama 15 hari itu akhirnya disiapkan dalam masa lima hari. Di lokasi penggambaran ini, Tangning hanya mempunyai babak aksi yang tinggal untuk disiapkan. Babak aksinya yang pertama memerlukan Tangning menggunakan abah-abah dan wayar untuk terbang menyeberangi cenuram yang akan direka menggunakan kesan khas.
"Tangning, akhirnya kita dah sampai ke bahagian yang paling kamu suka…"