Mungkin kerana pasangan itu cukup memahami satu sama lain, Mo Ting yang sedang merenung skrinnya segera berdiri, menyarungkan jaket sutnya dan memberi arahan kepada Lu Che sambil berjalan, "Tolong saya tangguhkan semua mesyuarat yang saya ada malam ini."
"Ya, Presiden." Lu Che tersenyum. Nampaknya, Mo Ting sudah semakin kerap bertindak mengikut gerak hatinya kebelakangan ini. Melihatkan lelaki ini yang biasanya begitu mengawal dirinya dan kini lebih mengikut gerak hatinya, sukar untuk tidak berasa kagum.
Sambil memandu Rolls Royce hitamnya, Mo Ting mendengar ucapan penerimaan Tangning dalam perjalanannya ke tempat acara tersebut berlangsung. Kerinduan yang terlakar pada mata Tangning cukup difahaminya.
Ia bukannya anugerah yang terlalu penting. Tetapi, ini merupakan anugerah pertama yang diterima Tangning sejak dia membuat kemunculan kembali. Mo Ting mahu berada di sampingnya ketika ini untuk menghargai semua kerja keras isterinya.