Lelaki berpakaian tradisional Cina itu berjalan masuk ke dalam rumah. Waktu itu, semua orang berasa sangat gementar dan mereka langsung tidak berani membuka mulut.
Yun Shen sedang berbaring di atas kerusi malas di balkoni bilik utama di tingkat atas. Ada sebuah skrip dan sekotak biskut di atas meja kecil di sebelahnya.
Dia menjengulkan kepalanya sedikit memandang ke luar bila mendengar bunyi pergerakan seseorang. Selepas itu, dia berkata dengan malas, "Pak Cik Qiao, angin mana yang dah tiup kamu ke sini?"
Qiao Yi kelihatan kurang senang. Dia mengangkat sebelah tangannya, mengisyaratkan supaya semua orang keluar dari bilik itu. Kemudian, dia berkata dengan suara yang tegas, "Ah Shen, jangan lupa tujuan utama kamu balik semula ke negara ni! Kamu balik untuk keluarga Lu atau untuk perempuan tu?"
Di bawah cahaya bulan, air muka Yun Shen kekal tenang dan tidak berperasaan. "Mestilah untuk perempuan tu."