Lagipun, cinta pertama sangat susah untuk dilupakan...
"Kamu fikir saya tak ada otak ke?" ujar Ning Xi dengan kurang senang.
Jiang Muye kelihatan semakin muram. "Kalau macam tu, kamu bercadang nak guna cara-cara tu untuk uruskan Su Yan? Contohnya, goda Su Yan, lepas tu tinggalkan dia?"
Ning Xi menjongketkan keningnya. "Saya nak goda Su Yan? Kalau saya goda dia, kamu rasa dia masih akan bercinta dengan Ning Xueluo ke?"
Jiang Muye hilang kata-kata.
Nampaknya, dia tidak mampu untuk menyangkal kata-kata gadis itu.
Tiba-tiba, Ning Xi merenung lama wajah Jiang Muye. "Blondie, kamu pernah dengar pepatah ni tak?"
Jiang Muye mengerutkan dahinya. "Pepatah apa?"
Ning Xi memandang lelaki itu dengan pandangan aristokratik yang tenang bagaikan bulu pelepah. "Bersikap acuh tak acuh adalah cara membalas dendam yang paling hebat."
Menggoda Su Yan sahaja terlalu menjijikkan baginya.