Telah terbukti kotak itu langsung tidak terjejas tetapi Lu Jingli mempunyai sepasang tangan yang ajaib. Tidak kira nombor apa yang telah dipilih oleh abangnya, dia boleh menukarnya dengan nombor Ning Xi tanpa dilihat oleh orang lain…
Dia lebih bagus dari Yi Xudong!
Ini bukanlah kali pertama Lu Jingli melakukannya, jadi Lu Tingxiao juga tahu mengenai perkara itu.
Ketika Lu Jingli baru sahaja mahu menunjukkan kemahirannya, abangnya telah memilih nombor Ning Xi dengan sendirinya!
Bro, untungnya kamu!
Malah syurga pun tolong kamu juga. Ini sangat tidak adil!
Air mata yang tidak kelihatan mengalir di pipi Lu Jingli apabila dia melihat nombor yang tertera di atas kertas kecil itu. "Nombor yang telah dipilih oleh bos kesayangan anda adalah… nombor 166! Dipersilakan wanita kita yang bertuah malam ni!"
Kamera bergerak ke arah orang ramai dan mencari tuan nombor 166.
Ling Zhizhi bingung. Nombor Ning Xi!