Apabila kumpulan peminat itu melihat artis yang mereka sukai menyarankan sebuah filem pada lewat malam, mereka semua dibanjiri perasaan ingin tahu.
[Wow! Dia betul-betul sarankan sebuah filem! Dan filem tu filem produksi tempatan! Bukan ke dia cakap yang dia tak akan tonton filem produksi tempatan lagi dah sebelum ni?]
[Ya Tuhan! Saya cari treler "Pengejar Mimpi" dan watak perempuan tu kacak gila! Plotnya pun agak menarik! Saya mesti tonton esok!]
[Saya pun, saya pun, saya pun! Kebetulan baru-baru ni tak ada apa pun yang saya nak tonton, mesti filem tu bagus kalau dia yang sarankan!]
…
Kebiasaannya status teman lelaki artis perempuan itu penuh dengan kata-kata romantik. Malam itu, dia tiba-tiba memuat naik sesuatu yang berkaitan dengan filem tersebut.