Apabila Su Yan melihat bidaan CEO Sun, dia kelihatan kecewa. Dia mahu mengangkat tangannya untuk membuat bidaan tetapi telah dihalang oleh tangan Ning Xueluo.
Di majlis hari ini, ramai yang sudah tahu mengenai pertikaian antara mereka dan Ning Xi. Kalau Su Yan menolong Ning Xi, siapa tahu gosip apa yang bakal dikeluarkan nanti?
Ning Xueluo segera berkata, "Bro Yan, jangan risau. Kalau tengok cara kerja Ling Zhizhi, mesti akan ada seseorang yang akan menolong kakak dari pihaknya…"
Su Yan terus memendam niatnya itu. Walau bagaimanapun, apabila dia melihat sikap kurang sopan yang ditunjukkan oleh CEO Sun, dia berasa sakit hati.
"CEO Sun membida sebanyak 100, 000 dolar! Ada lagi?" tanya jurulelong.
"100, 001 dolar!"
Di satu sudut yang tidak bercahaya, seseorang telah mengangkat kad bidaannya.
"Pfft… 100,001? Lawaknya! Kita tak bida macam tu lah!"
"Ada ke tambah satu dolar je!"
"Siapa tu?"
…