"Apa yang jadi?! Macam mana dengan Kakak Ipar? Dia pergi jamuan je. Macam mana dia boleh jatuh dalam air?" tanya Lu Jingli dengan kuat sambil mendukung Si Cilik.
Ekspresi wajah Yan Ruyi serta-merta berubah apabila melihat Lu Jingli membawa Si Cilik ke sana. "Kenapa kamu ada dekat sini? Kamu bawa Si Cilik ke tempat macam ni!"
Lu Chongshan berkata dengan tegas, "Ini mengarut! Cepat bawa Si Cilik balik rumah! Hospital ni banyak benda tak elok dan virus!"
Lu Jingli mengelap peluh di keningnya. "Tadi saya tengah jaga budak ni elok-elok dekat rumah. Tapi saya tiba-tiba dapat berita yang Kakak Ipar kena tolak dalam air, jadi saya pun bergegas ke sini. Si Cilik terdengar saya bercakap telefon dan dia kata nak ikut saya. Saya tak ada pilihan! Saya kena bawa dia sekali!"
Mata Si Cilik tertumpu ke arah wad kecemasan itu semasa Lu Jingli sedang bercakap. Dia mula bergelut di dalam dukungan Lu Jingli dengan kasar sambil menjerit dengan suaranya yang serak.