Kemudian, salah seorang daripada mereka berjalan ke arah Cao Lirong dan menggari tangannya.
Cao Lirong segera memandang cemas ke arah Guan Rui dan Guan Ziyao. "Ziyao, Pakcik Guan! Selamatkan saya… saya tak tolak dia! Dia jatuh sendiri! Saya betul-betul tak tolak dia!"
Walau bagaimanapun, beberapa orang yang berada di koridor itu termasuk Guan Ziyao dan Guan Rui telah melihat dia menolak Ning Xi. Bagaimana mereka mahu mempercayai kata-katanya?
Yan Ruyi mengerutkan dahinya dengan perasaan tidak gembira. Bagaimana keluarga Guan boleh ada saudara yang kejam macam tu?
Walaupun dia tidak rapat dengan Ning Xi, dia tidaklah sampai mahu melihat gadis itu mati. Sekarang pula, orang yang menolak Ning Xi jatuh ke dalam kolam merupakan seseorang dari keluarga Guan, jadi dia tidak dapat berhenti daripada berfikir segala kemungkinan.