Keesokan harinya, Ning Xi dan Gong Shangze pergi ke Kampung Taoyuan sekali lagi.
Mereka tiba di rumah Song Jin waktu tengah hari kerana mereka sudah tahu jalan dan mempunyai pengalaman untuk datang ke sini.
Mereka berdua telah terserempak dengan Song Jin yang berada kawasan sawah padi. Song Jin yang memakai topi jerami sedang menabur benih padi.
Kemahirannya menabur benih padi sangat mengagumkan dan jari-jarinya juga bergerak dengan pantas. Jika dilihat sepintas lalu, dia kelihatan seperti seorang petani kampung. Siapa sangka sebenarnya dia ialah seorang jurukhat Cina yang terkenal di dunia!?
Song Jin tidak memberi sebarang reaksi apabila dia melihat mereka berdua dari ekor matanya. Dia menyambung kerjanya tanpa mempedulikan mereka berdua.