Ning Xi berasa sedikit lega selepas memalukan Guan Zhichen.
Guan Zhichen yang disangkakan genius itu berasa tidak puas hati lalu dia memberikan beberapa soalan yang lebih susah kepada Si Cilik. Namun, Si Cilik masih mampu berjaya menyelesaikan soalan-soalan itu.
Orang ramai yang berkumpul di sekeliling Guan Zhichen kini berkumpul mengelilingi Si Cilik. Malah, ada yang cuba untuk menyentuhnya untuk mendapatkan sedikit "aura pandai" daripadanya. Ning Xi yang melihat keadaan itu terdiam.
Yang peliknya, Si Cilik sangat bersabar hari ini. Dia masih tenang walaupun orang ramai berbuat bising di sekelilingnya. Dia kelihatan sangat comel di mata orang lain.
Dia hanya memandang ibunya apabila Ning Xi memegang tangannya. Dia tidak kisah walaupun keadaan bertambah bising.
"Saya tak sangka Si Cilik bagus macam ni!"
"Orang cakap budak lelaki yang pandai Matematik ni menarik, tapi dia ni hebat!"
"Saya rasa macam nak cubit je pipi dia! Comel sangat!"