"Isteri saya ada dalam tangan mereka."
Sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Lu Tingxiao, menteri itu terus berkata, "Apa?! Beraninya mereka ni!"
Lu Tingxiao ialah salah seorang pelabur penting di Amerika dan dia ada hubungan yang rapat dengan kerajaan Amerika. Sekarang, isterinya diculik di Amerika. Kalau apa-apa terjadi, kesannya…
Walau bagaimanapun, keadaan di Philadelphia agak rumit. Pergerakan yang kecil pun akan beri kesan besar. Dia hanya ada setengah tahun lagi sebelum pilihan raya yang berikutnya. Dia nak tumpukan perhatian untuk jadi ahli politik tanpa perlu memikirkan perkara yang lain. Siapa sangka perkara begini akan berlaku?
Lu Tingxiao faham apa yang menteri itu fikirkan dan berkata, "Menteri Naka, jangan risau. Saya akan cuba yang terbaik untuk selesaikan isu ni dengan baik."
Cuba yang terbaik… jadi, ia termasuk tak gunakan kekerasan untuk selesaikan isu itu ke?
Menteri itu berpeluh.