Pintu itu ditutup selama lebih sepuluh minit sebelum wartawan-wartawan akhirnya bersurai untuk menemu bual peserta-peserta lain. Semua ini gara-gara David.
Gong Shangze merupakan seorang pereka yang tidak dikenali di dalam industri fesyen, jadi tiada siapa pun yang memberi perhatian kepadanya. Tambahan pula, dia memakai penutup muka kerana dia kurang sihat pada hari itu. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga orang itu berasa gembira kerana tidak dikerumuni oleh pihak media. Mereka serta-merta bergegas ke belakang pentas untuk membuat persediaan.
David menjeling ke arah Gong Shangze sewaktu lelaki itu berjalan melepasinya. Tetapi, beberapa saat kemudian dia mengalihkan pandangannya dan kembali berbual dengan pereka-pereka yang sedang membodeknya.