Walaupun Xi Shiqing seorang yang menarik, Ning Xi mungkin tak mengecamnya. Lagipun, pada masa itu dia hanyalah seorang lelaki muda di universiti…
Ning Xi mengelip matanya. Berdasarkan apa yang Xi Shiqing cakap, dia mesti merujuk kepada lima tahun yang lepas semasa Ning Xi sukakan Su Yan.
Walau bagaimanapun, Ning Xi betul-betul tak ingat berjumpa dengan Xi Shiqing. Jadi dia nak tahu apa yang membuatkan Xi Shiqing masih ingat tentang dia sepanjang lima tahun itu.
"Betul ke? Bila?" Ning Xi bertanya dengan bersahaja.
"Lima tahun lepas masa majlis hari jadi kamu yang ke-18," balas Xi Shiqing.
Cawan di tangan Ning Xi bergoyang.
Apa-apa pun, itu ialah hari terburuk dalam hidup Ning Xi.