Ning Xi meninggalkan syarikat itu dengan ceria. Sambil berjalan, dia menghantar satu pesanan kepada Lu Tingxiao.
[Tang Xiao Xi: Bos, kamu ada masa lapang tak sekarang? Saya ada hal nak minta tolong kamu...]
Pada masa yang sama, di sebuah kilang kereta di bawah pengurusan Syarikat Lu.
Sekumpulan pengurus atasan sedang berdiri mengelilingi bos berwajah dingin yang memakai sepasang sut hitam. Ketua kilang itu sedang bercakap tanpa henti dan dia sedang memberi penjelasan tentang alat berteknologi tinggi yang ada di dalam kilang itu. Dia juga sedang bermegah-megah dengan pencapaiannya...
Ketika itu, kedengaran bunyi deringan telefon bimbit menandakan ada sebuah pesanan masuk.
Lu Tingxiao membaca mesej itu. Kemudian, dia mengangkat tangannya, mengisyaratkan orang ramai untuk senyap.
Ketua kilang masih tidak henti bercakap sehinggalah timbalan ketua kilang menyuruhnya untuk diam.