Kemudian, seorang kanak-kanak dari arah bertentangan merenung ke arah Ning Xi dan berkata, "Ibu budak itu sungguh cantik!"
Kanak-kanak yang lain turut menyedarinya dan mengikut kata-katanya.
"Seperti seorang puteri!"
"Seperti pari-pari bunga!"
"Seperti pari-pari ajaib!"
"Saya mahu dia jadi ibu saya juga!" salah seorang kanak-kanak itu berkata dengan kuat.
Ayah budak itu ketawa dan berkata, "Jangan kata begitu. Ibu kamu pasti tak akan sukakannya!"
…
Apabila dia mendengar kata-kata kanak-kanak lain, Ban Kecil memeluk Ning Xi dengan lebih kuat seolah-olah dia menghalang Ning Xi direnung. Tindakannya ini seperti dia takut Ning Xi akan diambil daripadanya.
Ning Xi ketawa dan menepuk kepala Ban Kecil untuk memujuknya, "Mereka hanya bergurau!"
Dia betul-betul berasa malu apabila dia mendengar dirinya digelar puteri, pari-pari bunga, pari-pari ajaib dan sebagainya…