Cai Fengxian menghela nafas panjang. Dia mengimbau kembali memori-memori lama. "Memang dah terlalu lama. Pertemuan terakhir kita adalah sepuluh tahun lepas di Negara F!"
"Betul tu."
"Dengan usia kita ni, saya takut kita tak sempat nak tunggu sepuluh tahun lagi. Memandangkan kamu jarang-jarang sekali datang ke China, adakah kamu mahu sambung semula pertarungan sepuluh tahun lalu yang berakhir dengan seri?" Mata Cai Fengxian bercahaya.
"Sudah tentu!" Danial bersetuju dengan serta-merta.
...
Pemilik hotel itu sangat teruja bila dia mendengar perbualan mereka.
Awalnya, dia bercadang untuk menaikkan populariti hotelnya dengan menggunakan lamaran Su Yan terhadap Ning Xueluo. Tetapi, perkembangan malam ini betul-betul telah memberi banyak kelebihan yang tidak dijangka buatnya.
Gimik sebuah lamaran tidak dapat dibandingkan dengan "Pertarungan Abad Ini Di Antara Legenda Masakan Barat Dan Legenda Hidangan Cina Di Hotel Jazz Diraja."