Tiba-tiba, semua mata tertumpu kepada lelaki muda yang sedang terkesima itu, terutamanya Fang Ya yang baru sahaja mengejek Ning Xi sesaat tadi. Riak wajahnya seolah-olah dia baru sahaja ternampak seekor hantu. "Itu... Lelaki itu..."
"Saya rasa macam pernah nampak lelaki tua tu... Oh! Dia nampak macam Cai Fengxian! Saya bermimpi ke ni?" Seseorang berkata sambil menggosok matanya.
"Kamu mengarut apa ni? Kamu tersalah tengok ke?"
"Tak! Memang betul itu adalah Pak Cik Cai! Dia adalah Tuan Cai Fengxian! Saya pernah nampak dia di TV sebelum ni!" Seorang lagi menjerit dengan rasa terkejut.
"Saya pun pernah nampak pemuda yang berdiri di sebelahnya itu di kaca TV. Bukankah dia adalah anak sulung Pak Cik Cai iaitu Cai Cheng? Kalau kamu tak percayakan saya, saya akan cari dalam talian sekarang!"
...