Jiang Muye berkata dengan teruja, "Memandangkan adegan kamu yang selebihnya itu mudah sahaja, saya nak ajak kamu minum di bar malam ni!"
Ning Xi mengangkat dan menggoyangkan jari telunjuknya, "Maaf. Walaupun saya memang merancang mahu pergi berehat di bar malam ni, saya bercadang nak pergi seorang diri, bukan dengan kamu!"
Jiang Muye tiba-tiba menjadi marah, "Tolonglah! Kenapa tak nak pergi dengan saya?"
Ning Xi membuat muka menyampah. "Kamu nak ada orang cam kita macam hari tu ke?"
"Bukankah itu cuma satu kebetulan? Lagipun, kejadian itu menyebabkan kita mendapat sebuah projek iklan dengan senang!" Jiang Muye menjawab dengan bersungguh-sungguh.
"Siapa boleh jamin yang saya akan bertuah lagi kali ni? Bintang popular Jiang, tolonglah jangan ganggu saya. Pergilah berseronok seorang diri. Saya tak nak susahkan Kak Zhizhi lagi!"
...
Sejam kemudian, di Bar Carlos.