Tak guna betul, mereka sudah berbual dengan begitu lama untuk mengalih perhatiannya, tetapi semuanya sia-sia!
Bagaimana lelaki ini boleh menggodanya tanpa sebarang amaran!
Perkara yang paling menakutkan ialah bila Lu Tingxiao langsung tidak sedar yang dia sedang melakukannya!
Kalau pepatah mengatakan yang tidak melakukan apa-apa ialah satu tindakan yang baik dan tidak menggoda ialah satu godaan yang terbaik, maka ini boleh dikatakan sebagai tahap penggodaan yang paling tinggi... Puih puih puih...
Otaknya sudah berserabut dan dia tidak tahu apa perkara pelik yang dia sedang fikirkan...
"Kamu sakit lagi ke?" Melihat keadaan Ning Xi, wajah Lu Tingxiao serta-merta berubah tegang.