Télécharger l’application
0.82% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 12: Tinggal Bersemalaman

Chapitre 12: Tinggal Bersemalaman

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ning Xi tersenyum dengan ikhlas dan menyentuh birnya dengan cawan Lu Tingxiao. "Terima kasih!"

Saat dia tersenyum, Lu Yingxiao tergamam.

Selepas Ning Xi mengucapkan terima kasih, dia berpaling kepada Si Cilik. "Semua ini juga terima kasih kepada Si Cilik. Kalau bukan kerana dia, saya tidak mungkin sempat bergegas ke uji bakat itu. Mari sayang, mari kita minum juga!"

Si Cilik memandang gelas susunya lalu memandang bir Ning Xi dan ayahnya. Pada mulanya, dia enggan. Namun, akhirnya dia menyentuh gelasnya dengan bir Ning Xi lalu menghabiskan semua susunya.

Ning Xi berasa bahawa sikapnya yang serius ini melucukan. Adakah dia memahami cara orang dewasa minum arak untuk menghilangkan kesedihan?

Pertengahan sesi makan malam, Lu Tingxiao keluar ke beranda untuk menjawab panggilan telefon.

Ning Xi menyentuh lengan Si Cilik dan menghulurkan bir kepada budak kecil itu. "Hehe. Kamu ingin tahu bagaimana rasanya? Cepat, sebelum ayah kamu balik, cubalah sedikit! Tapi hanya satu teguk!"

Mata Si Cilik menyala seperti bintang-bintang di langit. Dia menundukkan kepalanya untuk minum sedikit.

Walaupun rasanya tidak berapa sedap, tetapi dia masih berasa sangat gembira.

Setelah Lu Tingxiao mengakhiri panggilan itu dan kembali, Ning Xi duduk dengan sopan dan berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang telah berlaku.

Si Cilik lebih profesional. Dia minum susunya dengan perlahan-lahan. Tiada ada apa-apa yang luar biasa.

Lu Tingxiao berpura seperti dia tidak mengesyaki sesuatu. Namun, satu kehangatan singkat berkelip dalam matanya.

Ketiga-tiga mereka mempunyai selera yang baik. Ning Xi telah membeli banyak bahan masakan, tetapi mereka masih boleh menghabiskan kesemuanya.

Ning Xi sedar malam sudah semakin lewat. Sebaik sahaja dia berfikir adakah mereka patut balik sekarang, dia ternampak kilat di luar jendela. Kilat itu diikuti bunyi dentuman guruh. Nampaknya, ribut kencang bakal melanda.

"Saya sudah melihat ramalam cuaca hari ini. Mereka mengumumkan malam ini akan dilanda ribut kencang diikuti taufan…"

Ning Xi terasa sakit kepala apabila ternampak hujan di luar jendela. Si Cilik memandang ke arah Ning Xi. Lu Tingxiao juga berbuat demikian…

Akhirnya, setelah sekian lama ditenung oleh pasangan bapa dan anak itu, dia berkata, "Sudah lewat. Nampaknya cuaca juga tidak berapa baik. Jadi, jika Encik Lu ingin pulang bersama Si Cilik, mungkin akan berbahaya. Apa kata...kamu berdua bermalam di sini bersama saya?"

Dia berkata demikian sebagai tanda ihsan. Lagipun, pasti Lu Tingxiao tidak setuju dengan cadangan ini.

Tetapi...

Lu Tingxiao berkata, "Baiklah."

Si Cilik mengangguk kepala kecilnya berulang kali.

Apa, dia bersetuju sekali lagi…

LuTingxiao ini langsung tidak malu!

Kenapa dia rasa mereka berdua memang sedang menunggu dia membuat tawaran itu?

Dia hampir jadi gila!

Akhirnya, Lu Tingxiao dan Si Cilik akan bermalam di rumahnya.

Tempat tinggal yang disediakan oleh syarikatnya tidak sebesar mana. Ia cuma ada sebuah bilik tidur dan ruang tamu. Menjadi masalah untuk memutuskan tempat tidur mereka bertiga.

"Malam ini, saya akan tidur di ruang tamu. Encik Lu, kamu dan Si Cilik boleh tidur di bilik tidur saya. Saya akan pergi tukar cadar katil dulu…"

"Tak perlu. Saya akan tidur di ruang tamu. Kamu boleh tidur dengan Si Cilik di bilik tidur." Nada Lu Tingxiao tegas dan tidak membenarkan perbincangan lanjut.

Ning Xi rasa bersalah. Dia bukan hanya telah menjemput seorang CEO besar untuk makan periuk panas dengannya, malahan dia juga membuat dia tidur di ruang tamu rumahnya.

Sekiranya malam ini hanya Lu Tingxiao datang ke rumah dia tanpa anaknya, walaupun ribut taufan melanda, dia tidak mungkin akan benarkan dia bermalam. Seorang lelaki bujang dan seorang wanita bujang di bawah satu bumbung akan mengundang banyak masalah, terutamanya selepas apa yang dikatakan oleh Lu Tingxiao kepadanya pagi tadi. Namun, sekarang dia tiada pilihan lain, ditambah dengan kehadiran Si Cilik.

Jika Lu Tingxiao membawa pulang anaknya dalam cuaca yang begitu buruk, ia sangat membahayakan. Dengan Si Cilik di sini, situasi tidaklah begitu buruk, bukan?

Ning Xi cuma boleh menerima nasibnya. "Saya akan cari pakaian yang bersih untuk kamu berdua supaya kamu boleh mandi dan tukar pakaian…"

Selepas menggeledah almarinya, dia jumpa beberapa helai.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C12
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous