Télécharger l’application
88.2% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 785: Jamuan Makan (12)

Chapitre 785: Jamuan Makan (12)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sambil melangkah di bawah sinaran cahaya bulan dan meninggalkan Kediaman Putera Mahkota, Qiao Chu meregangkan tangannya lalu berpaling memandang Jun Wu Xie.

"Macam mana? Dapat cari apa-apa tak?" Bagi Qiao Chu, seluruh jamuan itu amat membosankan. Penari-penari yang bergelek dengan aksi mengghairahkan itu tidak menarik minatnya. Apabila dibandingkan dengan kecantikan pasangan adik-beradik Keluarga Jun yang sempurna dan tidak tercela pula, tiada siapa yang memiliki kecantikan biasa dapat menawan mereka.

Jun Wu Xie mendongak memandang bulan purnama di langit malam. "Hitam Kecil tak ada mengesan sebarang tanda orang-orang dari Dua Belas Istana di Kediaman Putera Mahkota."

Walaupun Kediaman Putera Mahkota amat luas, ini bukanlah tempat di mana orang ramai boleh merayau-rayau secara bebas. Demi mengelakkan pihak musuh menjadi terkejut, Jun Wu Xie menyuruh Hitam Kecil menyiasat Kediaman Putera Mahkota. Hasilnya siasatan itu melegakan mereka sedikit. Hitam Kecil tidak ada mengesan sesiapa yang disyaki datang dari Dua Belas Istana di dalam Kediaman Putera Mahkota. Nampaknya ini bermaksud walaupun Lei Chen ada hubungan dengan salah satu daripada Dua Belas Istana, situasinya sama seperti ketika di Kumpulan Qing Yun sebelum ini. Mereka hanya berhubung dengan Lei Chen sekali-sekala dan tidak terus berada di sisinya.

Berita ini agak baik bagi Jun Wu Xie dan rakan-rakannya. Tanpa kehadiran orang-orang dari Dua Belas Istana di Ibu Negara Diraja Negara Yan, lebih mudahlah untuk mereka menjalankan rancangan yang telah mereka fikirkan.

"Kita nak tunggu sampai habis Kejohanan Pertempuran Roh sebelum bertindak?" tanya Fan Zhuo sambil memandang Jun Wu Xie. Setelah yakin tidak ada orang-orang dari Dua Belas Istana di sekeliling Lei Chen, mereka sebenarnya boleh bertindak bila-bila masa sahaja. Jun Wu Xie pasti menahan dirinya disebabkan oleh Akademi Zephyr…

Jun Wu Xie mengangguk. Walaupun dia tidak lama berada di berada di Akademi Zephyr mahu pun mempelajari sesuatu di situ, Teknik Pemulihan Roh tetap amat berguna untuknya. Tidak kiralah sama ada demi Gu Li Sheng atau adik-beradik Fan, Jun Wu Xie merasakan dia sekurang-kurangnya perlu menyediakan peluang untuk Akademi Zephyr kembali bangkit. Kalau mereka bertindak sebelum Kejohanan Pertempuran Roh, mereka tak akan dapat berada di Negara Yan dan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Akademi Zephyr akan kehilangan satu-satunya peluang untuk mendapatkan kembali kegemilangannya dalam masa yang singkat.

Dia melakukan semua ini untuk membalas jasa Gu Li Sheng dan juga menyelesaikan salah satu kebimbangan terbesar bagi Fan Zhuo.

"Mungkinkah akan berlaku sesuatu yang tak dijangka? Kalau orang-orang dari Dua Belas Istana tiba-tiba muncul, bukankah sukar untuk kita bertindak nanti?" tanya Hua Yao dengan wajah yang sedikit berkerut. Walaupun dia faham tentang kebimbangan Jun Wu Xie, memikirkan kejadian di Kumpulan Qing Yun sebelum ini, Hua Yao bimbang kalau pun tidak ada orang dari Dua Belas Istana di Kediaman Putera Mahkota pada ketika ini, itu bukanlah jaminan yang mereka tidak akan muncul secara tiba-tiba. Kalau mereka bertembung dengan orang-orang itu nanti, akibatnya mungkin buruk.

"Tidak akan jadi begitu," kata Jun Wu Xie secara tiba-tiba.

"Berdasarkan situasi di Kumpulan Qing Yun dan Akademi Zephyr, orang -orang dari Dua Belas Istana hanya akan muncul untuk mendesak pihak satu lagi tidak melakukan apa-apa tindakan berkaitan Cenuram Penghujung Syurga. Tapi kita dah bertemu dengan pasukan yang Lei Chen hantar ke sana sebelum ini. Ini membuktikan yang Dua Belas Istana sudah pun menghubunginya dan mereka sudah mencapai matlamat mereka. Sebelum mendapat apa-apa berita untuk lebih memahami keadaan di makam Maharaja Kegelapan, orang-orang itu tak akan muncul." Jun Wu Xie hanya berani melengahkan rancangan mereka kerana dia sudah pun menganalisa situasi tersebut.

Dia tidak akan membahayakan nyawa mereka dengan begitu mudah.

Setelah mendengar kata-kata Jun Wu Xie, Hua Yao tidak lagi bimbang. Dia juga merasakan amat bagus jika mereka dapat membantu Akademi Zephyr kembali bangkit.

Kumpulan anak muda ini berjalan di bawah cahaya bulan yang terang untuk kembali ke Lof Dewa. Berbanding dengan kumpulan anak muda ini yang tenang sahaja, anak-anak muda lain yang sedang pulang dari Kediaman Putera Mahkota semuanya berkobar-kobar penuh semangat. Mereka yang lebih kuat ternanti-nanti hari bermulanya Kejohanan Pertempuran Roh di mana mereka dapat menunjukkan kemahiran dan akhirnya mendapat peluang untuk meraih kemasyhuran dan kekayaan yang tidak berpenghujung!


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C785
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous