Télécharger l’application
60.67% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 540: Bandar Chan Lin (3)

Chapitre 540: Bandar Chan Lin (3)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Saya nak tanya ni. Bilik ni sudah pun ditempah. Patut ke kalau ada orang yang tiba-tiba bayar lebih dan boleh menuntut bilik ini dan menggunakannya?" Pemuda yang menghalang laluan di tangga itu mencemuh.

"Patut atau tak tu bukan kamu yang tentukan. Siapa dalam dunia ni yang tak mahukan duit? Kalau ada untung, bodohlah tuan punya rumah tumpangan ni kalau dia menolaknya," kata pemuda dari Akademi Zephyr itu.

Melihatkan kedua-dua kumpulan pemuda ini hampir bertumbuk, Jun Wu Xie tiba-tiba berjalan mendapatkan mereka.

"Tempahan boleh diubah?" tanya Jun Wu Xie kepada pemilik rumah tumpangan itu yang kelihatan terkejut.

Pemilik rumah tumpangan itu merenung kosong seketika sebelum menggelengkan kepalanya.

"Rumah tumpangan kami tak ada peraturan sebegitu. Tetapi kebetulan tempoh beberapa hari ini ialah hari cuti untuk pelajar-pelajar Akademi Zephyr. Ramai pelajar yang datang ke bandar ini sehinggakan masalah kekurangan bilik berlaku di mana-mana. Hasilnya…" Pemilik rumah tumpangan ini bingung. Rumah tumpangannya ini dianggap yang paling terkenal di Bandar Chan Lin. Walaupun harganya mereka mahal, para pelajar Akademi Zephyr tidak pernah kekurangan wang untuk dibelanjakan. Jadi rumah tumpangan ini paling popular dalam kalangan para pelajar Akademi Zephyr.

Tetapi rumah tumpangan ini mempunyai bilangan bilik yang terhad. Beberapa hari yang lalu, seseorang telah datang menempah beberapa bilik di situ. Pemilik rumah tumpangan ini sudah pun menerima bayaran bagi bilik-bilik tersebut dan tidak menyangka situasi yang rumit ini akan terjadi.

Beberapa orang pelajar lain dari Akademi Zephyr tiba-tiba datang ke situ. Setelah mendapati ada beberapa buah bilik yang masih kosong di atas, mereka bertegas mahukan bilik-bilik tersebut dan membayar harga yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, para tetamu yang menempah bilik-bilik tersebut pun tiba. Apabila kedua-dua pihak ini bertemu, tercetuslah situasi ini.

Pemilik rumah tumpangan itu berasa pening dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia teragak-agak untuk menyinggung para pelajar Akademi Zephyr tersebut, tetapi dia juga tidak mahu melanggar peraturan yang telah ditetapkan di rumah tumpangan itu.

Jun Wu Xie mendengar penjelasan lelaki itu tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia berpusing dan berjalan mendekati pemuda angkuh dari Akademi Zephyr itu.

Susuk tubuh kecil itu tiba-tiba bersinar dengan cahaya berwarna kuning. Sebelum pemuda-pemuda itu sedar apa yang berlaku, mereka tiba-tiba diserang satu kuasa yang kuat. Sambil menjerit-jerit, para pemuda itu kemudiannya mendapati diri mereka tercampak ke luar pintu rumah tumpangan itu!

Seluruh rumah tumpangan itu senyap-sunyi. Semua mata tertumpu pada susuk tubuh kecil yang tiba-tiba melakukan serangan yang kuat itu tadi.

Para pemuda yang tercampak ke luar itu kelihatan tidak keruan dan pening-pening lalat. Tak lama kemudian, mereka cukup pulih untuk menjerit kembali, "Siapa kamu? Berani kamu sentuh kami! Tentu kamu ni dah puas hidup!"

Mereka menggeleng-gelengkan kepala untuk menghilangkan pening. Mata mereka tertumpu pada susuk tubuh kecil yang berdiri di pintu rumah tumpangan tersebut. Mata pemuda bertubuh kecil molek itu merenung mereka, seorang demi seorang.

"Kamu tak dengar ke apa pemilik rumah tumpangan tu kata tadi?" kata Jun Wu Xie. Renungan matanya mula bertukar dingin.

"Jun….. Jun Xie….." Salah seorang pemuda itu tergagap-gagap bersuara. Dia mengenali pemuda yang terkenal dalam kalangan para pelajar Akademi Zephyr. Tiba-tiba dia menjadi kaku sebaik terpandang pemuda bertubuh kecil molek di hadapannya itu.

Sementara itu, pemuda-pemuda dari satu lagi kumpulan yang terlibat dalam pertengkaran tadi terhenti seketika sebaik terpandang susuk tubuh kecil itu. Sebentar kemudian, mereka semua tersenyum.

"Jun Xie! Dah sampai pun!" Qiao Chu menurunkan kakinnya dan berjalan mendekati Jun Wu Xie sambil tersenyum gembira.

Jun Wu Xie memandang sekilas pada Qiao Chu, kemudian berpaling kembali untuk bertentang mata dengan para pelajar yang memakai pakaian seragam Akademi Zephyr itu. Jun Wu Xie mengangkat tangannya yang kecil itu, lalu diletakkan pada tiang marmar berdekatan pintu masuk utama rumah tumpangan itu.

Terdengar satu bunyi retakan yang kuat. Batu yang keras itu hancur menjadi debu disebabkan kuasa rohani yang terkumpul pada tapak tangannya.

Para pemuda di luar rumah tumpangan itu menggigil ketakutan.

"Berambus," kata Jun Wu Xie dengan perlahan.

Para pemuda itu lari lintang-pukang dari situ. Jun Xie mempunyai reputasi menggerunkan di Akademi Zephyr. Semua khabar angin tentangnya ada menyebut tentang kekuatan kuasa rohaninya. Para pelajar ini tahu yang Jun Xie sudah mencapai roh tahap jingga pada usia empat belas tahun. Mereka merasakan keadaan ini mustahil. Tetapi setelah melihat dengan mata kepala mereka sendiri, mereka menyedari cahaya yang menyelubungi Jun Xie itu berwarna kuning terang!

Itu cahaya yang menandakan pemilik roh tahap kuning!


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C540
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous