Télécharger l’application
60.11% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 535: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (3)

Chapitre 535: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (3)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Jun Xie, kamu tak ingat Yin Yan? Kamu berdua tinggal sebumbung dulu," kata Ning Xin sambil ketawa kekok. Dia memerhatikan reaksi Jun Xie dengan teliti.

"Tak," jawab Jun Wu Xie, langsung tidak mengangkat kepalanya.

Yin Yan merasakan pipinya menjadi perit. Ning Xin baru sahaja memberitahu Fan Zhuo betapa rapatnya Yin dan Jun Xie. Sesaat kemudian, Jun Xie mengatakan dia tidak kenal pun Yin Yan. Tamparan yang dirasakan akibat penafian itu terus menghancurkan keberanian yang bersusah-payah Yin Yan kumpulkan untuk datang ke situ.

Pada ketika itu, Yin Yan dan Ning Xin berharap lantai rumah itu akan terbelah dan menelan mereka berdua. Mereka begitu yakin yang sikap kasar Jun Xie terhadap mereka adalah disebabkan oleh Yin Yan. Tapi kalau dilihatkan keadaan sekarang, nampaknya bukan itu sebabnya.

Yin Yan pula sudah berusaha sedaya-upaya untuk meyakinkan dirinya untuk sedar diri dan berserah pada keadaan, berniat untuk tunduk pada Jun Xie buat masa sekarang.

Namun begitu, dia tidak menyangka yang dirinya begitu tidak dipedulikan oleh Jun Xie sehingga Jun Xie langsung tidak ingat padanya.

Kesunyian tiba-tiba menyelubungi pondok buluh tersebut. Kepala Yin Yan tertunduk dan senyuman di wajah Ning Xin menjadi kaku sewaktu mereka berdua gelisah berada dalam suasana senyap sunyi itu.

Fan Zhuo yang sedang duduk di sisi mereka seolah-olah tidak sedar masalah yang dihadapi kedua-dua orang tetamunya ini, lalu bertanya dengan bingung, "Kamu tak kenal dia? Tak mungkin. Ning Xin beritahu saya yang kamu dan Yin Yan sangat rapat dan dia datang sejauh ini untuk berjumpa kamu kerana dia sangat rindukan kamu. Jun Xie, fikir betul-betul. Jangan begitu mudah saja menafikannya."

Suara Fan Zhuo begitu lembut dan ekspresi wajahnya menunjukkan dia bimbang serta ambil berat.

Namun begitu, Ning Xin dan Yin Yan lebih rela kalau Fan Zhuo tidak berkata apa-apa ketika itu!

Kalau Fan Zhuo tidak mengatakan semua itu, Jun Xie tidak akan tahu niat sebenar mereka. Tetapi memandangkan Fan Zhuo telah menyebut hal ini lagi, pastilah Jun Xie sedar yang mereka berdua dengan tidak tahu malunya cuba menjalinkan hubungan dengannya tetapi gagal kerana telah ditolak mentah-mentah.

Pada ketika itu, senyuman tidak kelihatan lagi di wajah Ning Xin. Dia terlihat Jun Xie memandangnya dengan renungan yang membuatkan dia amat tidak selesa. Setelah ditenung begitu, dia merasakan semua kepura-puraannya ditarik selapis demi selapis sehingga membuatkan dia berasa amat gelisah.

Kerusinya semakin tidak selesa dan kata-kata yang telah dirancang rapi hanya mampu ditelan sahaja. Sepatah perkataan "Tak" dari Jun Xie itu telah merosakkan semua rancangannya.

Dia tidak tahu bagaimana mahu meneruskan sandiwara ini.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Fan Zhuo menyebut pula hal tersebut dan membuatkan Ning Xin berasa amat malu.

Kali ini, Ning Xin tidak mampu untuk terus duduk di situ seketika lagi. Dia menegakkan badannya dan tiba-tiba berdiri. Wajahnya kelihatan pucat sewaktu dia tergesa-gesa meminta diri lalu bergegas keluar. Kali ini, dia langsung tidak menyebut akan kembali melawat mereka lagi.

Yin Yan cepat-cepat mengekorinya tanpa berkata apa-apa. Dia berlari keluar dari pondok buluh itu seperti dikejar binatang ganas.

Selepas mereka berdua berlalu pergi, Fan Zhuo tiba-tiba ketawa. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi.

"Ning Xin pasti semakin cemas. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Saya sangkakan dia akan cuba bertahan lama sedikit, tapi nampaknya dia sudah capai hadnya hari ini." Fan Zhuo memegang cawan teh sambil tersenyum gembira.

Memandangkan mereka telah membesar bersama-sama sejak kecil, tentulah dia sangat arif dengan sikap Ning Xin. Mungkin penampilan luarannya kelihatan lembut dan comel, tetapi di dalam hatinya, gadis itu amat berkeyakinan dan pentingkan diri. "Tamparan" berkali-kali dari Jun Xie itu pasti membuatkan Ning Xin hampir gila.

Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya. Dia tidak merasakan dia ada bercakap dengan kasar tadi.

"Memandangkan mereka datang berjumpa kita meminta untuk diseksa, bukankah saya patut tunaikan impian mereka?"

Jun Wu Xie belum lagi memulakan langkah dan Ning Xin sudah begitu teruja datang pada mereka, meminta diseksa. Kenapa dia perlu tolak permintaan itu?

Fan Zhuo ketawa perlahan. Dia menopang dagu sambil menelengkan kepala dan merenung Jun Xie.

"Saya betul-betul ingin tahu apa yang dah berlaku di Hutan Roh Pertempuran sehinggakan orang yang pentingkan diri sepertinya, membuang sifat bangganya dan cuba untuk memenangi hati kamu. Saya dapat rasakan kebencian mendalamnya terhadap kamu, tetapi dia menahannya dan menyembunyikan kemarahannya lalu tersenyum mesra di hadapan kamu. Saya rasa, ada sesuatu yang dia perlukan daripada kamu, bukan?"


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C535
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous