Télécharger l’application
47.64% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 424: Fakulti Roh Binatang (3)

Chapitre 424: Fakulti Roh Binatang (3)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Berkenaan hal Jun Wu Xie menghilangkan diri, Qian Yuan He telah beberapa kali pergi membuat aduan kepada Guru Besar. Tetapi semuanya dipendamkan oleh Gu Li Sheng. Setelah mengetahui yang Jun Xie langsung tidak pergi ke fakulti Roh Binatang serta telah keluar dari asrama, Gu Li Sheng sebaliknya berasa sangat lega.

Jun Wu Xie tinggal di kediaman berdekatan hutan buluh itu dan fokus pada kajiannya tentang teknik Pemulihan Roh.

Setelah menyedari latihan roh berkontrak bagi spesis lain tidak berguna untuknya, dia telah menumpukan seluruh tenaga untuk mengambil cabaran berhadapan dengan teknik Pemulihan Roh. Dia mahu menyempurnakan teknik itu secepat mungkin supaya Teratai Salji dapat mengembalikan kemegahannya.

Kehidupannya kembali kepada keadaan berkurung di dalam bilik, membuatkan dia merasakan seperti sudah kembali ke waktu dia berada di Istana Lin. Ketika itu, dia tidak keluar dari farmasinya dan hanya duduk di dalam bilik untuk menghasilkan eliksir.

Jun Xie mungkin telah "hilang" dari Akademi Zephyr, namun khabar angin dan fitnah yang menyelubunginya langsung tidak reda dan terus tersebar.

Peraturan di Akademi Zephyr tidak membenarkan para pelajar ponteng kelas tanpa alasan yang kukuh. Jun Xie sudah tidak muncul selama hampir setengah bulan. Qian Yuan He semakin kerap berkunjung ke pejabat Guru Besar tetapi semuanya sia-sia. Namun begitu, berita ini masih tersebar dalam kalangan para pelajar dan tak ada siapa yang tahu dari mana khabar angin ini bermula.

Mula-mula dia cuba mencuri kedudukan di fakulti Pemulih Roh dari orang lain, kemudian dia sendiri merasakan dirinya begitu penting sehingga tidak mempedulikan guru di dalam kelas fakulti Roh Binatang. Namun begitu, Jun Xie masih lagi tidak dibuang dari Akademi Zephyr.

Kesalahan yang Jun Xie lakukan semakin teruk. Dia sendiri tidak sedar yang nama Jun Xie di dalam akademi itu amat terkenal sehingga dia menjadi seperti "selebriti" di seluruh kampus.

"Populariti" ini membuatkan Fan Jin sama terpalit.

Ini kerana Fan Jin telah melindungi Jun Xie sebelum ini sehingga membuatkan orang lain menganggap pengaruh Fan Jin yang membolehkan Jun Xie kekal sebagai pelajar Akademi Zephyr, walaupun dia telah melakukan pelbagai kesalahan. Semua orang menuduh Fan Jin mempengaruhi Guru Besar dengan menggunakan kedudukan uniknya dan memaksa pihak akademi untuk tidak membuang Jun Xie. Walaupun pelajar-pelajar lain ini tak berani berdepan secara terus dengan Fan Jin, di belakangnya mereka sudah kehilangan perasaan memuja dan hormat padanya. Apabila bercakap mengenai Fan Jin, mereka hanya akan menutup mulut dan tak mahu memberikan apa-apa komen tentangnya.

Fan Jin sedar tentang hal ini tetapi dia tidak menyebutnya kepada sesiapa. Dia pergi ke hutan buluh itu untuk makan seperti biasa dan kadang kala berkongsi cerita-cerita menarik yang berlaku di dalam akademi dengan Jun Xie dan Fan Zhuo. Namun dia tidak pernah bercerita tentang dirinya sendiri. Fan Jin menanggung semua beban ini sendirian dan secara senyap-senyap.

Pada hari ini, Fan Jin baru saja habis berlatih dan dia membuatkan dirinya melupakan segala renungan tidak mesra yang dilemparkan kepadanya. Dia tersenyum sendiri sebelum berlalu pergi.

Tak jauh dari situ, Senior Ning keluar dari celahan pokok-pokok. Di sebelahnya ialah Yin Yan yang kelihatan muram.

"Kamu berjaya tak cari ke mana Jun Xie menghilang?" Senior Ning bertanya sambil berkerut. Dia mahu mempergunakan Jun Xie untuk menjatuhkan Fan Jin, tetapi Jun Xie hanya muncul di fakulti Roh Binatang itu untuk separuh hari saja dan kemudiannya terus menghilang. Mustahil untuk Senior Ning melaksanakan rancangannya kini.

Yin Yan kelihatan terseksa dan menggelengkan kepalanya.

Senior Ning kelihatan tak puas hati lalu bertanya, "Bagaimana dengan Li Zi Mu?"

Yin Yan membalas, "Prestasi Li Zi Mu di fakulti Pemulih Roh….tidak terlalu baik."

"Kenapa jadi begitu?" Senior Ning bertanya dengan perasaan terkejut. Li Zi Mu itu satu-satunya pelajar yang Gu Li Sheng terima tahun ini. Kenapa pula prestasinya buruk?

"Ini bukan salah Tuan Guru. Tuan Guru amat bersabar dengannya dan sering mengadakan sesi pembelajaran persendirian untuknya. Malah Tuan Guru juga memberikan Li Zi Mu buku-buku yang kami tak pernah lihat sebelum ini, supaya dia boleh mengulang kaji. Tetapi nampaknya Li Zi Mu tak berbakat dalam Pemulihan Roh. Sudah dua minggu berlalu dan dia masih lagi tak boleh melakukan perubahan kuasa rohani." Sewaktu Yin Yan berkongsi hasil pemerhatiannya, entah mengapa matanya kelihatan bersinar-sinar.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C424
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous