Télécharger l’application
0.57% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 6: Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi

Chapitre 6: Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi

Éditeur: EndlessFantasy Translation

'Mungkin aku telah dijangkiti oleh ahli kumpulan itu. Walaupun aku seronok melihat log perbualan kumpulan ini setiap hari, tapi aku masih perlu keluar dari kumpulan ini juga. Kalau tidak, aku mungkin akan bertukar menjadi salah seorang daripada mereka. Aku akan keluar dari kumpulan selepas bertanya kepada sepupu aku tentang resipi untuk memastikan tonik yang mereka hasilkan itu tidak akan menyebabkan kematian kerana keracunan,' fikir Song Shuhang dalam hatinya.

Sembang grup yang dia sertai itu ialah sebuah kumpulan yang aneh dan Song Shuhang sepatutnya tidak perlu mempedulikan nasib malang yang bakal menimpa mereka.

Walau bagaimanapun, dia merasakan sekiranya dia tahu kandungan 'pil ubatan' yang mereka makan itu sebenarnya beracun, dia perlu mencuba untuk memujuk mereka agar tidak memakannya lagi. Tidak kiralah sama ada mereka akan mendengar nasihatnya atau tidak, sekurang-kurangnya dia patut mencuba untuk memastikan dia masih mempunyai hati nurani dan sanggup membantu orang yang tidak dikenali.

Ya. Hati nurani dengan matlamat yang jelas.

Selepas itu, terpulang kepada ahli kumpulan itu sendiri sama ada mereka mahu mendengar nasihatnya atau tidak. Tetapi dia masih perlu bertanggungjawab sekiranya masalah mula muncul akibat daripada dia yang tidak cuba untuk memujuk mereka.

❄️❄️❄️

Selepas pulang ke asrama, Song Shuhang masuk ke perisian perbualan dan menghantar senarai bahan-bahan perubatan yang disalinnya kepada sepupunya, Zhao Yaya.

"Kakak Yaya, katakanlah, jika kita menambah semua bahan ubat yang saya tuliskan di atas ke dalam periuk ubatan dan renehkannya menjadi pes, apakah itu akan menyebabkan kematian apabila digunakan? Jika kakak sedang lapang, tolong bantu saya untuk sahkan pertanyaan saya ini. "

Selepas menekan kekunci 'masuk' dan mesej juga telah dihantar, Song Shuhang bersandar di kerusi dan merenung ke hadapan.

Sepupunya, Zhao Yaya, ialah seorang yang sentiasa sibuk dan dia juga sedang menjalani latihan industri. Oleh sebab itu, dia jarang berada dalam talian. Kadang-kadang, dia akan muncul sekali-sekala dalam beberapa hari untuk menghantar mesej atau memberitahu sesuatu kepada Song Shuhang. Ada masanya dia akan menjawab mesej selepas satu minggu.

Jika keadaan membenarkan, Song Shuhang tidak mahu bertanya soalan itu dalam talian.

Lagipun, beberapa perkara perlu dibincangkan secara bersemuka untuk mengelakkan sebarang salah faham oleh sepupunya itu. Kalau tidak, jika sepupunya menganggap dia yang memakan ubat ini dan salah faham dengannya, bagaimana dia hendak menjelaskan keadaan yang sebenar? Dia takut ibunya akan mengambil tiket penerbangan dari rumah dan terus datang ke sini untuk melawat dia.

Sejak akhir-akhir ini, dia teringin sekali untuk terus bersama dalam perbualan sembang grup itu. Melihat sembang grup itu telah menjadi satu hobi yang menyeronokkan buat dia, tetapi lebih baik kalau dia keluar dari situ secepat mungkin.

Dia masih bernasib baik kerana dia belum pernah berbual dalam kumpulan itu dan tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana ahli di dalamnya. Jadi dia boleh mengelakkan rasa berat hati sekiranya dia meninggalkan kumpulan itu dengan segera.

Tetapi tanpa dia sedar, jarinya telah menekan sembang grup Kumpulan Satu Wilayah Nombor Sembilan di bahagian bawah kanan skrin telefon pintarnya.

Tidak susah untuk seseorang membiasakan diri dengan tabiat baharu dan dia hanya mengambil masa sepuluh hari untuk membina tabiat melayari perbualan dalam sembang grup itu setiap hari.

Secara kebetulan, seseorang berada dalam talian dalam perbualan itu.

Pertapa Malas Sungai Utara: "Tujuh, adakah tribulasi itu sudah tamat? Adakah Enam Belas sudah melangkah naik satu tahap? "

Mesej ini telah dihantar sepuluh minit yang lalu, tetapi Tujuh dari Puak Su masih belum menjawab.

"Mungkinkah ada sesuatu yang berlaku semasa tribulasi guruh itu?" Roh Kupu-kupu bertanya. Kali ini, orang yang menghantar mesej dalam talian ialah dia sendiri dan bukan bapanya. Walaupun wanita muda ini baru sahaja menyertai kumpulan itu, dia telah berjaya membuat muslihat dengan ahli-ahli lain yang hanya muncul dalam perbualan kerana mulut manisnya.

Dia tahu setiap proses pertapaan tribulasi yang dilalui tidak boleh dipandang ringan. Walaupun dalam proses tribulasi yang lemah, satu kesilapan yang sedikit masih berupaya menyebabkan masalah besar.

"Saya rasa dia tidak ada apa-apa masalah, Tujuh ada bersama dengan dia pada masa itu. Ini juga tribulasi guruh Alam Perolehan Tahap Tiga, saya yakin dia mampu membantu Enam Belas jika ada masalah," kata Pertapa Malas itu.

Walau bagaimanapun, Tujuh dari Puak Su masih belum menjawab selepas mesej dia itu, jadi dia mula berasa tidak selesa.

Pada masa itu, muncul seorang ahli lain yang Song Shuhang tidak pernah lihat sebelumnya, IDnya adalah Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi. "Jangan risau, biarkan Mahaguru Abadi ini melakukan ramalan dan kita akan ketahui hasilnya."

Pertapa Malas Sungai Utara terdiam selama beberapa saat sebelum menjawab. "Baiklah".

Melihatkan kepada keadaan ini, adakah Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi ini memainkan peranan seorang Mahaguru Ramalan?

Selepas dua hingga tiga minit, Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi muncul semula. "Haha. Yakinlah. Hasil ramalan Mahaguru Abadi ini terhasil daripada cabutan dengan nasib yang baik. Tujuh dari Puak Su dan anak didiknya akan baik-baik saja. Kita hanya perlu menunggu Enam belas untuk datang dan mencabar kita semua! "

Cabutan dengan nasib yang baik, mungkinkah mereka akan berasa lebih tenang sekarang? Walaupun hal-hal seperti ramalan ini tidak boleh dianggap serius, ia masih boleh membuatkan seseorang untuk berasa lebih tenang. Song Shuhang berfikir.

Apabila Pertapa Malas mendengar hasil ramalan itu, dia menjadi lebih senyap dan tidak membalas mesej itu.

Kemudian, dia menghantar satu simbol yang kurang menyenangkan. "Nampaknya Enam belas mungkin sedang menghadapi masalah, sebab itulah Tujuh belum masuk lagi ke dalam talian. Adakah terdapat sesiapa yang berada berdekatan dengan Bandar H yang boleh pergi ke sana dan memeriksa sama ada Tujuh memerlukan sebarang bantuan? "

Pendekar Berang Melulu Tiga masuk ke dalam talian dan menghela nafas. "Memandangkan Tiga Simbol Abadi telah mendapat cabutan dengan nasib yang baik, maka ada kemungkinan sesuatu yang luar biasa telah terjadi. Saya berada jauh dari Bandar H, dan ia akan mengambil masa beberapa hari untuk saya sampai ke sana walaupun saya cuba bertolak sekarang. "

Bulu Lembut: "?"

Pedang Berang Melulu Tiga: "Bulu Lembut, anda mungkin tidak tahu, tetapi Tiga Simbol Abadi ini tidak pernah membuat ramalan yang tepat. Sekiranya dia menjangka yang nasib baik akan berlaku, anda mesti bersedia, kerana bencana mungkin akan menimpa anda. Sebaliknya, jika ramalannya adalah bencana atau yang sama maksud dengan bencana, anda boleh bertenang kerana ini bermakna nasib anda akan menjadi baik sahaja. Manakala, jika suatu hari dia meramalkan satu tribulasi dengan bencana tanpa harapan yang ia akan ditangguhkan, anda boleh bertenang kerana mungkin anda akan mendapat nasib yang lebih baik! "

Pertapa Malas Sungai Utara menambah: "Bila kita fikir semula, hasil ramalan daripada Tiga Simbol Abadi itu sememangnya menggerunkan. Anda hanya perlu memikirkan hasil yang bertentangan daripada jawapan ramalannya, dan pasti anda akan mendapat jawapan yang tepat."

Tukang Tilik Tembaga Tiga Simbol Abadi: "..."

Dia hampir menjerit kerana hendak menegurnya selepas apa yang dikatakan tentang hasil ramalannya. Walau bagaimanapun, seluruh hidupnya dipenuhi dengan sejarah yang gelap, oleh itu dia sendiri tidak tahu bagaimana dia harus membalas.

"Betul Si Bulu Lembut. Satu lagi, bolehkah kamu bertanya kepada ayahmu bila dia akan pulang? Dia telah tinggal di tempat saya sebagai tetamu selama beberapa hari. Jangan beritahu saya dia tidak merindui rumahnya dan anak perempuannya yang cantik itu?" Pedang Berang telah belajar dari kesilapannya kali ini dan tidak cuba untuk bermain dengan api lagi.

"Ya Tuan, saya akan bertanya ayah saya untuk Tuan sekiranya saya ada masa lapang." Walaupun Bulu Lembut menjawab pertanyaan Pedang Berang, dia masih tidak membuat keputusan yang teguh kerana dia tidak memberitahu bila dan adakah dia akan memanggil ayahnya untuk pulang ke rumah.

Pedang Berang Melulu Tiga ialah seorang yang bijak. Bagaimanakah dia tidak boleh tahu yang Bulu Lembut hanya sekadar menjawab pertanyaannya secara tidak bersungguh-sungguh? Kerana itu jugalah Pedang Berang masih bersedih.

"Adakah ada perisik di dalam Bandar H?" Pertapa Malas Sungai Utara menghantar @semua dalam kumpulan.

Ahli-ahli lain dalam kumpulan itu muncul satu persatu dan menghantar emoji 'goyang kepala'. Dengan keluasan negara China ini, mustahil bagi semua orang untuk berkumpul bersama memandangkan jumlah penduduknya juga sangat ramai.

Daerah Jiangnan tempat Song Shuhang berada sebenarnya hampir dengan Bandar H. Walau bagaimanapun, memandangkan dia tidak kenal Tujuh dari Puak Su dan dia juga merasakan otaknya masih berjaga, masih mustahil bagi dia untuk menemani lelaki dalam kumpulan itu untuk mencari seorang ahli yang hilang kerana 'tribulasi guruh' kerana seseorang telah membuat ramalan 'sesuatu yang buruk' mungkin berlaku.

Lagipun, dia masih belum menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan itu.

Pada masa itu, Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu muncul semula. "Saya bersedia untuk menuju ke Bandar J untuk beberapa hal yang perlu diuruskan dan saya akan pergi ke Lapangan Terbang Jiangnan terlebih dahulu melalui pesawat sebelum menuju ke Bandar J. Daerah Jiangnan agak berhampiran dengan Bandar H, jadi sekiranya perlu, sila hubungi saya... walaupun saya tidak biasa dengan Bandar H, sekiranya anda semua perlukan bantuan, saya tidak akan kekok untuk membantu."

"Baguslah." Jawab Pertapa Malas Sungai Utara.

Melewati Daerah Jiangnan? Wanita daripada dalam kumpulan itu akan datang ke sini? Song Shuhang mengerdipkan matanya.

Pertapa Malas Sungai Utara menjawab dengan gembira, "Saya akan cuba menghubungi Tujuh. Jika ada keperluan, saya akan menghubungi anda, Bulu Lembut. "

Hubungan peribadi beliau dengan Tujuh Dari Puak Su agak baik. Mereka adalah sahabat sehidup dan semati sebelum menyertai Kumpulan Satu Wilayah Nombor Sembilan. Pada masa ini, ramalan Tiga Simbol Abadi membuatnya berasa gelisah.

Dia tidak kisah sekiranya perkara itu tidak menyusahkan diri mereka, tetapi mereka tidak dapat bertenang jika perkara itu melibatkan mereka.

Pada masa itu, Raja Agung Gunung Kuning muncul dan menghantar mesej yang menghiburkan. "Anda tidak perlu bimbang, Sungai Utara. Dengan Tujuh yang berada di sana, bukan sahaja Alam Perolehan Tahap Tiga, bahkan Alam Sejadi Tahap Empat juga tidak mampu mencederakannya. "

"Betul." Pertapa Malas Sungai Utara mengeluh. "Saya tidak bimbang pada mulanya kerana ia hanya tribulasi guruh Alam Perolehan Tahap Tiga. Walau bagaimanapun, ramalan baik dari Tiga Simbol Abadi buat saya risau secara tiba-tiba."

Raja Agung Gunung Kuning: "..."

Pedang Berang Melulu Tiga: "..."

Apa yang dikatakan oleh Pertapa Malas Sungai Utara itu sememangnya masuk akal dan kedua-duanya tidak bersuara.


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C6
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous