Télécharger l’application
11.16% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 86: Pilihan Ahli Sihir

Chapitre 86: Pilihan Ahli Sihir

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Leaf tidak tahu bagaimana dia berjaya mengharungi hari demi hari.

Dia mengambil masa hampir setengah bulan untuk kembali ke perkampungan ahli sihir di Banjaran Puncak Langit dari Rantau Orang Gasar. Bagi mengelak daripada bertembung makhluk iblis, dia terpaksa menyelinap di sebalik batang-batang pokok dan memastikan tiada makhluk iblis berkeliaran sebelum cepat-cepat berlari ke tempat persembunyian seterusnya. Walaupun hatinya seakan-akan mahu meletup kerana ketakutan, dia tiada pilihan lain selain mengembara dengan penuh berhati-hati begini. Jika kehadirannya disedari makhluk kacukan iblis, dia tidak akan terselamat jika bersendirian.

Lebih 12 orang ahli sihir telah dibunuh kejam oleh iblis itu. Ahli sihir lain yang tidak mempunyai kuasa tempur telah lari bertempiran apabila iblis Tangan Besi melompat ke tengah kumpulan mereka dan mula membunuh. Namun Leaf tidak tahu berapa orang berjaya terselamat dan balik ke perkampungan mereka. Dia tidak berani memikirkan tentang itu.

Leaf terpaksa menyembunyikan diri sepanjang masa semasa dia sedang melarikan diri jadi dia menghabiskan kuasa saktinya dengan pantas dan hanya mampu berjalan sejauh lebih 10 batu sahaja setiap hari. Tambahan lagi, dia perlu menjimatkan kuasa saktinya untuk digunakan pada waktu malam. Dia sudah menghabiskan semua makanan yang dia bawa jadi dia terpaksa menukarkan buah-buahan yang tidak dapat dimakan untuk mengalas perutnya. Tangkal Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir sudah lama kehabisan kuasa dan tidak dapat memanaskan tubuhnya lagi, jadi dia membalut tubuhnya dengan kulit kayu. Apabila dia teringat Shino yang mati sebelum sempat mengalami Hari Kematangan, air mata Leaf jatuh berguguran.

Tambah memburukkan keadaan, pada malam keempat, Leaf diserang sakit Azab Syaitan semasa berada di dalam sebatang pokok. Dia terlupa tentang Azab itu kerana terlalu sibuk menyelamatkan diri. Sakit yang mencengkam menjalar dari dadanya hingga ke seluruh tubuhnya, seolah-olah badannya dicarik-carik. Dia pengsan buat seketika dan selepas sedar, dia menggigit bibir menahan sakit. Derita yang menguasai jiwa dan tubuhnya itu membuat dia terasa ingin berputus asa beberapa kali. Namun dia teringat kepada 20 ahli sihir lain yang mungkin masih hidup atau menunggunya di perkampungan mereka. Dia juga teringat kepada saudara-saudaranya yang mungkin cedera parah dan bergantung kepada Leaf sebagai harapan terakhir mereka. Semua ini membuat dia menggigihkan diri untuk melalui Azab itu.

Mujurlah kali ini Azab Syaitan itu tidak berlarutan lama. Apabila ia berakhir akhirnya, Leaf mendapati kulit seluruh tubuhnya telah dihiris-hiris dan darahnya habis membasahi batang pokok itu. Dia takut bau darahnya akan menarik kedatangan makhluk iblis jadi dia menanggalkan semua bajunya dan meluru mencari pokok lain untuk dijadikan tempat persembunyian walaupun dia rasa begitu penat dan sakit. Pada masa yang sama, dia menggunakan kuasanya untuk menumbuhkan daun hijau di dahan kering dan menggunakannya sebagai baju untuk melindungi dirinya daripada kesejukan. Dia menggunakan kuasanya untuk menjadikan ranting dahan sebagai jarum manakala urat-urat daun itu ditukar menjadi benang.

Dalam perjalanan pulang ke perkampungan, dia tidak berpeluang makan makanan yang dimasak atau minum air hangat. Semasa dia memasuki Banjaran Puncak Langit, walaupun dia menambah dua lagi lapisan pakaian daun hijau serta membalut kaki dan tangannya sekali, jari-jari kakinya masih diserang reput fros. Suhu persekitarannya menurun dengan pantas dan salji turun sehingga ke paras pergelangan kakinya. Dia berjalan terhenti-henti, mengheret kakinya yang sudah kebas tidak terasa apa-apa, dan akhirnya tiba di perkampungan ahli sihir itu.

Sebaik sahaja melihat susuk tubuh saudara-saudaranya yang dikenali, dia terus jatuh terjelepuk lalu pitam.

Leaf bangun dua hari kemudian. Dia sudah terlalu lama terdedah kepada kesejukan jadi kecederaan kakinya sudah menjadi terlalu parah dan tidak boleh disembuhkan dengan ubat herba lagi. Ahli-ahli sihir lain tiada pilihan lain dan terpaksa memotong dua jari dari setiap kakinya kerana isinya sudah mati dan mereka mahu mengelakkan reput itu merebak.

Leaf tidak kisah tentang itu. Dia cukup bertuah kerana masih hidup jika dibandingkan dengan ahli-ahli sihir lain yang sudah terkorban. Tetapi apabila dia melihat balutan putih di lengan saudara-saudaranya yang turut sedang berduka, Leaf tidak dapat menahan rasa pilu dalam hatinya.

Dahulu persatuan mereka ada 42 orang ahli sihir; tetapi kini hanya enam orang sahaja tinggal.

Ahli-ahli sihir lain cuba memujuk Leaf dan kemudian Scroll, ahli sihir tertua di sana, memberitahu apa telah terjadi setelah mereka melarikan diri.

Semasa Leaf bertarung dengan makhluk iblis itu, ahli sihir lain yang tiada kemahiran tempur mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke perkampungan mereka. Pada malam itu, mereka diserang makhluk iblis, iaitu sekawan khinzir liar iblis. Mereka tidak mampu melawan jadi mereka melarikan diri sekali lagi. Agak mustahil untuk mereka selamat dalam serangan ini tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Keesokan paginya, selepas diserang seekor lagi serigala kacukan iblis, hanya lapan orang ahli sihir berjaya lari. Mujurlah apabila mereka melintasi sempadan Banjaran Puncak Langit, akhirnya makhluk iblis tidak muncul lagi.

Beberapa hari selepas mereka kembali ke perkampungan mereka, dua orang ahli sihir mula diserang Azab Syaitan. Mungkin akibat kejadian dahsyat yang baru menimpa mereka dan mereka sudah tiada harapan untuk masa hadapan, nyawa mereka melayang dengan begitu mudah. Tiada ahli sihir tempur yang kembali jadi mereka menyangka tentu semuanya sudah mati dalam serangan iblis itu, jadi tiada siapa menjangka kepulangan Leaf.

"Jadi… mana saudara kita yang lain? Red Light, Windseeker, Pembimbing yang Dihormati, apa sudah terjadi kepada mereka?"

Leaf menggeleng kepala. "Hanya saya seorang yang terselamat."

"Oh…" Scroll menjawab lemah kerana dia sudah menjangka jawapan itu. "Awak berehatlah dulu, dan…" dia teragak-agak sebentar, tetapi kemudian dia membuka mulut, "Leaf…"

"Apa dia?"

"Semasa awak tidur tadi, kami telah berbincang. Jika Cara tidak kembali, saya harap awak sudi menjadi Pembimbing kami."

Leaf terkedu sebentar dan kemudian memejamkan mata untuk berfikir. Betul, selepas semua kejadian dahsyat ini, Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir tentu akan terbubar tanpa Pembimbing baru. Matlamat persatuan ini untuk mencari Gunung Suci, tempat kebebasan dan ketenangan. Tetapi kini matlamat ini sudah hancur. Tidak, "Gunung Suci" itu sendiri penipuan besar, ia tidak wujud di Banjaran Puncak Langit mahupun di Tempat Liar. Jika sudah begini keadaannya, wajarkah persatuan ini wujud lagi?

Semua ini mula meresahkan dirinya. Tanpa memandang saudara-saudaranya pun, dia sudah dapat merasakan harapan yang memancar dari mata mereka. Mereka memerlukan seseorang untuk memimpin mereka dan memandu mereka dalam perjalanan mereka.

"Kita… Kita pergi cari Nightingale," kata Leaf, selepas terdiam lama.

"Siapa? Nightingale?"

"Maksud awak, pergi ke Pekan Sempadan?"

"Bagaimana jika dia menipu?"

"Wendy juga ada di sana."

"Mungkin dia sudah lama mati."

Selepas Leaf mengutarakan cadangan itu, ahli sihir lain mula bertanya bertalu-talu. Scroll menepuk tangan untuk menenangkan keadaan dan kemudian dia bertanya Leaf, "Bagaimana jika Nightingale juga menipu?"

"Awak boleh tunggu dahulu di tempat selamat luar pekan itu." Leaf membuka matanya. "Biar saya siasat jika Nightingale berkata benar atau tidak. Jika dia menipu, saya akan mengambil alih kedudukan sebagai Pembimbing. Tetapi jika… Jika saya mati dalam pekan itu, Scroll, awak mesti membawa saudara kita mencari kebebasan."

"Tapi, saya…"

Leaf memaksa dirinya tersenyum. "Saya tahu kebolehan awak tidak sesuai untuk bertempur, dan tidak begitu membantu tugas harian kita di perkampungan kita ini. Tetapi sekarang baru saya faham, kekuatan kebolehan seseorang ahli sihir bukan kayu ukur terpenting bagi menentukan kedudukan Pembimbing." Pembimbing sepatutnya orang yang paling layak memimpin, bukannya orang yang paling kuat. Malangnya Leaf terlewat menyedari perkara ini. Jika Wendy yang penuh kesabaran dan berhati-hati menjadi Pembimbing mereka, mungkinkah keadaan akan menjadi jauh berbeza? "Awak dan juga Wendy ialah ahli sihir terawal menyertai persatuan ini, dan kami anggap awak kakak kami. Semasa kita mula-mula membina penempatan ini di Banjaran Puncak Langit selepas lari dari daerah timur kerajaan ini, awak sangat membantu dengan pengalaman dan sikap waspada awak. Tiada orang lain lebih layak menjadi Pembimbing kami selain awak."

Scroll terdiam sebentar dan kemudian berkata, "Bagaimana pula jika Nightingale bercakap benar?"

"Jadi Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir tidak patut wujud lagi." Perlahan-lahan Leaf menyambung, "Pekan Sempadan akan menjadi 'Gunung Suci' kita yang baru."


Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C86
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous