Akhirnya, Ketua Persatuan Meng tidak membayar lima puluh biji batu roh peringkat-tinggi pekat itu. Lagipun, dia tidak mungkin akan dapat mengumpul duit sebanyak itu. Selepas berjanji untuk membawa Zhang Xuan bersiar-siar di sekeliling Persatuan Pelukis, dia segera merampas buku itu kembali dan menyimpannya ke dalam cincin simpanan lelaki itu.
Zhang Xuan merintih akan nilai-nilai murni terdahulu yang kini sudah semakin pupus.
"Zhang shi, kita tak memberi sebegitu banyak bantuan semasa pembukaan lindungan di dalam lukisan, jadi kami tak akan ambil sebarang batu roh peringkat-tinggi," Ketua Persatuan Mu berkata semasa dia menyerahkan cincin simpanan yang dipenuhi batu roh peringkat-tinggi yang telah ditinggalkan lelaki bertopeng tembaga.