"Dia berjaya membunuh sembilan daripada mereka?"
"Wu shi pasti yang Wu shi tak tipu kami?" Penolong Pengetua Ji Yan dan Tan Qing membeliakkan mata mereka terkejut.
Selama dua tahun lalu, mereka telah menggabung kebijaksanaan, keberanian dan daya tenaga untuk berhadapan dengan Raja Daun Langit hari demi hari. Mereka hampir menjadi gila akibat daripada semua itu, tetapi mereka langsung tidak dapat melemahkan makhluk tersebut walau untuk sedikit. Sebaliknya, angka jumlah guru sarjana di pihak mereka semakin berkurangan sehingga akhirnya hanya mereka berdua yang masih ada.
Akan tetapi, Zhang shi itu, seorang pertapa Santo Sesuku, telah bertemu dengan sembilan lagi daripada Sepuluh Raja Teragung dan berjaya membunuh mereka semua? Benarkah?
"Bukan saja begitu," Wu shi meneruskan, "dalam satu kejadian, Raja Daun Langit telah menyembunyikan Roh Asalnya dalam kalangan pasukan ekspedisi kami dan dia akhirnya hampir dibunuh oleh Pengetua Zhang."