"...."
Ketua itu tergagap. Buat seketika, dia hampir menghilang di udara pada saat itu juga.
Sebab di sebalik keputusannya untuk meninggalkan sebahagian daripada jiwanya adalah untuk menerima pelajar baharu supaya lelaki itu dapat menurunkan ilmu seni rahsia ini kepada generas-generasi muda, bukannya untuk mengakui orang lain sebagai gurunya!
Akan tetapi, bukan sahaja lelaki itu telah gagal dalam mendapatkan seorang pelajar, tetapi pemuda di hadapannya itu malah berniat untuk mengambilnya sebagai pelajar pula. Kehampaan lantas menyelubungi dirinya dan membuatkan dia terasa seperti dia bakal meletup pada bila-bila masa.
Namun apabila memikirkannya dengan lebih teliti, dialah yang telah mengatakan 'Kalau kamu ingin mendapatkan warisan saya, kamu perlu menjadi salasilah keturunan saya. Kalau tidak, bagaimana saya ingin mengajarimu seni rahsia saya?'