"Uish, hebat betul teknik pedang kamu itu!" Mata Mu shi mula berkelip lalu dia mengangguk kepalanya dengan persetujuan sambil memulakan serangan balas terhadap serangan Zhang Xuan.
Dalam sekelip mata sahaja, manusia dan patung telah bertembung antara satu sama lain.
Boom boom boom boom!
Dengan kekuatan penuh, pedang Zhang Xuan telah dihunus bertubi-tubi ke arah patung itu seperti ombak yang melanda sungai, setiap serangan menyerang dengan lebih cepat dan kuat berbanding serangan sebelum itu.
Walaupun dia tidak bertapa mana-mana seni pedang yang hebat, dia telah berjaya merumuskan banyak teknik pedang yang dia telah dapat sehingga sekarang untuk membentuk Seni Pedang Jalan Syurga. Dengan kekuatannya, dia akan dapat mengalahkan seorang pakar di alam Santo dalam serangan hendap!
"Betapa hebatnya pun, kamu masih terlalu lemah…" Mu shi ketawa sedikit sebelum menjuih jarinya ke hadapan.
Huala!