"Enam ke tujuh hari? Taklah jauh mana…" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.
Walaupun dengan Binatang Ungu Berkepak Agung, seekor binatang Fana Unggul 9 Dan, dia tidak akan dapat sampai ke sempadan Empayar Besar Hongyuan dalam masa enam ke tujuh hari. Menggunakan ini sebagai kayu ukur, nampaknya Pentas Penabalan Santo ini tidak jauh daripada mereka.
Luo Ruoxin bertanya dengan senyuman pudar pada mukanya, "Bagaimana? Berminat untuk ikut saya tak?"
"Sudah pasti!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya dengan penuh perasaan teruja.
Tanpa mengambil kira lagi yang Luo Ruoxin akan pergi bersamanya, ia juga merupakan peluang yang baik untuk mana-mana guru sarjana melawat tempat yang mana Kong shi telah mencapai kemajuan ke alam Santo.
Bukan itu sahaja, terdapat kemungkinan besar yang dia dapat belajar sedikit sebanyak tentang Racun Janin Semulajadi juga.
Zhang Xuan bertanya selepas membuat keputusannya, "Bila kita mahu bertolak?"