Di bawah tatapan Zhang Xuan, Buku Pengosongan Sungai tidak bergerak langsung, seakan-akan tiada apa-apa yang telah berlaku.
"Kenapa ia tak bergerak langsung? Adakah mungkin… dia telah gagal ujian itu?"
"Tak mungkin… jika betul sudah pasti teruk kan…"
"Tetapi dengan betapa hebatnya Zhang shi itu, bagaimana mungkin dia tak dapat berjaya menghafal 800 buku?"
Selepas menunggu seketika lagi, apabila melihat tiada apa-apa berlaku dengan Buku Pengosongan Sungai, semua orang berasa terkejut.
Tiada reaksi dari Buku Pengosongan Sungai ini bermakna jumlah buku Zhang Xuan telah baca kurang dari 800!
Jika dia tidak lepas tahap itu pun, ini bermaksud dia akan… disingkirkan!
Tidak kira betapa mengejutkan keputusannya dalam pusingan sebelum ini, dia tetap akan disingkirkan dari pertandingan ini.
Bagaimana ini mungkin?