Dua bulat sabit tergantung di langit malam, memancarkan cahaya sejuk yang terang. Cahaya itu kelihatan seperti langsir sutera nipis yang berkibar-kibar di langit dan membuatkan seluruh kawasan itu berwarna perak.
Bu Fang baru hendak menutup pintu masuk Restoran Taotie apabila dia ternampak Mo Liuji dan seorang wanita yang memakai gaun sutera berdiri tidak jauh dari pintu restorannya.
Wanita itu juga memakai vel di wajahnya, tetapi Bu Fang seperti mengenali wanita itu. Dia juga merasakan dia pernah melihat wanita itu sebelum ini. Perasaan ini membuatkan Bu Fang membeliakkan matanya untuk melihat wanita itu dengan jelas.
Mo Liuji menarik muka masam ketika dia berjalan menuju ke restoran tersebut.
Santa Rahsia Syurgawi telah merangsang keinginan Mo Liuji untuk meminum wain lazat. Khabar angin mengatakan restoran Tauke Bu mempunyai wain yang lebih lazat berbanding wain di dalam botol buluhnya. Ini merupakan berita baik bagi seorang penggemar wain sepertinya.