Cara Wenren Shang memproses ikannya telah mempesona semua orang. Setiap kali dia menepuk ikan itu, tulang akan terapung di antara jari-jemarinya.
Dia melemparkan semua tulang ikan itu di atas tungkunya dengan acuh tak acuh.
Selain tulang ikan itu, Ikan Gelama Semangat Penelan Syurga ini masih mempunyai beberapa bahagian lagi yang perlu diproses.
Pisau Cahaya Emas itu memancarkan cahaya yang terang apabila meluncur di udara.
Sisik ikan itu kemudiannya tercampak di merata-rata tempat. Sisik ikan ini sangat tajam, keras dan berkilat-kilat seperti logam.
Tangan Wenren Shang terketar-ketar sedikit apabila sisik ikan itu terbang ke dalam tangannya lalu berpusar. Selepas itu, dia mencampakkannya ke atas meja bersama-sama tulang yang telah dikeluarkan olehnya tadi.
Semua orang menjerit kerana terkejut. Dia memang layak berada dalam kalangan 10 Cef Teratas Batu Bersurat Pelahap! Caranya membuatkan orang ramai mengagumi dan menghormatinya!