"Apa? Untuk apa semua ni?"
Doktor-doktor itu berang melihat sikap Bu Fang yang bersahaja; mereka betul-betul berharap mereka boleh ambil kasut mereka dan lemparkan ke muka Bu Fang.
Jika kamu tidak masak benda mengarut hingga jejaskan minda kami, bagaimana kami boleh merosakkan relau kami tanpa sengaja?
Ini semua kerana lelaki tidak berguna ini!
Pada asalnya, semua orang fikir dia tidak berbahaya dan penyertaannya betul-betul tidak bermakna.
Tidak bermakna apa jadahnya?! Siapa sangka lelaki ini sungguh dahsyat? Berani sungguh dia rebus objek seperti najis di arena ini…
Memang langsung tidak tahu malu!
Bu Fang tercengang dengan pandangan geram daripada doktor-doktor itu. Mereka bertiga ini bodohkah?
Bu Fang tidak mahu beri perhatian kepada mereka lagi. Dia memalingkan mukanya menghadap pemeriksa dan dengan tenang berkata, "Ini produk saya. Dah siap dihidangkan dalam masa satu jam yang diberikan."