Lombong kristal itu terletak di Paya Semangat Maya. Suasana di lombong itu riuh-rendah apabila orang-orang ular melaksanakan aktiviti penggalian kristal yang berkualiti tinggi dan jarang ditemui. Kristal ini berkilau-kilau di bawah sinaran matahari. Terdapat juga tenaga yang berpusar-pusar di dalam kristal itu dan kilauannya seterang kilauan berlian.
Sebilah pedang meluncur laju di udara. Bai Zhan terbang di atas pedangnya dan kemudian berhenti di atas lombong itu untuk meneliti aktiviti penggalian tersebut.
Kemunculan lombong kristal ini memberikan implikasi yang besar kepada Vila Awan Putih dan Bandar Ular Besar dari segi pengaruh. Ini akan membantu mereka meningkatkan kekuatan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Kristal yang berkualiti tinggi ini merupakan harta karun yang bernilai. Bukan itu sahaja, kristal ini juga merupakan adalah sebuah objek yang paling bernilai di dunia bagi para pertapa.