Di bawah sinaran matahari, Paya Semangat Maya yang tidak terbatas luasnya itu kelihatan berkilauan dan berwarna-warni. Sekawanan burung terbang tinggi di langit selepas mereka terdengar bunyi kuat yang bertalu-talu.
Bu Fang mengangkat keningnya apabila kakinya memijak tanah yang lembik.
'Aku dekat mana ni?' Ekspresi Bu Fang menjadi resah apabila dia mendapati yang dia bukan di Tanah Belantara. Sebaliknya, tempat yang dia berada sekarang sangat asing baginya. Dengan sekilas pandang, kawasan itu penuh dengan takungan air dan tumbuh-tumbuhan.
Apabila Bu Fang mengambil langkah ke hadapan, tanah yang lembik di bawah tapak kakinya membuatkannya rasa gelisah. Berdasarkan rupa bumi di situ, dia sepatutnya berada di kawasan berpaya. Dengan takungan air dan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya, tempat ini tak ada persamaan langsung dengan Tanah Belantara...
Di manakah... sistem telah mencampaknya?!