Télécharger l’application
2.93% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 28: Sembilan Kaedah Membru dan Wain Jed Penyejuk Hati

Chapitre 28: Sembilan Kaedah Membru dan Wain Jed Penyejuk Hati

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Bila malam tiba, dua bulan sabit menghiasi suasana dan cahaya bulan meliputi seluruh langit seperti sekeping vel.

Bandar Diraja Empayar Bayu - salah satu bandar tersibuk di Benua Naga Tersembunyi - masih belum melabuhkan tirainya di tengah malam yang hening itu. Jalanan masih penuh dengan orang ramai dan cahaya terang menerangi seluruh bandar. 

Rumah kediaman keluarga Ouyang terletak di antara dua jalan besar di bandar Diraja. Ia salah satu rumah kediaman yang terletak betul-betul di luar istana Diraja. Yang kedua ialah rumah kediaman Xiao.

Di dalam dewan besar rumah kediaman keluarga Ouyang, ketiga-tiga orang gasar keluarga Ouyang berlutut tanpa pakaian. Mereka tak sanggup mengangkat muka memandang orang tua yang duduk di atas.

Di bawah orang tua itu, seorang lelaki pertengahan umur berdiri di situ kelihatan tak berdaya.

"Kamu bodoh? Tengok tiga anak kau ni, bangsat! Berlari bogel dalam bandar Diraja? Kenapa aku bersusah payah besarkan anak tak mengenang budi macam kamu semua? Kau malukan aku walaupun dah tua macam ini! Habis jatuh air muka aku disebabkan kau! Dekat mana aku nak letak muka aku lepas ini!"

Tok Ouyang sangat berang dan suaranya kedengaran bergema ke seluruh rumah kediaman keluarga Ouyang. Dia menuding jari ke arah Ouyang Zongheng sambil berleter dan air liurnya bersembur membasahi anak lelakinya itu. Jarinya juga menunjal-nunjal dahi Ouyang Zongheng, menyebabkan anaknya tersandung setiap kali ditolak.

Ouyang Zongheng, jeneral Empayar Bayu, hanya mampu menahan marah sementara dimarahi oleh bapanya. Dia tidak berani melawan balik. Dia hanya boleh menyatakan rasa kesal disebabkan anak-anaknya yang mengecewakan.

"Kau bertiga bodoh ke? Aku pesan bawa balik Xiaoyi, bukan berlari bogel di khalayak ramai! Kau telah menconteng arang ke muka aku! Bila kau keluar nanti, jangan mengaku yang kau itu dari keluarga Ouyang!" jerit Ouyang Zongheng.

Insiden berlari bogel di khalayak ramai telah menjatuhkan maruah keluarga mereka. Beberapa hari lepas, dia mengetawakan anak lelaki Menteri Kiri yang berlari bogel di khalayak ramai. Kali ini, anak-anaknya pula yang berkelakuan demikian. Tidak cukup dengan itu, mereka juga berbogel beramai-ramai! Dia begitu malu untuk berdepan dengan pegawai kerajaan lain nanti.

Ketiga-tiga orang gasar keluarga Ouyang itu kelu seribu bahasa. Disebabkan bapa dan datuk mereka masih marah, apa saja yang mereka katakan pasti akan ditemplek semula.

Bila tekanan dalam dewan besar itu mencapai tahap kemuncak, satu kepala kecil mengintai dari pintu masuk. Dia adalah Ouyang Xiaoyi.

"Atuk, Ayah… Xiaoyi sudah balik!" Ouyang Xiaoyi melompat dari belakang pintu dengan senyuman terukir di wajah.

Apabila Tok Ouyang ternampak Ouyang Xiaoyi, wajahnya berubah lembut dan tenang. Dia berjalan kepada Xiaoyi dan berkata, "Oh, cucu perempuan kesayanganku. Kau telah takutkan Atuk. Atuk ingat kamu diculik orang jahat. Mari sini, biar Atuk lihat kalau kamu cedera di mana-mana. Oh, tengok badan kamu, sudah semakin kurus…"

Tok Ouyang mengusap kepala Ouyang Xiaoyi dengan penuh kasih sayang.

Ouyang Zongheng juga turut sama senyum. "Anak perempuanku yang patuh, jangan lari dari rumah lagi. Sekarang ini, tak selamat berada dalam bandar Diraja. Kita tunggu sehingga tempoh ini berakhir, ayah akan ikut kamu lari dari rumah bersama-sama."

Ketiga-tiga orang gasar keluarga Ouyang melihat pemandangan ini tanpa perasaan. Pada masa yang sama, mereka rasa dunia ini tak adil. Mereka adik-beradik tapi kenapa layanan mereka begitu berbeza?

Ouyang Zongheng terasa pandangan dari anak-anak lelakinya dan terus menjadi serius semula. Sambil mendengus, dia berkata, "Kamu tengok apa? Pergi berlatih. Kalau kamu tak capai Raja Pertempuran kelas kelima tahun ini, siap kamu bertiga."

Ketiga-tiga orang gasar keluarga Ouyang itu berlalu pergi sepantas kilat. Sambil mereka berlari, mereka menjeling kepada Ouyang Xiaoyi.

Pang!

Tok Ouyang mengetuk kepala Ouyang Zongheng yang berlagak bagus dan berkata, "Kamu tengok apa lagi? Pergi berlatih sekarang. Kalau kamu tak capai Maharaja Pertempuran kelas keenam tahun ni, lunyai kamu aku kerjakan." 

Ouyang Xiaoyi terus tergelak kuat. Dia memegang janggut Tok Ouyang dan terus ketawa.

Di dapur, Bu Fang mengambil satu beg tepung dari almari dengan tenang. Tepung itu disedia oleh sistem dan berkualiti tinggi.

Dia mahu menyediakan satu lagi ganjaran yang diperoleh, Shumai Keemasan.

Shumai bukanlah sesuatu yang asing bagi Bu Fang. Ia snek berinti yang dibalut dalam doh dan dimasak dalam pengukus buluh. Ia boleh dimakan sebagai sarapan, dibentuk seperti buah delima dan sangat sedap. Ia serba sedikit seperti pau Xialong dan gyoza.

Doh untuk membuat kulit shumai itu tak perlu melalui proses penapaian, jadi Bu Fang hanya perlu menguli sahaja. Mengikut resipi yang diberikan sistem, ada perbezaan antara cara menyediakan Shumai Keemasan berbanding shumai tradisional. Shumai Keemasan biasanya dicampur dengan sedikit serbuk labu ke dalam adunan tepungnya, yang menyebabkan warna shumai menjadi keemasan.

Namun begitu, Bu Fang tak setuju dengan cara itu. Bila dicampur dengan serbuk itu, tekstur adunan akan berubah dan tidak membantu menyedapkan rasanya.

Disebabkan itu, dia mengambil kuning telur daripada telur Merpati Ribut Petir kelas ketiga dan mencampurnya ke dalam tepung. Dengan itu, kulit shumai akan mengeluarkan aroma telur Merpati Ribut Petir dan berwarna keemasan.

Langkah seterusnya ialah membuat inti shumai. Sebenarnya tak ada bahan tertentu untuk membuat inti, dan resipi yang disediakan sistem ialah untuk inti daging.

"Daging yang dipilih ialah daging batang pinang Khinzir Berapi dari Tanah Belantara. Daging itu penuh dengan tenaga semangat yang kaya, dan berlemak tapi tak berminyak. Daging ini memang bahan yang hebat," Sistem berkata dengan bersungguh.

Bu Fang mengangguk dan mengeluarkan daging batang pinang Khinzir Berapi dari peti sejuk beku. Permukaan daging itu dilitupi api nipis, dan corak marmar pada permukaan daging itu jelas kelihatan. 

Selepas menggunakan pisau untuk melembutkan daging itu, Bu Fang mula memotong. Dia memotong dengan laju dan setiap potongan yang dibuat seperti sudah siap diukur. Setiap cebisan daging senipis kepak reriang.

Separuh daripada daging itu dipotong kiub dan separuh lagi dihiris. Kemudian dia mencampur daging dadu dengan sayur didadu yang kaya dengan tenaga semangat, dan menggunakan hirisan daging - yang senipis kepak reriang - untuk membalutnya.

Bila ia dibalut kulit shumai dengan sedikit bukaan di bahagian atas, shumai yang kecil tapi unik berjaya dihasilkan.

Kelajuan Bu Fang sangat hebat: dia hanya memerlukan dua puluh saat untuk menyediakan satu shumai. Setiap pengukus buluh diletakkan sembilan shumai dan Bu Fang berjaya menyiapkannya dengan cepat.

Pengukus buluh itu juga disedia oleh sistem; ia dibuat daripada buluh yang berwarna sedikit ungu.

Sambil menunggu shumai siap, Bu Fang menerima ganjaran seterusnya; teknik menyediakan wain.

Wain ialah salah satu jenis makanan gourmet. Bagi wain yang bagus, aromanya pun sudah cukup memabukkan seseorang.

Bu Fang memang ingin menghidangkan wain di restorannya. Namun, sistem tidak pernah menyebut tentangnya. Dia memang tak sangka dia akan menerima teknik membuat wain sebagai ganjaran.

"Teknik membuat wain: Wain Jed Penyejuk Hati dibuat menggunakan Sembilan Kaedah Membru. Yis pembru itu dibuat di bulan Disember dan dicairkan di bulan Januari. Kemudian, lima belas kilogram yis itu, lima puluh liter semangat mata air, dan wain Kaoliang Darah Naga - dari utara Empayar Bayu - digunakan. Penyulingan dilakukan setiap tiga hari dan bila ia berjaya disuling sebanyak tiga kali, wain itu pun tersedia."

"Teknik pembuatan wain… Bunyinya sangat hebat." Bu Fang tak berapa faham, tapi dia masih tertarik mendengarnya. Tapi dengan proses yang rumit, berapa lama ia dijangka siap?

"Sistem telah menyediakan Sembilan Kaedah Membru tahap tinggi, yang mencepatkan masa penapaian dan kelajuan pengeluaran wain. Dengan satu kitaran sehari, hanya tiga hari diperlukan untuk menyediakan wain."

Bu Fang menjadi pening, dan mengangguk. Jika hanya tiga hari diperlukan untuk menyediakan wain, dia boleh lakukannya. Dia rasa gelisah hanya berfikir tentangnya.

Sambil dia berangan tentang Wain Jed Penyejuk Hati, Shumai Keemasan pun siap dimasak.

Bu Fang kembali fokus, dan membawa keluar pengukus buluh ungu itu sambil mengangkat penutup dengan perlahan.

Stim yang keluar dari pengukus itu memberikan aroma yang manis dan menyegarkan. Di sebalik stim, kelihatan cahaya keemasan yang memancar. Di hadapan Bu Fang, cahaya itu semakin jelas memancar dan menerangi matanya.

Pancarannya terang dan begitu indah keemasan!


L’AVIS DES CRÉATEURS
Insignia Insignia

Wain disimpan di dalam botol jed pada zaman China purba untuk menjadikannya sejuk. Wain Jed Penyejuk Hati bermaksud wain yang disimpan dalam botol jed sehingga ia begitu sejuk lalu menyejukkan hati peminumnya.

Load failed, please RETRY

Cadeaux

Cadeau -- Cadeau reçu

    État de l’alimentation hebdomadaire

    Rank -- Classement Power Stone
    Stone -- Power stone

    Chapitres de déverrouillage par lots

    Table des matières

    Options d'affichage

    Arrière-plan

    Police

    Taille

    Commentaires sur les chapitres

    Écrire un avis État de lecture: C28
    Échec de la publication. Veuillez réessayer
    • Qualité de la traduction
    • Stabilité des mises à jour
    • Développement de l’histoire
    • Conception des personnages
    • Contexte du monde

    Le score total 0.0

    Avis posté avec succès ! Lire plus d’avis
    Votez avec Power Stone
    Rank NO.-- Classement de puissance
    Stone -- Pierre de Pouvoir
    signaler du contenu inapproprié
    Astuce d’erreur

    Signaler un abus

    Commentaires de paragraphe

    Connectez-vous