"Kebanyakan saham Syarikat Huo ada dalam tangan Huo Siqian. Apa kami boleh buat dengan 8%? Lagipun, Syarikat Huo belum stabil lagi dan kalau ada apa-apa skandal yang tersebar, saham syarikat akan jatuh. Jadi, secara teknikalnya ia tak bagi apa-apa kelebihan untuk kami."
Melihatkan Huo Mian tidak mahu mengalah, Yang Meirong menyambung, "Dia suka berfoya-foya masa zaman kegemilangannya, tapi sekarang Mak kesiankan dia."
"Mak, ingat lagi kata-kata, 'orang yang menyedihkan pasti dah buat sesuatu yang sebabkan mereka berada di di sana'? Kita tak boleh tolong dia hanya sebab simpati, Mak tak ingat cerita petani dan ular? Petani nak tolong ular tapi ular tu patuk dia balik. Tu apa yang akan berlaku kalau kita tolong Huo Zhenghai."
Huo Mian berasa marah sekali lagi, Huo Zhenghai menggunakan sifat lembut hati emaknya untuk kebaikannya sendiri.