Hari Ke-15 Bulan Keenam Tahun 1000 Ulfun Ain - Pada malam harinya, Pejuang Pohon dan Anggota Hiyar Ayil sudah bersiap sedia dengan kelengkapan perang untuk menghancurkan Jalan Pejuang Berdarah, Markas Livis dan Dewan Nyawa. Pada setiap lorong-lorong gelap, mereka bersembunyi untuk menantikan serangan besar-besaran mereka yang pertama. Manakala suasana di Dewan Nyawa terlalu tegang di antara Lufis dan anaknya bahkan Nephila juga berada di sana ketika itu. Lichesiss yang sudahpun di rantai sejak beberapa bulan yang lalu di dalam lingkaran simbol Tiga Segi terbaring tidak bermaya.
"Bersedialah anakku... Sebentar lagi bulan purnama akan berada ditengah alam. Kau akan menjadi wujud yang akan membanggakan ayahmu." Arah Lufis.
Lichesiss hanya berdiam diri bersama jiwa yang tersangat sengsara. Dia sentiasa memikirkan hingga ke saat ini, kelahirannya ke dunia itu bukanlah sebagai manusia melainkan wujud yang akan digunakan demi ketamakan kuasa yang gelap.
"Kau yakin dia akan menjadi Tunggal Hantu Salju?" Soal Nephila.
"Mmm... Tapi aku memerlukan 50 jantung manusia lagi untuk menguatkan pemujaan ini...Aku masih menunggu ketibaan Ezyr bersama jantung-jantung penduduk kota yang lain." Balas Lufis.
"Pastikan semuanya berjaya. Kita sudah kehilangan Livis. Pasti serigala bodoh itu tewas dengan Raja Petir. Gadis Teratai Putih juga masih tidak diketahui kedudukannya. Jika anak kau ini berjaya menjadi Tunggal Hantu Salju, dia yang akan menggantikan Penguasa Perang." Terang Nephila.
"Esfarza?" Soal Lufis.
"Perempuan tidak berguna itu hilang entah ke mana. Nanti aku fikirkan cara untuk mencari dia semula. Aku perlu pulang semula ke Dewan Pemerintah untuk mengawasi Lily. Ingat... Pastikan pemujaan ini berjaya." Tegas Nephila.
Bersama suatu jelingan yang menyeramkan, Nephila bergerak pergi meninggalkan Dewan Nyawa.
*****
Suatu suana setelah kepergian Nephila, Luft yang bersembunyi pada suatu lorong gelap yang berhampiran dengan Markas Livis dapat melihat 30 orang Tentera Merah berpakaian seperti Pembunuh Upahan mula bergerak untuk menjalankan misi meraka menculik jantung penduduk-penduduk kota. Luft mengangkat penumbuknya ke atas sebagai isyarat tangan kepada Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon yang memerhatikan Jalan Pejuang Berdarah dalam diam.
"Sudah waktunya." Ucap Ulya yang melihat isyarat tangan daripada Luft.
Ulya keluar daripada bersembunyi di salah satu lorong gelap diiringi dengan Sofea berhadapan dengan Tentera Merah yang berpakaian seperti Pembunuh Upahan tersebut sambil membentangkan kedua tangannya kehadapan. Dia mula mengeluarkan auranya yang berubah menjadi kuntuman bunga sakura dengan sangat banyak sehingga memaksa Tentera Merah itu menghentikan langkah mereka.
"Haruman Bungaku yang indah. Seindah bayangan akal yang menciumnya. Berbaurlah pada tubuh. Realisasikan imiginasi yang tidak terkawal." Bicara Ulya melafazkan Mantera Rahsia Ratu Ilusi: UthruHul.
Bunga sakura milik Ulya mula meruju dengan pantas menerpa tubuh-tubuh Tentera Merah memaksa hidung mereka untuk menghidu harumannya. Bahkan bunga-bunga itu berpusing kencang mengelilingi setiap daripada tentera tersebut. Akal setiap daripada mereka mula berimiginasi sehingga bicara terkunci dan mata mula menyaksikan suatu kehebatan dibalik bayangan akal masing masing.
"Kakak..." Panggil Ulya.
"Ulya?" Balas Sofea.
"Rahsia: Haruman Terindah ini menggunakan aura yang sangat banyak dan Ulya hanya mampu menggunakannya sekali dalam beberapa bulan ini. Sesiapa yang terkena mantera ini akan terus berimiginasi selama tiga hari berturut-turut kerana haruman itu akan sebati pada jasadnya. Tapi, mantera ini juga ada syaratnya. Ulya perlu melihat mangsa bagi mantera ini dan Ulya tidak boleh bergerak selagi mantera ini masih berjalan." Terang Ulya.
"Rahsia Ratu Ilusi: Mantera Haruman Terindah. UthruHul. Jangan risau. Kakak akan melindungi Ulya daripada serangan hendap." Balas Sofea.
"Panggil Tentera Merah yang melindungi Dewan Nyawa ke hadapan Ulya. Apabila Ulya dapat melihat mereka, bunga sakura ini akan bergerak sendiri menerpa meraka." Arah Ulya.
Sofea mengangkat tangan kanannya ke atas sebagai isyarat tangan kepada rakan-rakannya yang lain.
"Serang!!!" Teriak Daem dan Myla serentak.
Pejuang Pohon mula melepaskan panah mereka ke arah Markas Livis. Hujan panah mula berguguran tanpa henti sehingga memaksa Tentera Merah yang tersisa di Jalan Pejuang Berdarah mula berlari dan berkumpul di sekeliling markas tersebut bersama perisai mereka. Dalam kekalutan serangan yang berlaku secara tiba-tiba itu, Laviant yang berpakaian Tentera Merah keluar daripada salah satu lorong gelap mengikuti pergerakan Tentera Merah yang lain.
"Serang hendap!!! Lindungi markas ini. Pasti mereka ingin mencorobohi Dewan Nyawa!" Teriak General Tentera Merah yang berada di bahagian belakang bawahannya.
Seramai 500 Tentera Merah mula mengelilingi Markas Livis daripada serangan Pejuang Pohon. Seratus daripada mereka mula melepaskan pedang dan perisai bersama mulut yang terbuka luas dikelilingi dengan bunga sakura milik Ulya. Pada masa itu juga, Ulya secara tiba-tiba pengsan pada kedudukannya.
"Ulya..." Panggila Sofea.
"Kak... Aura Ulya habis." Balas Ulya dengan nada yang sayu.
"Raiii!!!" Teriak Sofea.
"Bumm!!!" Rai tiba bersama petirnya menyahut panggilan Sofea.
"Rai... Hantar Ulya ke tempat Abang Rahman. Dia kehabisan aura." Arah Sofea.
Dengan pantas Rai mendukung Ulya lalu bergerak pergi bersama dengan petirnya. General Tentera Merah dapat melihat kedudukan Sofea seorang diri setelah Rai pergi. Dia mengarahkan jari teunjuknya ke arah Sofea.
"Itu puncanya seratus tentera kita berubah secara tiba-tiba. Bunuh wanita itu." Arah General itu.
Dikala hujan panah berhenti dilepaskan oleh Pejuang Pohon, Tentera Merah berlari ke arah Sofea bersama teriakan kemarahan mereka. Dalam masa yang sama juga seramai 200 orang Pejuang Pohon keluar daripada persembunyian bersama dengan pedang mereka melindungi Sofea diketuai dengan Myla dan Daem. Peperangan sengit pun berlaku diantara Pejuang Pohon dan Tentera Merah. Bersama hiasan bunyi pedang yang saling bergesaran diantara kedua pihak, Tentera Merah seakan memenangi pertempuran itu kerana bilangan mereka yang melebihi bilangan Pejuang Pohon. General meraka mula mengukirkan senyuman namun...
"Bummm!!!" Rai muncul semula bersama petirnya di bahagian belakang salah satu Tentara Merah.
"Ra... Raja Petir." Ucap salah satu Tentera Merah dengan ketakutan yang sangat mendalam.
"Maju!!!" Teriak ketua bagi Pejuang Pohon.
"Tinju Api: Seribu Percikan Api." Bicara Daem menyeru ilmu gerak tubuh berunsurkan api.
"Zettt!!!" Rai hilang bersama petirnya lalu muncul di bahagian belakang salah satu Tentera Merah bersama tangan yang sudahpun menusuk ke dalam jantung tentera tersebut.
Satu per satu Tentera Merah dibunuh dalam sekelip mata manakala Pejuang Pohon pula berjaya membunuh Tentera Merah yang berada dibahagian hadapan diiringi dengan Daem yang memukul tidak henti menggunakan tinju apinya. Suasana ketika itu riuh dengan petir dan api yang tidak henti memusnahkan Tentera Merah.
"Ra... Raja Petir..." Ucap General Tentera Merah.
Laviant yang masih menyamar sebagai Tentera Merah bergerak mendekati general tersebut.
"General... Nampaknya kita sudah kalah di tempat ini. Dengan kekuatan Raja Petir bersama tenteranya, kita pun pasti akan mati. General... Lebih baik general mengambil seekor kuda dan menyampaikan berita ini kepada Penguasa Nephila. Dewan Pemerintah adalah benteng terakhir untuk kita. Kita perlu berkumpul di sana bersama dengan Tentera Merah yang lain. Saya akan melindungi Dewan Nyawa sementara menunggu bantuan datang." Saiko Laviant.
General tersebut dilanda kekeliruan yang sangat dalam. Situasi tenteranya pada masa itu sudah tiada harapan lagi manakala dia juga memikirkan tentang nyawanya sendiri. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai seekor kuda lalu bergerak pantas meninggalkan Jalan Pejuang Berdarah menuju ke Jalan Kota Bulan Indah. Apabila dia tiba di sana, Tentera Merah yang mengawal kawasan itu sudahpun mati bersama tubuh mereka yang dikoyak-koyak. Dalam kejauhan itu, dia dapat melihat Luft sedang berdiri bersama dengan beberapa harimau bayangan miliknya. Suasana yang sangat menyeramkan itu memaksa dia untuk meninggalkan kawasan tersebut dengan pantas menuju ke kawasan Dewan Pemerintah.
*****
Suatu Suasana malam di Jalan Bulan Gelap. Tentera Merah mengawal ketat kawasan itu terutamanya Kedai milik Nur. Semenjak kebelakangan ini, Nephila mula mencuragai Nur bersubahat dengan Esfarza kerana saksi mata yang memandang daripada Tentera Merah. Dalam keheningan suasana di kawasan itu, secara tiba-tiba angin berhembus dengan kuat.
"Fuhhh~" Panjiey muncul bersama anginnya di hadapan kedai Nur.
Kejutan menerpa pada lima orang Tentera Merah yang menjaga kedai itu melihat seorang pemuda yang muncul secara tiba-tiba daripada hembusan angin.
"Siapa?" Tanya salah seorang daripada tentera tersebut.
Tanpa menghiraukan pertanyaan tentera itu, Panjiey menyilang tangan kanannya di bahagian bahu.
"Alunan Angin: Pedang Yang Tidak Berupa." Bicara Panjiey.
Panjiey mengerakkan tangan kanannya ke hadapan bagai menebas sesuatu bersama mata yang terpejam sebanyak lima kali. Dalam 30 saat, lima potongan angin terbit di sekeliling tubuhnya menuju ke arah Tentera Merah tersebut.
"Singgg!!!" Pedang angin milik Panjiey memotong halus leher lima orang Tentera Merah yang berada di hadapan kedai Nur sekelip mata.
Tentera-tentera itu rebah menghempap ke bumi bersama tubuh dan kepala meraka yang terpisah. Tanpa menghiraukan reaksi daripada musuh Panjiey, dia terus memasuki kedai Nur.
"Nur..." Panggil Panjiey.
Nur yang terjaga dari lenanya dengan panggilan itu berlari keluar daripada kamarnya.
"Sufi?" Soal Nur.
"Suami Esfarza... Cepat Nur. Kemas barang-barang kau. Aku datang untuk menyelamatkan kau." Arah Panjiey.
Nur tergamam seketika mendengar arahan daripada Panjiey.
"Jika... Sudah masanya untuk aku pergi dari tempat ini. Maksudnya....Hiyar Ayil sudahpun berada di puncak." Balas Nur.
Panjiey menganggukkan kepalanya membenarkan ucapan tersebut. Dengan pantas, Nur berlari semula ke dalam kamarnya bersiap sedia untuk meninggalkan kedai itu.
*****
Suatu suasana di Dewan Pemerintah. General Tentera Merah Jalan Pejuang Berdarah berjaya berjumpa dengan Nephila dan menyampaikan berita mengenai kekalahan mereka di Jalan Pejuang Berdarah. General itu juga menceritakan tentang Tentera Merah yang tewas di Jalan Bulan Indah. Dalam ketegangan suasana di dewan itu, salah seorang Tentera Merah berlari masuk dengan wajah yang sangat cemas.
"Penguasa... Penguasa... Jalan Bulan Gelap... Tentera di sana... Mati dibunuh bersama tubuh mereka yang terpisah. Ianya ibarat di potong halus oleh sesuatu." Terang Tentera Merah itu.
Nephila menggeleng-geleng kepalanya. Keceruan mula menerpa fikiran penguasa itu.
"Arah seluruh tentera kita untuk berkumpul di kawasan Dewan Pemerintah termasuk sekali tentera yang berada di luar kota. Lindungi kawasan ini!" Arah Nephila.
Tentera Merah hanya menuruti arahan nepahila tanpa sebarang bantahan. Jiwa mereka diselubungi ketakutan dengan semua serangan yang berlaku sekelip mata di kota itu. Nephila juga merasakan ketakutan itu. Akalnya tidak mahu berfungsi dengan sempurna terkesan dengan kekalutan yang berlaku sekelip mata tersebut hingga dia terlupa yang nyawa Lufis juga berada dipenghujungnya.
*****
Suatu suasana di Dewan Nyawa. Lufis dilanda kemarahan yang mendalam apabila kehadiran Ezyr bersama jantung penduduk kota tidak kunjung tiba sedangkan Bulan Purnama sudah berada di tengah alam. Dia masih tidak mengetahui Markas Livis sudahpun dikuasai oleh Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon kerana Ruangan Dewan Nyawa yang terletak di bawah tanah itu kalis bunyi. Dengan nafsu yang sentiasa memaksa, Lufis memulakan bacaan mantera gelap untuk memindahkan Tunggal Hantu Salju ke dalam tubuh Lichesiss tanpa menghiraukan syarat tambahan 50 jantung penduduk kota.
"Sirnalah Cahaya. Hadirnya kegelapan. Padamu kegelapan... Hadirlah. Berikan aku kekuatan." Bicara Lufis melafazakan Mantera Pemujaan Tunggal.
Lufis mengambil Jantung Hantu Salju yang ditutupi dengan kain berwarna merah gelap lalu meletakkannya di atas tubuh Lichesiss yang terbaring tidak bermaya.
"Wahai darah yang berasal dari para jiwa yang dibunuh. Bangkit atas perintah kegelapan. Puaskan nafsu ini. Puaskan keinginan ini." Sambung Lufis.
Darah yang membentuk simbol Tiga Segi itu mula naik berpusar ke udara mengeliling tubuh Lichesiss. Namun secara tiba-tiba...
"Bummm!!!" Rai memecahkan pintu besi Dewan Nyawa dengan petirnya.
Lufis tergamam melihat tetamu yang tidak diundang itu. Sofea, Radyah, Luft dan Laviant juga bersama-sama dengan Rai. Meski kehadiran mereka adalah untuk menyelamatkan Lichesiss, Mantera Pemujaan Tunggal sudahpun berlangsung. Pusaran darah mula membaluti tubuh Lichesiss bersama dengan jantung Hantu Sajlu.
"Siapa kamu semua!!!" Teriak Lufis.
"Kita terlambat." Ucap Sofea.
Lufis menepuk dinding yang berada di bahagian belakangnya. Dalam beberapa detik, sebuah pintu rahsia berbentuk bulatan yang besar pun terbuka. Di sebalik pintu rahsia yang dipenuhi dengan kegelapan itu, terlihat jelas kepala ular berwarna merah bertanduk tiga dan pada bahagian tengah kepalanya terdapat sebuah permata delima merah yang bersinar terang bahkan bola matanya turut menyalakan warna darah yang membara. Apabila kedua mata anggota Hiyar Ayil melihat raksasa itu, ketakutan mula mengusik jiwa mereka termasuk Raja Petir.
"Hynnn..." Ucap Sofea.
"Ular Berdarah adalah Hyn Merah." Sambung Luft.
"Jangan takut... Petir aku pasti akan memotongnya." Balas Rai.
Lufis tergelak mendengarkan bicara Rai. Bibirnya mengukirkan suatu senyuman yang sangat menyeramkan.
"Jangan sombong... Ular ini tidak akan mati selagi Lily masih hidup. Meskipun kau cincang seribu tubuhnya. Ianya akan terbentuk semula." Balas Lufis.
Rai mula menggenggam kedua tangannya dengan penuh kemarahan.
"Aku tidak peduli." Balas Rai.
"Raiii..." Pujuk Sofea.
Luft mula menggabungkan hujung jari-jemarinya ke hadapan.
"Tahan Luft." Tegah Laviant.
"Berani..." Sindir Lufis bersama gelak kuat pada bibirnya.
Ular Berdarah mula mengelilingi Lufis. Ternyata setelah keluar daripada persembunyiannya, tubuhnya sangat besar meski tidak sebesar Hyn Hitam bersama sosok raksasa yang sangat menakutkan.
"Bunuh mereka semua Marya!" Arah Lufis.
"Zettt!!!" Rai hilang bersama petirnya.
Disaat Ular Berdarah menggerakkan tubuhnya untuk menyerang, Rai muncul dihadapannya bersama tangan petirnya yang menusuk ke wajah raksasa tersebut. Meski tangan kanan Raja Petir berjaya melubangkan wajahnya namun secara perlahan-lahan tangan yang menusuk masuk itu dibaluti dengan darah yang sangat pekat. Hampir sahaja tangan kanan Rai tenggelam sepenuhnya didalam balutan wajahnya.
"Zettt!!!" Rai berundur ke bahagian belakang dengan pantas.
"Kau tidak akan mampu membunuh isteri aku Raja Petir." Sindir Lufis.
Rai tidak menghiraukan sindiran Lufis. Raja Petir itu terus menyerang Ular berdarah dengan kecepatan petir miliknya meski setiap lubang pada tubuh raksasa itu tidak henti daripada pulih semula. Pertembungan antara kedua unsur itu menghasilkan percikan petir dan darah yang tidak henti.
"Laviant... Macam mana kita mahu membunuh ular ini. Setiap luka yang Rai berikan pulih semula." Soal Radyah dengan getaran pada bibirnya.
Sofea hanya kaku dengan penuh kerisauan melihat kekasih hatinya itu. Dia ingin membantu namun dia bukanlah seorang petarung yang hebat. Apatah lagi kelebihan pukau miliknya hanya berfungsi pada manusia. Tidak kepada makhluk yang lain.
"Maafkan Sofea... Rai... Sofea terlalu lemah." Ucap Sofea bersama tangisan kecil pada wajahnya.
"Laviant." Seru Luft.
"Belum lagi." Balas Laviant.
Sofea memandang wajah Laviant.
"Maksudnya... Ular Berdarah ini mampu dikalahkan?" Tanya Sofea.
"Mmm... Sebelum Ular Berdarah berubah wujudnya menjadi Hyn Merah, wujudnya adalah Hyn Hitam. Ia berubah setelah diberi minum darah daripada seribu manusia. Bagi Hyn Merah sebesar ini, ia sudah meragut nyawa lebih daripada seribu manusia. Hayat yang panjang." Balas Laviant.
"Cuba kamu berdua lihat pada bahagian ekornya." Arah Luft.
Sofea dan Radyah mengikuti arahan daripada Luft tersebut. Pada bahagian ekornya, kelihatan sisiknya yang mula berubah warna menjadi hitam.
"Hitam..." Balas Radyah.
"Setiap balutan darah yang digunakan untuk memulihkan tubuhnya akan mengubah warna sisiknya menjadi hitam." Sambung Sofea.
"Proses penyembuhan itu menggunakan darah manusia yang raksasa ini pernah minum dahulu. Apabila habis, ia akan berubah menjadi Hyn Hitam semula. Pada waktu itu, aku akan membunuhnya menggunakan Kotak Hitam." Terang Luft.
"Kotak Hitam?" Soal Sofea.
"Kotak Hitam akan menyerap auranya hingga mengubah semula wujudnya menjadi manusia." Jawab Luft
Tanpa sedar dalam perbincangan mereka itu, darah yang membaluti tubuh Lichesiss mula berguguran ke permukaan. Radyah yang menyedari perubahan itu mengarahkan jari telunjuknya ke arah Lichesiss.
"Kawan-kawan... Lichesiss..." Arah Radyah.
Mereka bertiga mengarahkan pandangan dengan pantas ke arah Lichesiss. Bersama tubuh yang pucat, bola mata yang berubah menjadi biru kristal, kuku yang panjang dan taring yang seumpuma taring serigala, Lichesiss berubah wujud menjadi manusia separuh serigala. Lufis tergamam melihat perubahan yang tidak dia diinginkan itu.
"Ianya... Bukan Hantu Salju." Marah Lufis.
"Laviant... Apa yang terjadi pada Lichesiss?" Tanya Sofea.
Laviant terus kaku pada kedudukannya tidak menghiraukan pertanyaan daripada Sofea..
"Ini kegagalan... Kau adalah kegagalan!!! Teriak Lufis.
Secara perlahan-lahan Lichesis bangkit daripada baringnya. Tubuhnya mengeluarkan hawa dingin yang sangat sejuk terhasil daripada aura miliknya. Setiap jiwa yang merasai kedinginan itu pasti dihantui ketakutan yang mendalam bahkan Rai dan Ular Berdarah juga berhenti daripada pertarungan mereka terkesan dengan kelebihan yang Lichesiss tunjukkan.
"Siapa?" Soal Lischesiss dengan nada yang sangat tenang.
Seorang gadis berambut putih paras bahu bersama wajah yang comel sama seperti Radyah. Kedua matanya memandang erat wajah Radyah sehingga Radyah turut membalas pandangan itu bagai ada suatu ikatan yang terjalin antara mereka berdua.
"Radyah..." Kejut Sofea.
"Sekarang Luft." Arah Laviant.
Dengan pantas Luft bertindak mengabungkan jari-jemarinya pada kedua-dua tangan ke hadapan semula apabila menyedari Hyn merah sudahpun berubah sepenuhnya menjadi Hyn Hitam.
"Rahsia: Penzahiran Kotak Hitam" Bicara Luft.
Bayangan Hyn Hitam tersebut membesar lalu perlahan-lahan membaluti tubuhnya. Apabila Lufis memandang isterinya, jiwanya dilanda kemarahan dihiasi lagi dengan kegagalan Lichesiss untuk berubah wujud menjadi Tunggal Hantu Salju. Hyn Hitam hanya kaku melihat Lichesiss bersama air mata yang mula mengalir meski seluruh tubuhnya mulai dibaluti oleh Kotak Hitam milik Luft.
"Radyah..." Kejut Sofea lagi.
Radyah tidak menghiraukan seruan Sofea. Ikatan yang terjalin antara dia dan Lichesiss sangat mendalam hingga kedua insan tidak menghiraukan suasana yang berlaku di sekitar mereka.
"Tumbuhlah Pohon... Tumbuh menjalar ke permukaan... Tumbuhlah pohon... Mengikatlah ke jasad musuhku..." Bicara Lufis melafazkan Mantera Pohon: Shajar bersama kedua tangannya yang mengarah ke arah Radyah.
Akar-akar yang besar mulai menjalar daripada permukaan dengan sangat banyak mengarah ke arah Radyah. Lichesiss mengangkat tangan kanannya dengan tenang lalu menghayun tangan tersebut bagai menebas sesuatu.
"Gerak Aliran Salju: Serpihan Kaca-Kaca Salju..." Bicara Lichesiss.
Usai bicara Lichesiss, terbit serpihan kaca-kaca salju yang sangat banyak daripada hawa dingin disekeliling tubuhnya. Kaca-Kaca Salju itu tidak henti daripada memotong akar-akar yang menjalar ke arah Radyah hinggalah selesai Mantera Shajar berlangsung.
"Salju..." Ucap Sofea.
Melihat kemampuan Lichesiss menggunakan salju, Lufis kaku tanpa suara hingga memaksa kedua kakinya untuk melutut. Lichesiss menoleh ke arah Lufis dengan suatu pandangan yang sangat menyeramkan.
"Anakku... Lich. Ini ayah anakku." Panggil Lufis.
"Aku tidak mengenal kau... Bahkan unsur mu adalah pohon. Tidak kah kau tahu... Pohon tidak mampu hidup pada suasana yang sangat dingin. Jika kedua unsur kita tidak mampu untuk bersatu, bagaimana mungkin aku mempercayai kau itu adalah ayahku." Nafi Lichesiss.
Usai bicara gadis comel itu dengan pantas dia mengarahkan tangan kanannya ke arah Lufis.
"Wahai Salju... Kedua mataku memandang ke arah musuhku... Terbitlah dikau menjadi bongkah yang sangat tajam... Padamkan dia dari pandanganku." Bicara Lichesiss melafazkan Mantera Salju: Shasha.
Peluru-peluru salju mulai terbit dengan banyaknya dari tangan kanan Lichesiss terbang meruju ke tubuh Lufis. Puluhan peluru salju berbentuk sangat kecil dan tajam menusuk tembus ke tubuh lelaki itu sehingga kedua matanya terbuka luas bahkan tubuhnya menggigil terkesan dengan keperitan nyawanya yang diragut perlahan-lahan secara paksa.
"Jangan ada sesiapa yang berani menyentuh ibuku lagi!" Marah Lichesiss dengan nada yang sangat tegang.
"Ibu?" Soal Sofea.
Rai bergerak pantas melindungi Radyah di kala Lichesiss perlahan-lahan mengorak langkah mendekati gadis comel itu. Luft pula tidak mampu bergerak kerana terus mengunci Ular berdarah didalam Kotak Hitam miliknya.
"Jangan ada sesiapa yang berani mengganggu ibuku lagi!" Marah Lichesiss lagi dengan nada yang semakin tegang.
"Rai... Biarkan gadis ini mendekati Radyah. Dia menganggap Radyah sebagai ibunya." Arah Laviant.
Rai menuruti arahan Laviant membiarkan Lichesiss mendekati Radyah. Apabila kedua gadis comel itu berhadapan, Lichesiss rebah dibahu Radyah bersama tangisan yang mula mengalir.
"Maafkan Maya ibu... Maya tidak mampu menjaga ibu selama ini. Dengan kelebihan salju yang Maya perolehi. Maya tidak akan melepaskan ibu dari lindungan Maya lagi. Maafkan Maya ya." Pinta Lichesiss.
Jiwa dan akal tidak selari pada jasad Lichesiss hingga membuat gadis itu pengsan di bahu Radyah. Radyah pula tergamam mendengar apa yang Lichesiss katakan. Bahkan jiwa dan akalnya juga tidak selari pada masa itu.
"Ibu? Maya? Salju? Laviant... Apa yang terjadi?" Tanya Sofea.
Laviant mendekati mayat Lufis lalu duduk berhadapan dengan jasadnya.
"Awal betul kau mati... Masih banyak perkara yang kau belum jelaskan." Sindir Laviant.
Lufis bernafas secara mengejut bersama kedua matanya yang terbuka secara paksa.
"Kau masih hidup..." Soal Rai sambil bergerak mendekati Lufis.
"Aku tahu kau masih mampu untuk berbicara. Berbicaralah untuk kali yang terakhir. Sekurang-kurangnya, ada perkara yang kau mampu korbankan kepada Lichesiss. Aku tahu kau masih sayang anak kau. Tapi ego terlalu tinggi untuk mengubah semuanya kembali kepada yang asal. Kedua mata terlalu kabur melihat kasih sayang kerana harta dan kuasa menjadi hijab. Aku sudah membaca fikiran kau, tidak usah berlakon lagi. Kau masih sayang anak kau kan?" Saiko Laviant.
Suasana tenang semula di antara mereka semua. Dikala ketenangan menerpa, Lufis mengukir gelak yang sangat menyeramkan.
"Selama kehidupan abadi ini, aku tidak menyangka aku akan gagal untuk kali yang kedua." Terang Lufis bersama tubuhnya yang sembuh semula secara perlahan-lahan dikala peluru-peluru salju mula cair.
"Apa maksud kau?" Tanya Rai.
Luft mula meleraikan Kotak Hitam dari tubuh Ular Berdarah. Setelah terlerai sepenuhnya bayangan tersebut, terlihat jasad seorang wanita sedang terbaring tidak bernyawa.
"Siapa wanita ini?" Tanya Luft.
Lufis menghela nafas yang panjang lalu menghembusnya bersama suatu keluhan.
"Marya... Ibu kandung Maya. Kegagalan aku yang pertama." Jawab Lufis.
Dari kejauhan itu, Sofea dapat melihat jasad Marya dengan jelas. Berambut putih paras bahu bersama bola matanya yang berwarna merah berdarah.
"Kaum Hu." Ucap Sofea.
"Kegagalan yang pertama... Kegagalan dalam percintaan." Balas Laviant.
"Percintaan?" Soal Rai.
Mendengar penjelasan Laviant membuatkan Lufis terus tersenyum bersama tangisan yang mula mengalir pada wajahnya.
"Luahkan lah apa yang kau pendam selama ini." Arah Laviant.
Sebelum bermulanya suatu luahan kebenaran daripada Lufis, suasana hening menerpa seketika memberikan ruang untuk lelaki itu menenangkan dirinya.
"Pada awalnya... Marya hanyalah utusan daripada Negeri Merak Kayangan untuk menjalinkan hubungan persaudaraan dengan negeri ini. Namun apabila kedua mata kami saling berpandangan untuk kali yang pertama, cinta hadir tanpa diundang. Kisah cinta yang memaksa tingkah berlaku di luar batasnya." Luah Lufis.
"Di luar batasnya?" Soal Radyah.
"Marya mengandung tanpa suatu ikatan perkahwinan." Balas Laviant.
Lufis mengukirkan tawa dikala mendengar kebenaran itu.
"Apa yang berlaku seterusnya?" Tanya sofea.
"Kami berdua pulang ke Negeri Merak Kayangan untuk menjelaskan kisah cinta kami berdua kepada ayah Marya. Raja Andara. Namun percintaan kami tidak direstui. Raja Andara membuang Marya dari kerabatnya dan memutuskan hubungan persaudaraan dengan negeri ini." Jawab Lufis.
"Marya adalah seorang puteri di raja." Sambung Rai.
"Bagaimana... Marya boleh berubah menjadi Ular Berdarah?" Tanya Sofea lagi.
"Ketika aku membawa Marya pulang semula ke negeri ini, Marya menjelaskan kepada Nephila bahawa ibunya berasal daripada Kaum Amarah. Melihat kelebihan itu, Nephila meminta Lily untuk menggunakan kelebihan Rahsia: Rantaian Jiwa terhadap Marya. Ianya membolehkan Marya menggunakan kelebihan Lily kerana unsur darah mereka yang sama." Jawab Lufis.
Gelora kemarahan hadir pada jiwa-jiwa yang mendengar terutamanya pada Rai dan Sofea.
"Jadi... Kau sanggup korbankan anak kau dan Marya demi kuasa. Ternyata kau bukanlah manusia lagi." Marah Sofea.
Rai mula mengeluarkan aura petirnya yang berbaur dengan gelora amarah.
"Tahan Rai..." Tegah Luft.
Lufis membalas kemarahan Rai dan Sofea dengan gelak yang kuat.
"Sepertinya kamu berdua juga sedang bercinta. Percayalah... Suatu hari nanti kamu berdua pasti akan berada di situasi seperti yang aku alami. Yang berbeza hanyalah jalan ceritanya." Sindir Lufis bersama gelak yang tidak henti.
"Dia mengorbankan isterinya demi anaknya. Dia mencintai zuriat mereka lebih dari Marya sepertimana Laila mencintai Lily. Disebabkan itu, kau meminta Nephila untuk mengubah Marya setelah Maya lahir." Terang Laviant.
Gelak Lufis terhenti secara tiba-tiba. Dia menundukkan wajah bersama jiwanya yang mula merasakan suatu kedukaan.
"Tiada siapa yang mampu menghalang Nephila... Dia terlalu tamakkan kegelapan lebih daripada aku. Dia inginkan Ular Berdarah lebih daripada Marya. Cinta tidak mampu menyelamatkan Maya. Ada masanya kita perlu membuat pilihan. Ada masanya kita perlu berkorban." Luah Lufis lagi.
"Kau juga berkorban." Puji Luft.
"Dan kemungkinan... Kasih sayang itu jugalah yang membuatkan kau mengubah nama Maya kepada Lichesiss. Sebab kau tidak ingin mengenang kisah percintaan yang gagal." Sambung Laviant.
Lufis mengarahkan jari telunjuknya ke arah Radyah.
"Gadis itu.. .Mirip seperti Marya... Comel. Gadis Teratai Putih. Sama sepertimana ramalan Kaum Amarah yang di bawa oleh Si Laila." Puji Lufis.
Mereka menoleh ke arah Radyah yang kaku bersama tangisan yang tidak henti mengalir.
"Radyah..." Balas Sofea.
"Ramalan?" Tanya Rai.
"Kaum Amarah meramalkan kehadiran Gadis Teratai Putih di Tanah Tepian Alam pada masa hadapan. Sebab itulah mereka menawan negeri ini. Mereka memerlukan kuasa. Mereka memerlukan Tunggal Raja Rimba. Tujuan utama mereka adalah menghancurkan Tanah Tepian Alam ini demi Wujud Gadis Teratai Putih." Jawab Lufis.
"Dan... Ramalan itu benar-benar berlaku. Ibu Radyah menyembunyikan dia di negeri ini." Sokong Laviant.
"Tapi... Siapa yang memerintahkan mereka?" Soal Sofea.
"Istana Kegelapan... Kumpulan yang mengetuai penyebaran kegelapan di alam ini." Jawab Lufis.
"TakTak... TakTak..." Laviant mengetuk jari-jemarinya di lantai.
"Mmm... Kau sudah tahu." Ucap Lufis pada Laviant.
Pandangan mereka tertumpu ke arah Laviant atas ucapan Lufis itu.
"Laviant... Apa yang kau fikirkan?" Tanya Sofea.
"Maksudnya... Istana Kegelapan bukan sahaja memerintahkan Laila. Tapi ada banyak lagi kumpulan yang diperintahkan untuk menyebarkan kegelapan di alam ini. Hiyar Ayil bukan hanya menentang Tiga Segi Berdarah." Terang Laviant.
Sofea, Rai dan Luft tergamam tanpa reaksi.
"Tiga Segi Berdarah hanya menjalankan tugas mereka di negeri ini. Di Negeri Padi Emas, Tiga Tanduk Hitam diperintahkan untuk menghapuskan negeri itu. Di Negeri Merak Kayangan, Tiga Mata Hantu diperintahkan untuk menghancurkan setiap kaum yang ada di sana. Ketiga kumpulan diketuai oleh Ammon yang juga merupakan ketua bagi Tiga Mata Hantu." Sambung Lufis.
"Ba... Bagaimana Hiyar Ayil mahu menetang kumpulan-kumpulan kegelapan ini." Keluh Sofea.
"Kuasailah negeri ini... Selepas itu, berjumpalah dengan satu lagi kumpulan yang sedang menentang Tiga Tanduk Hitam Di Negeri Padi Emas. Mereka juga seperti Hiyar Ayil. Meski aku bergelar Penguasa Tiga Segi Berdarah, tapi aku sendiri tidak menginginkan mereka menang di alam ini." Arah Lufis.
"Kau masih mampu memperbaiki diri kau. Menebus masa lalu yang ukirkan dengan kekejian." Pujuk Rai.
Lufis menggeleng kepalanya menafikan pujukan Rai.
"Ini adalah takdirku... Menentang kegelapan adalah takdir kamu semua. Watak kita berbeza, bagaimana mungkin aku mahu memperbaiki diri ini." Nafi Lufis
Mereka menundukkan wajah dikala lelaki itu sudah menoktahkan masa hadapan miliknya sendiri.
"Ketiga Kumpulan ini hidup bersama ego yang tebal. Mereka tidak akan menghulurkan bantuan sesama mereka meski Tiga Segi Berdarah berada dipuncak kekalahan. Musnahnya Nephila bererti kamu sudah berjaya di negeri ini." Nasihat Lufis.
"Bagaimana kami ingin mengalahkan Nephila?" Tanya Laviant.
"Hanya Tunggal Hantu Salju yang mampu melemahkan Nephila dan melindungi gadis itu... Gadis Teratai Putih. Itulah punca mengapa aku memerlukan jantung Hantu Salju. Kerana untuk menyelamatkan masa hadapan Maya, aku memerlukan Tunggal Hantu Salju. Tapi kegagalan ini menunjukkan yang Penawar itu masih hidup. Sepertimana ramalan Si Majnun, Hantu Salju adalah Penawar. Dalam masa yang sama, dia juga adalah Bencana." Terang Lufis.
Pandangan mereka mengarah semula ke arah Lufis atas bicaranya yang membuat suasana berubah menjadi tegang.
"Bencana?" Tanya Rai.
"Apa maksud kau ketua adalah bencana?" Tanya Luft pula.
"Tiada siapa yang tahu apa maknanya disebalik ramalan Si Majnun kecuali pemilik Tunggal itu sendiri. Aku hanya ingin ingatkan kamu semua, Nephila itu bukan insan yang mampu kamu kalahkan dengan mudah. Hanya Hantu yang mengenal Hantu." Terang Lufis lagi.
Laviant mengeluh panjang sambil berdiri daripada duduknya.
"Luft... Sofea... Bawa Radyah dan Maya pergi daripada tempat ini. Tiada apa lagi yang lelaki ini mampu berikan." Arah Laviant.
Sofea dan Luft menuruti arahan itu tanpa sebarang bantahan. Mereka membantu Radyah membawa Maya pergi daripada Dewan Nyawa. Di kala mereka pergi, Rai dan Laviant tetap dengan kedudukan mereka.
"Apa pesan terakhir kau?" Tanya Laviant.
Dengan wajah yang terus ditundukkan. Lufis mengeluh untuk yang ke sekian kalinya.
"Permintaan terakhir aku. Aku merayu pada kamu berdua, tolong jagakan Maya. Tolong jagakan bukti yang aku juga pernah merasai kehidupan seperti manusia biasa." Pinta Lufis.
Rai dan Laviant hanya mendiamkan diri mendengar permintaan Lufis.
"Perkara itu... Hanya Maya yang mampu menentukan." Balas Laviant.
Dihujung hayatnya Penguasa Pemujaan, dia mengukirkan suatu senyuman yang sangat manis.
"Akhirnya... Penderitaan berakhir jua. Selamat tinggal dunia." Luah Lufis.
Lufis meletakkan tanggan kanannya di bahagian tengah dada.
"Bummm!!!" Tubuh Lufis mencair secara perlahan-lahan secara tiba-tiba hingga wujudnya berubah menjadi cecair yang sangat busuk.
"Peleraian Benang Hantu." Ucap Rai.
"Kau ingin tahu apa yang dia fikirkan sebelum dia meleraikan benang hantu?" Tanya Laviant.
Rai menoleh ke arah Laviant.
"Sinar untuk Maya." Sambung Laviant.
"Mmm... Menghayat hati. Tapi itulah pilihan yang dia inginkan." Balas Rai.
Sebelum mereka berdua berganjak pergi, Rai memapah jasad Marya manakala Laviant mengambil Serpihan Kitab Majnun yang menyimpan berbagai rahsia kegelapan daripada jasad Lufis. Penyingkiran Penguasa Pemujaan akhirnya berjaya bahkan Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon berjaya menghancurkan Jalan Pejuang Berdarah, Jalan Bulan Gelap dan Jalan Bulan Indah. Dan yang terbukti, sejahat manapun Lufis dia tetap menyayangi anak kandungnya.