"Yeona tak main-main kali ni."
Genap tahun yang ke-5 secara rasmi aku bersara ,Yeona tanpa henti menghubungiku setiap jam dan lebih kurang 2376 mesej tidak kubalas. Jujur. Aku dah muak kerana dia mengganggu aktiviti harianku.
Kerana dialah aku terpaksa hidup dalam tergesa-gesa. Setiap kali aku bersiar diluar untuk healing, semua orang disekelilingku selalu memandangku dengan tatapan aneh kerana telefonku sering berdering di kawasan awam. Aku taknak fikir panjang dan rumitkan lagi, aku block dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, Yeona merupakan orang pertama yang aku block dari kenalanku.
Apa si Yeona ni tidak bekerja?
Orang seperti dia?
Mana mungkin tidak bekerja.
Sedangkan dia merupakan presiden badan inteligen global.
Menghela nafas. Aku memandang sekeliling. Kemas apa yang patut sebelum mengambil dompet dan langsung keluar tanpa mengunci Pintu utama.
Seperti biasa aku akan membeli nasi lemak bungkus dan kopi gantung ikat tepi dibeli sesuai dengan citarasa klasik di ChillCafe sebelah apartment aku.Tidak lama selepas itu, telefonku berdering.
Aku behenti sejenak dan menghela nafas. Memandang sekeliling kesal tidak dapat menikmati hari dengan tenang.
Hatiku mengatakan dia tapi tidak mungkin dia. Mustahil Yeona.
Aku mengeluarkan telefonku dan melihat nombor yang tertera, terdiam sejenak. Tiada nombor hanya bahasa lama yang tidak dapat difahami.
Tak sangka dia akan mengambil keputusan begitu dalam cuba menghubungiku.
Aku lupa tiada perkataan mustahil dalam kamus hidup Yeona.
'SIGMA.' maksud bahasa lama yang tertera di telefon dan juga merupakan nombor rasmi badan inteligen global. Dia menggunakan cara yang drastik. Bagus bagi pemimpin yang berfikiran radikal seperti dia.
Biasanya seseorang akan menerima panggilan daripada badan inteligen global jika mereka adalah ahli anggota atau...
mereka yang ada dalam daftar dikehendaki.
Aku menarik nafas perlahan-lahan dan cuba menenangkan diri. Itu bukan yang terbaik. Bermakna mereka akan sampai tak lama lagi.
Tak.
Mereka dah sampai. Langkahku berhenti.
Telefon masih berdering. Sama ada mahu membalas atau mengabaikan.
Aku mengangkat telefon dan membalas. Aku tahu hanya Yeona saja yang mampu berbuat begini.
Kerana dia presiden. Hanya dia aku akan angkat.
dan SIGMA tetaplah SIGMA .
"Sahabatku yang dicintai...
Kwan Yeona. Kenapa perlu terburu-buru menghantar pasukan ke sini selepas aku block kamu dari kenalanku?
Kamu tahukan yang kamu dah langgar sumpah taat badan inteligen global dan protokol dengan menghantar anggota global untuk kepentingan diri.
Aku dah isytihar bersara dan kamu patut hormat.
Berdasarkan sikapmu, kamu sendiri yang akan mengetuainya, bukan?"
Tidak kisah taktik apa yang dia cuba pakai. Lambat laun para petinggi akan tahu juga. Mana boleh guna kuasa sesuka hati.
"Menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri."
Aku menjeling kebelakang, melihat seseorang yang dari tadi mengekoriku dari belakang. Tidak jauh dan tidaklah dekat. Boleh tahan. Dari luar, dia memang kelihatan seperti orang awam. Berpakaian normal dan berbaur dalam masyarakat. aku bagi sepuluh persepuluh. Namun dalamannya...
Aku bagi tiga persepuluh untuk usahanya.
Aku boleh nampak dia masih kelihatan kaku dari segi kelakuannya kerana latihan daripada badan inteligen sangat ketat. Jujur Kanak-kanak pun boleh bezakan.
Dan untuknya...
"Kamu menghantar 'pisau yang belum diasah' lagi?" kiasan.
"Masih sempat untuk hantar mereka pulang."
Sangat jelas jika mahu bezakan seseorang itu anggota baru atau anggota lama. Lagi-lagi berkenan dengan pemilihan misi yang akan diberikan.
"Kenapa tak berbincang denganku dahulu sebelum mempromosikanku menjadi penilai segera?"
Aku perlu tagih bayaran selepas ini.
"Kejutan mungkin?"
Kebanyakan anggota baru akan memulakan tugas barunya di fasiliti badan inteligen manakala mereka yang lama atau veteran akan ditugaskan di serata tempat di seluruh dunia. Sementara kes istimewa iaitu Adapter akan ditugaskan untuk operasi rahsia.
Kebanyakan daripada mereka ADAPTER merupakan petinggi. Dan takde adapter yang jadi penilai.
Dia membuatku sebagai alat pengukur kekuatan portable bagi mereka.
Ah. Jika difikirkan tentang anggota baru, selalunya yang akan dikerahkan setelah selesai lulus menjadi anggota adalah Maker atau Tester berbanding Tracker yang sesuai menjadi sokongan fasiliti badan inteligen.
Oh. Apa mungkin dia mengahantar Chaser? Tidak mustahil bagi Yeona menghantarnya.
Jika Yeona menghantar Chaser, dia benar-benar nekad dengan keputusannya walaupun Chaser tersebut merupakan ahli baru yang masih pemula.
Sama juga dengan Adapter, tapi Chaser merupakan salah satu daripada cabangnya.
Sama juga dengan keputusan yang Yeona lakukan. Aku tak tahu kenapa Yeona bertekad mahu menyerahkan misi ini kepadaku berbanding Adapter yang lain, keputusanku tetap sama melainkan...
Mungkin kerana tragedi itu...
"Katakan saja ini rundingan terakhir antara kawan sebelum kita selesaikan secara profesional." Ahli baru badan inteligen mula menampakkan diri sementara Yeona masih berbicara denganku.
2 Maker, 1 Tester dan 1 Tracker. Satu pasukan dan combo yang ideal bagi para pemula.
Dan aku sedar mereka masih belum lulus ujian kemasukan.
Sudah mula.
Entah kenapa aku merasakan keanehan apabila mereka menampakkan diri namun dia masih belum muncul. Agak-agaklah.
"Kamu tak akan terlibat kan?" Dari telefon, kedengaran gelak tawa yang membuatku nostalgia. Kali terakhir aku mendengarnya ketika aku tak sengaja makan makanan yang telah diletakkan afrodisiak olehnya.
aku menyesal selepas itu dan belajar memasak.
Oleh kerana itu aku yakin,
Budak ni... Dia pasti tidak akan ikut serta.
"Aku akan terima rundingan kau setelah kau kalahkan mereka.
Dan tolong bagi peluang kat mereka."
Yeona berada di HelCarrier tepat di atasku. Tepatnya beratus meter sejauh mungkin yang dia boleh untuk menjauh dariku.
Kalau betul dia nak jadikan aku penilai, aku akan jadi. Tidak baik untuk menghampakan seseorang yang mengaharapkan keberhasilanmu.
Tapi sediakan setumpuk wang yang banyak. Aku tak nak lakukan kerja amal.
"Hei kalian."
Nasi lemak diletakkan di pangkal pokok manakala kopi gantung ikat tepi kuhirup sedikit sebelum disangkutkan pada dahan. Ranting yang lurus kupatahkan untuk dijadikan senjata.
"Memandangkan hari ini merupakan hari pertamaku dipromosikan sebagai penilai, secara mendadak.
Ujian akan dibuat sedikit kelainan.
Khas untuk kalian." Ranting yang kupatahkan kulibas sehingga mampu kujadikan sebagai senjata.
Tak tahan lama namun masih boleh bertahan untuk perlawanan ini. Ini sahaja sudah cukup untuk lawan mereka.
"Dan ketua kalian tak kisah mengenai ini."
"Maksudku ketua kalian yang berada di atas." Aku mengarah ranting ke atas.
Jika kalian terluka. Itu bukan masalah saya.
Memandangkan mereka masih baru.
"Aku bagi peluang. Menyerah atau.."
Aku akan ajar mereka yang kita lahir untuk menang.
Bukan untuk kalah.
Kerana kalah.
Bukan pilihan pertama.
Tapi itu tak bermaksud untuk bagi mereka belas kasihan.
Namun.
Tapi ajar mereka untuk.
Terima.
"Terima padahnya."
— Un nuevo capítulo llegará pronto — Escribe una reseña