Saoto sedang berada di dalam sebuah ruangan di dalam istana yang merupakan sebuah perpustakaan yang terdapat banyak buku tentang sihir dari seluruh pelosok dunia sambil mungkin sedang meneliti sesuatu. Aku dapat rasakan inilah kesehariannya sebagai salah seorang dari Lima Raja Iblis Agung dan pemerintah daerah Miltia yang sentiasa disibukkan dengan pelbagai urusan negara dan masalah rakyat. Ditambah lagi dengan peribadinya yang baik dan lembut meskipun dia seorang yang tegas dalam setiap urusan membuatkan dirinya terbebani dengan setumpuk tugas yang menggunung dari seluruh wilayahnya. Dapat dipastikan lagi, lelaki itu sudah pasti tidak akan mempunyai masa untuk melayani dan berjumpa dengan sesiapa pun ketika ini kerana tanggungjawabnya yang berat itu. Sedangkan aku, masih berdiri terpaku di hadapan sebuah pintu yang besar yang menjadi pemisah antara koridor istana dan ruangan perpustakaan sedang memikirkan patut atau tidak aku menganggunya ketika ini hanya kerana alasan yang sepele.
Bagaimana penampilanku...
Aku menundukkan sambil memegang erat kepalaku kerana kusut dengan tindakan yang patut aku ambil.
("Dia dah pasti sibuk buat urusan dari seluruh negara. Aku pulak datang nak tanya tentang macam mana rupa aku je kat dia...") (Resah)
("Tak ke nampak macam aku nak sangat dipuji oleh dia nanti. Karang dia ingat aku dari ready nak memperdalam lagi hubungan nanti...") (Resah)
Aku terus resah memikirkan seribu satu kemungkinan yang akan terjadi kepadaku hanya dengan mengetuk pintu di hadapanku ini. Antara semuanya akan berakhir baik dengan aku dapatkan apa yang aku nak atau semuanya berubah secara mendadak dan keperawananku akan terus diambil hanya kerana salah faham. Walaupun aku sendiri telah membulatkan tekadku untuk mengikutinya, namun aku rasa ini masih terlalu awal untuk sampai ke tahap itu meskipun aku tidak keberatan akan hal itu. Apa yang penting sekarang ini ialah pintu di depanku ini adalah pintu yang menentukan masa hadapanku ketika ini. Aku kemudiannya menatap pintu di hadapanku ini agak lama sebelum akhirnya memberanikan diriku untuk membukanya. Air liur kutelan dan perlahan tanganku menggapai ganggang pintu di hadapanku untuk membukanya. Walaupun tanganku sangat bergetar kerana rasa serba salahku untuk menganggunya yang tinggi namun ekorku tidak kunjung tenang selagi belum mendapatkan pujian darinya. Hatiku juga terasa kosong seperti sangat mengharapkan agar rupaku ketika ini dipuji olehnya. Seketika suasana yang tegang itu dileraikan sebaik sahaja pintu besar tersebut dibuka dan mengejutkan aku yang sedari tadi mencuba untuk membukanya. Aku turut dikejutkan dengan wajah Ena yang muncul sebaik sahaja pintu tersebut dibuka olehnya.
"E-Ena? A-Apa Ena bu-buat kat sini-"
Aku bertanya dengan penuh kehairanan melihat wanita elf di hadapanku ini sudah berada di dalam perpustakaan sejak awal lagi. Namun belum sempat aku menyelesaikan persoalanku, Ena pantas memotongnya sambil memandangku dengan wajah yang tersenyum sambil menyepetkan matanya seperti sedar akan sesuatu. Wanita tersebut lantas menghamipiri tubuhku dan menggenggam erat kedua belah bahuku lantas membuatkan aku sedikit terkejut.
"Mahou... Pipi Mahou merah semacam je. Mahou cadang nak dielus-elus oleh Saoto-Sama lagi ke? Aaaa... Romantiknya..." (Sakat)
Aku yang terkejut sebaik sahaja mendengar ucapan Ena lantas menekup kedua belah pipiku yang aku pun tidak sedar sejak bila telah memerah. Aku yang masih panik kemudian mengalihkan pandanganku daripada Ena sambil membungkukkan sedikit badanku agar pipiku yang memerah ini tidak dapat lagi dilihat olehnya. Aku lantas menafikan tuduhan yang dilayangkan ke atasku dengan panik kepada wanita di hadapanku itu.
"MA-MANA ADA... S-SEI CU-CUMA... EEK?!!" (Panik)
Aku dikejutkan lagi sebaik sahaja Ena yang tangannya terlepas apabila aku mengalihkan pandanganku tadi tiba-tiba sahaja memeluk erat tubuhku dari belakang. Dengan suara yang sedikit tegas, aku mendengar sesuatu keluar dari mulutnya.
"Mahou jangan risau. Semua tugas Ena yang bersangkutan dengan Saoto-Sama semuanya dah selesai. Jadi, Ena tidak ada alasan untuk mengacau suasana romantik Mahou berdua. Apapun, Semangat!!!"
Aku terkejut sebaik sahaja mendengar setiap butir perkataan wanita di belakangku ini. Namun jauh di lubuk hatiku aku rasa sangat tenang sebaik sahaja mengetahui yang dia tidak akan menganggu waktuku bersama dengan Saoto nanti. Apalagi aku akan jadi sangat malu jika saat-saat hangat itu dilihat oleh seseorang yang aku kenali. Aku lantas kembali memandang wajah Ena yang berada di belakangku sebaik sahaja dia melepaskan pelukannya. Aku seketika termenung melihat dirinya yang mengacungkan jari ke arahku seakan menandakan bahawa dirinya sedang memberikan aku semangat untuk terus maju.
("Ni ke cara perempuan menyemangatkan perempuan yang lain...") (Termenung)
Aku kemudiannya tersenyum memandang wajah wanita di hadapanku itu. Walaupun aku agak kekok sebaik sahaja disemangati begitu namun aku rasa seakan mendapatkan dorongan dan motivasi baru untuk meneruskan niat asalku. Ena yang melihat aku yang telah kembali bersemangat lantas menepuk perlahan bahuku sebelum meninggalkanku sendirian. Aku memandangnya lama untuk memastikan dia telah betul-betul pergi sebelum kembali masuk ke dalam ruangan perpustakaan itu. Namun, alangkah terkejutnya sebaik sahaja aku memalingkan badanku dan melanggar sesuatu yang keras di hadapanku yang muncul secara tiba-tiba. Aku lantas mengusap perlahan hidungku yang kesakitan akibat pelanggaran itu sebelum aku dikejutkan sebaik sahaja melihat sosok yang berdiri di hadapanku kini.
Saoto.
"Ma-Maaf Sei... Saoto tak perasan Sei ada kat sini..." (Cemas)
Saoto seketika cemas sebaik sahaja menyedari dia telah melanggarku sebaik sahaja dia ingin keluar dari ruangan itu. Dia lantas menghulurkan tangannya untuk mengusap perlahan hidungku yang kesakitan namun aku melarikannya kerana tidak merasakan sebarang kecederaan yang serius pada hidungku. Dengan perlahan aku menggenggam tangannya dengan kedua belah tanganku untuk menunjukkan pada Saoto bahawa hidungku tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berlanggar dengan otot dadanya yang keras itu.
"S-Sei baik-baik je"
Aku memandang wajah lelaki di hadapanku itu sambil tersenyum melihat wajahnya yang cemas itu untuk menenangkannya. Perlahan, Saoto kembali tersenyum sebelum memegang tanganku erat dengan kedua belah tangannya untuk membalas genggaman tanganku tadi. Aku yang sedikit terkejut dengan tindakannya itu terus menatap wajahnya sehingga aku teringat tujuan asal kedatanganku untuk berjumpa dengannya ketika ini.
("Sekejap... Macam mana aku nak tanyakan kat Saoto tentang penampilanku ni... Selama ni aku yang selalu menjawab soalan macam ini tapi kali ni aku yang nak tanya kat orang...") (Termenung sebab sebelum ni lelaki)
Aku termenung seketika memikirkan langkah yang perlu aku ambil. Tanpa sedar, aku melarikan wajahku daripada memandang tepat wajah Saoto sebaik sahaja aku berasa malu apabila memikirkan soalan yang akan aku ajukan pada lelaki di hadapanku ini. Seketika aku dikejutkan sebaik sahaja melihat pandanganku yang semakin tinggi dan kakiku yang tidak lagi menyentuh lantai tempatku berdiri. Tanpa kusedari, Saoto mengangkat tubuhku perlahan sebelum kembali memandang wajahku sambil tersenyum. Entah bagaimana hatiku berasa sangat bahagia sebaik sahaja tubuhku digenggam erat olehnya seakan-akan aku menginginkannya untuk memperlakukan aku seperti ini. Aku seketika terkejut sebaik sahaja Saoto kembali berkata setelah terdiam sejenak.
"Apa yang mengganggu fikiran Sei sekarang ni... Bagitahu Saoto..."
Aku terkilan sebaik sahaja mendengar pertanyaan Saoto. Akan tetapi aku sedar riak wajah aku sebentar tadi langsung tidak menggambarkan sedikit pun ketenangan di wajahku. Namun, perkara yang membuatkan aku tidak tenang itu bukannya perkara yang menggangguku akan tetapi menganggu lelaki di hadapanku ini yang jadualnya padat dan sempit. Seketika aku rasa serba salah untuk mengungkapkan apa yang aku inginkan dari tadi.
"Aaaaah... A-anu..." (Serba salah)
"Sei nak Saoto ajar sekarang ke macam mana nak hidup sebagai succubus?"
Aku terkejut sebaik sahaja mendengar soalan dari Saoto. Aku seketika teringat aku pernah berjanji padanya untuk mengajarku cara hidup sebagai seorang succubus. Aku tidak menyangka lelaki di hadapanku ini masih mengingat perkara itu meskipun yang ingin belajar itu ialah aku. Aku seketika serba salah mengganggu jadualnya yang padat hanya kerana hal yang remeh, nak dipuji olehnya. Meskipun Saoto tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan, dia masih ingat tentang itu sedangkan aku malah menghambat kerjanya. Seketika, aku dikejutkan sebaik sahaja Saoto tiba-tiba mencium dahiku lantas membuatkan aku terdiam kebingungan kerana tidak tahu untuk memberikan respon apa terhadap ciuman tersebut. Aku lantas memandang wajah Saoto dengan penuh kehairanan.
"Sei, baik Sei cakap apa Sei nak cakap. Kalau tak lepas ni bukan di dahi dah..."
Pipiku seketika memerah sebaik sahaja mendengar peringatan daripada lelaki di hadapanku ini. Entah bagaimana aku rasa sangat tenang sebaik sahaja mengetahui Saoto yang cuba untuk menghiburku malah tidak mengganggap kehadiranku ketika ini menghambat kerjanya sebagai Raja Iblis Agung. Seketika, sebahagian kisah lamaku terlintas di dalam benakku sebaik sahaja mengingat suasana yang mirip seperti ketika ini.
Aku bangun pagi-pagi kerana dikejutkan oleh sebuah panggilan telefon oleh orang yang tidak asing lagi dalam hidupku, Tomori-San. Boleh dikatakan setiap kali kami keluar berjalan-jalan, dapat dipastikan setiap hari aku pasti akan ditanyakan satu soalan mematikan sebaik sahaja bersama dengannya.
"Hei Sei-Kun, macam mana rupa Tomori hari ni. Perempuan tu lagi cantik tak daripada Tomori?"
Tomori mengarahkan jarinya menunjuk seorang perempuan yang rupawan yang berdiri tidak jauh dari kami sewaktu kami berjalan-jalan di kota. Seketika, aku sedar persoalan yang diajukan olehnya itu tidak lain adalah soalan untuk menjebak sang lelaki kerana kedua-dua jawapan boleh membawa kepada salah faham antara kami. Sekiranya aku mengiyakan pertanyaannya, aku akan dituduh kerana mengganggap wanita di hadapanku ini langsung tidak cantik manakala jika aku mengatakan sebaliknya, aku juga akan dituduh kerana dianggap hanya cuba untuk menjaga hati wanita di hadapanku ini tanpa mengatakan kebenaran. Sebagai seorang lelaki pun, aku serba salah untuk menjawab persoalan seperti ini. Silap sedikit sahaja aku akan tergeletak lemah di tanah setelah dicampak oleh wanita yang aku paling percaya di dunia ketika itu. Aku lantas meragukan jawapan yang akan diberikan oleh Saoto sekiranya aku menanyakan soalan seperti itu. Seketika aku dikejutkan oleh Saoto yang tiba-tiba kembali mencium pipiku menghentikan lamunanku yang panjang tadi sebelum ianya langsung memerah sebaik sahaja aku menyedari lelaki di hadapanku ini cuba untuk menghiburku yang termenung memikirkan hal tadi. Saoto kembali tersenyum memandangku untuk menunjukkan padaku bahawa dia tidak akan keberatan untuk mendengar apa jua masalah yang menggusarkan hatiku ketika ini.
"Takpe Sei, cakap je. Kalau tak lepas ni bukan di pipi dah..."
Saoto kembali menyakat diriku agar masalah yang kuhadapi sekarang ini tidak aku pendam seorang diri. Walaupun begitu, aku langsung tidak membenci Saoto yang menyakat diriku ketika ini malah aku semacam mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu. Dengan nada yang perlahan dan dipenuhi rasa malu, aku menundukkan pandanganku agar tidak langsung menatap wajahnya sambil memeluk erat tubuh lelaki di hadapanku ini sebelum menanyakan sesuatu padanya.
"Sa-Saoto... Ca-Cantik tak ru-rupa S-Sei h-hari ni?..." (Malu)
Saoto terdiam sejenak sebaik sahaja mendengar ucapanku tanpa memberikan sebarang reaksi seperti terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Aku yang masih dipenuhi rasa malu kerana menanyakan soalan seperti itu kepadanya terus menundukkan pandanganku tidak berani menatap langsung wajah lelaki di hadapanku ini. Manakan tidak, soalan remeh seperti itu perlu difikirkan olehnya yang sedang sibuk ketika ini. Aku terus terdiam sehingga Saoto yang secara tiba-tiba merapatkan mulutnya ke telingaku sebelum kembali mengatakan sesuatu padaku.
"Sei, cantik tu relatif Sei... Takde yang betul-betul cantik di mata semua orang... Tapi bagi Saoto, Sei lah wanita paling cantik yang pernah ada dalam hidup Saoto. Pakaian yang Sei kenakan sekarang ni yang sepadan dengan wajah Sei menarikkan lagi seri Sei sebagai seorang wanita di mata Saoto..."
Aku sangat terkejut dan malu sebaik sahaja dipuji seperti itu oleh Saoto. Aku tidak menyangka hatiku akan terus cair sebaik sahaja mendengar suaranya yang menggoda itu memuji-muji kecantikanku. Badanku seketika terasa sangat hangat sebaik sahaja dipuji olehnya. Fikiranku celaru dan tidak dapat berfikir dengan jernih lagi. Jantungku berdegup kencang dan nafasku seakan terasa lebih berat dalam pegangannya. Ekorku terus bergoyang dengan laju menandakan aku yang langsung tidak tenang walaupun niat asalku mendatanginya hanyalah untuk menenangkan hatiku yang teringin untuk mendengar dirinya memuji kecantikanku ini.
Inikah perasaan nikmat sebaik sahaja seorang perempuan dipuji oleh kekasihnya?
Atau ini hanya disebabkan suaranya yang menggoda menyebabkan aku seperti ini?
Atau kerana aku seorang succubus yang sepatutnya menyukai benda seperti ini?
Seribu satu persoalan muncul di benakku sebaik sahaja aku mempersoalkan bagaimana aku menjadi seperti ini. Walaupun sudah digenggam erat oleh tubuhnya yang hangat dan disertai aroma tubuhnya yang memikat hatiku, aku langsung tidak tenang dan malah mengharapkan sesuatu yang lebih daripadanya. Aku seperti mengidamkan sesuatu yang lebih mesra daripada lelaki di hadapanku ini. Aku lantas memandang lama wajah Saoto dengan riak muka yang gelisah dan pipiku yang memerah kerana malu untuk meminta sesuatu darinya. Saoto yang terdiam dari tadi seketika terkejut sebaik sahaja memandang riak wajahku. Dengan suara yang bergetar-getar, aku meluahkan perasaan yang ada di hatiku kepada lelaki di hadapanku ini.
"Sa-Saoto... Ci-cium Sei-" (Malu)
Aku tanpa segan meminta Saoto mencium bibirku walaupun tujuan asalnya menyakatku seperti itu hanyalah untuk membuatkan aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hatiku. Namun, hatiku tak kunjung tenang seperti mengharapkan untuk diriku dicium olehnya. Aku terus menatap lama bibirnya yang kusam itu tanpa aku sedari sambil terbayang-bayang diriku mencium bibirnya itu. Aku akhirnya meluahkan keinginanku itu pada Saoto sambil berharap ciumannya itu nanti akan membuatkan hatiku menjadi lebih tenang. Namun, aku dikejutkan oleh Saoto yang tiba-tiba sahaja menciumku meskipun aku masih belum sempat mengatakan sepenuhnya keinginanku padanya. Saoto seakan-akan tahu bahawa aku sangat menantikan ciuman darinya mungkin juga kerana terpancar jelas dari riak wajahku tadi. Walaupun agak terkejut, entah mengapa aku menikmati ciuman yang diberikan oleh lelaki di hadapanku ini dan terus menggenggam erat tubuhnya seakan-akan tidak mahu dirinya melepaskanku ketika ini.
Aku terus menikmati saat-saat bibirnya menyentuh lembut bibirku ketika ini. Lidahnya bergoyang-goyang perlahan mengelilingi lidahku yang terdiam sebaik sahaja fikiranku tidak lagi dapat berfikir jernih apabila menyentuh lembut dan menikmati sentuhan lidahnya itu. Suasana yang hangat ini terus mengisi suasana hatiku yang seketika tenang sebaik sahaja dapat merasai betapa hangatnya mulut lelaki di hadapanku ini. Saoto yang terus menggenggam erat kepalaku memberikan aku kebenaran untuk tetap berada dalam posisi ini untuk waktu yang agak lama.
Akhirnya saat yang indah itu terhenti sebaik sahaja Saoto kembali menarik bibirnya daripada bibirku. Aku yang masih terkilan dan terngiang-ngiang dengan kehangatan bibirnya tadi lantas menyentuh lembut bibirku yang diciumnya tadi seakan-akan tidak mempercayai betapa nikmatnya ciuman itu tadi. Aku seketika terkejut memandang wajah lelaki di hadapanku itu yang secara tiba-tiba mencium pipiku untuk menenangkanku yang entah sejak bila memasang wajah yang sedih padanya. Aku lantas meminta Saoto kembali menurunkan badanku sebaik sahaja aku merasa sedikit lebih tenang setelah mendapatkan ciuman darinya.
"Sa-Saoto... Dah boleh turunkan S-Sei..." (Penat)
Saoto dengan berhati-hati perlahan menurunkanku daripada pelukannya sambil membantuku berdiri semula di atas lantai. Entah kenapa seluruh tenagaku hilang sebaik sahaja mendapat ciuman darinya tadi sehinggakan kakiku bergetar-getar apabila aku cuba menyeimbangkan tubuhku untuk berdiri semula. Saoto pantas memimpin tanganku seketika sebelum akhirnya melepaskannya sebaik sahaja aku mampu berdiri semula dengan betul. Saoto lantas menanyakanku tentang keadaanku yang sedikit lemah sambil memandangku dengan penuh senyuman terukir di wajahnya.
"Sei, Sei dah okay kan?"
"Hmpph..."
Aku mengiyakan pertanyaan Saoto sambil mengangguk perlahan untuk membalas pertanyaannya itu. Bukan kerana aku tidak mahu membalasnya dengan lebih baik akan tetapi aku tidak lagi mempunyai sebarang tenaga untuk berbuat demikian. Segalanya hilang sebaik sahaja aku mencium bibirnya dengan penuh mesra tadi. Seketika aku kembali terkejut sebaik sahaja Saoto yang sedari tadi diam tiba-tiba menarik tubuhku dan merehatkan kepalaku di atas dadanya itu sambil mengusap lembut kepalaku. Aku terasa lebih tenang sebaik sahaja kepalaku diusap lembut olehnya sebelum Saoto kembali menyambung sesuatu,
"Sei, kalau Sei rasa ciuman tadi sangat bagus sampai membuatkan Sei hilang seluruh tenaga Sei, itu maksudnya hati Sei dah terbuka untuk menerima Saoto..."
Aku terkejut sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada lelaki di hadapanku ini. Rupanya itulah yang menjelaskan bagaimana ciumannya sebentar tadi terasa sangat nikmat dan seketika seluruh tenaga di tubuhku hilang. Walaupun begitu, aku tidak membenci ciuman itu malah aku sangat mengharapkan untuk mendapatkan lagi ciuman seperti itu untuk ke depannya. Aku menarik nafas lega setelah keadaanku semakin membaik dalam pelukannya. Meskipun perlahan, aku dapat merasakan denyutan jantung lelaki di hadapanku ini yang masih laju menunjukkan padaku bahawa dia turut merasai sensasi yang sama sepertiku daripada ciuman tadi. Aku terus tersenyum sambil merehat kepalaku di dadanya sebelum aku terkejut sebaik sahaja melihat suasana di sebelahku.
Beberapa pelayan terpegun memandangku yang sedang bermesraan dengan Saoto sehinggakan dulang yang dibawanya berjatuhan sebelum pelayan tersebut kembali mengutipnya. Aku yang melihat kejadian itu lantas tersedar akan sesuatu.
("Sekejap... Dari tadi aku bermesraan dengan Saoto seterbuka ini ke?...") (Termenung)
Aku memandang sekelilingku dengan saksama. Aku dan Saoto sedang berdiri di hadapan ruangan perpustakaan atau lebih tepatnya di koridor istana sambil memeluk erat satu sama lain. Aku akhirnya tersedar bahawa hubungan mesra kami tadi bukan sahaja dilakukan di tempat yang terbuka malah turut dilihat oleh para pelayan yang lalu-lalang di sekitar sini tadi.
Aku lantas memukul-mukul dada Saoto untuk menyuruhnya melepaskan pelukannya terhadap tubuhku. Pipiku seketika memerah menahan malu yang teramat sangat sebaik sahaja menyedari ramai pelayan istana yang telah melihat sisi memalukan diriku. Mana tidaknya, aku yang terlalu bersemangat untuk bermesraan dengannya tidak berfikir dua kali sebelum melakukannya dan terbawa suasana. Aku terus meronta-ronta sebelum akhirnya Saoto melepaskan pelukannya sebaik sahaja mendapati terdapat pelayan istana yang memerhati kami dari tadi. Aku yang terlepas dari pelukannya itu lantas memalingkan badanku agar wajahku yang malu ketika ini tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Seketika, telingaku menangkap suara Saoto yang menegur pelayan-pelayan yang melihat kami tadi.
"Nina-San, Rina-San, teruskan kerja seperti sedia kala dan jangan bagitahu sesiapa tentang kejadian ni"
"Baik, Mahou. Izinkan kami kembali menyambung kembali pekerjaan kami"
Aku mengintip sedikit ke belakangku dan melihat kedua pelayan tadi kembali menyambung tugasan mereka masing-masing. Seketika, aku terkejut sebaik sahaja kepalaku diusap lembut oleh Saoto yang sejak bila telah berdiri tepat di belakangku.
"Sei tak perlu risau. Diorang tak tahu pun tentang tu..."
Aku terkejut sebelum memandang wajah Saoto dengan penuh hairan. Bagaimana mungkin kedua pelayan itu tidak mengetahui tentang saat-saat hangat aku bersamanya sedangkan kedua mereka telah berdiri lama di situ sambil memerhatikan kami. Saoto lantas kembali menyambung sambil tersenyum memandangku.
"Saoto dah pasang sihir pelindung di sekeliling kita tadi untuk mengelakkan orang daripada luar untuk mengetahui apa-apa yang terjadi di dalamnya. Lagipun, Saoto tahu yang Sei seorang yang pemalu..."
Aku terkejut memandang wajah lelaki di hadapanku ini. Seketika, air mataku bergenang sebelum akhirnya mengalir keluar daripada kelopak mataku. Aku sangat tidak menyangka lelaki di hadapanku ini sangat mengambil berat tentangku yang merupakan seorang yang pemalu bahkan telah memasang semacam sihir untuk menjaga suasana hatiku. Seketika aku dapat merasakan Saoto merehatkan kepalaku kembali di dadanya sebelum mengusapnya lembut untuk menenangkanku. Aku seketika terasa lebih tenang dalam pelukannya. Dengan suara yang perlahan, aku kembali menanyakan sesuatu kepada lelaki di hadapanku ini.
"Ha-habistu Sa-Saoto... Ke-kenapa pesan k-kat diorang supaya t-tak bagitahu sesiapa tentang h-hal tadi"
Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Jika betul apa yang dikatakannya, kenapa dia perlu berpesan kepada dua pelayan itu tentang hal itu. Bukankah itu bermaksud pelayan-pelayan itu menyedari bahawa kami telah bermesraan di hadapan mereka dalam tempoh yang lama. Saoto yang sedari tadi diam menenangkanku seketika kembali mengangkat perlahan wajahku tepat memandang wajahnya yang masih tersenyum sebelum menciumku pipiku dalam usahanya untuk menghiburkanku. Aku yang terkejut lantas memandang lama wajahnya sebelum dia kembali menyambung,
"Diorang ternampak Sei yang masih lemah tadi sebab Saoto terpaksa lepaskan sihir pelindung itu untuk menolong Sei. Diorang ingin membantu jika terjadi apa-apa sebelum kembali menyambung pekerjaan mereka"
Aku berasa lega sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Saoto. Rupanya-rupanya kedua-dua pelayan itu hanya merisaukanku yang masih lemah dan tidak mampu berdiri sendiri ketika itu. Hanya aku yang salah faham dan mengingat bahawa mereka telah mengetahui segala hal romatis yang berlaku antara aku dan Saoto sebentar tadi. Dengan hati yang penuh bahagia, aku kembali memeluk erat tubuh di hadapanku itu sebelum pelukanku itu dibalas kembali olehnya. Perlahan, aku mengatakan padanya sesuatu,
"Te-Terima ka-kasih Saoto sebab jaga hati Sei"
Aku terus merehatkan kepalaku di dadanya dengan penuh bahagia. Lelaki di hadapanku ini sangat memahami diriku meskipun kami baru sahaja bertemu. Entah bagaimana aku sangat mempercayai lelaki di hadapanku ini melebihi sesiapa pun ketika ini dan sentiasa selesa berada di sampingnya. Aku terus memeluk erat tubuh di hadapanku itu untuk merasakan kehangatan tubuhnya dan aroma badannya sepuas mungkin sebelum kembali memandang tepat wajahnya untuk menanyakan sesuatu.
"Saoto, kenapa Saoto tiba-tiba keluar dari perpustakaan tadi?"
Aku memandang wajahnya dengan penuh hairan. Aku seketika lupa bahawa tujuan asalku datang ini adalah untuk menjenguknya dan menanyakan di ruangan itu kerana tidak ingin mengganggu kerjanya. Namun, semua kejadian terjadi begitu sahaja sebaik sahaja Saoto tiba-tiba keluar dan melanggarku di hadapan pintu tadi.
("Kalau Saoto tak berdiri depan pintu ni, takde lah aku salah faham dan malu sendiri tadi...") (Termenung)
Aku termenung memikirkan punca dari semua kejadian yang terjadi ketika ini. Seketika aku dikejutkan sebaik sahaja Saoto menenyeh manja hidungku sekaligus menghentikan lamunanku sebentar tadi. Aku memandang tepat wajah Saoto yang tersenyum memandangku sambil menunggu jawapan darinya.
"Saoto nak datang jemput Sei untuk makan sekali di ruang makan istana. Tapi Sei tak sangka pulak yang Sei datang sendiri nak jumpa Saoto sebab-"
Aku pantas menutup mulut lelaki di hadapanku itu agar tidak meneruskan ayatnya. Aku sedar aku sendiri yang ego dan menginginkan lelaki di hadapanku ini memuji kecantikanku meskipun aku faham benar kesibukannya. Namun, hatiku rasa lebih tenang dan bahagia kerana itulah aku dapat merasakan sesuatu yang luar biasa tadi. Membayangkannya sahaja telah membuatkan hatiku sedikit gelisah. Seketika, aku kembali dikejutkan oleh Saoto yang tiba-tiba mengangkat tubuhku dengan kedua-dua belah tangannya. Dengan pantas, aku memukul-mukul dadanya sambil menyuruhnya untuk kembali menurunkanku sebelum aku dilihat oleh pelayan yang lalu-lalang nanti.
"Sa-Saoto?!! Tu-turunkan Sei?!!" (Cemas)
Saoto tersengih memandangku yang seketika panik sebaik sahaja diangkat olehnya. Tiba-tiba Saoto kembali mencium pipiku lantas membuatkan aku yang hairan memandang tepat wajahnya itu untuk mendapatkan penjelasan.
"Sei macam gelisah semacam je tadi. Sekarang dah lebih baikkan? Kalau tak Saoto boleh angkat sampai sa-"
Aku dengan cemas terus menutup sekali lagi mulut lelaki di hadapanku itu sambil mengangguk laju padanya. Daripada menanggung malu yang teramat apabila dibawa olehnya dengan keadaan pipiku yang memerah ketika ini, lebih baik aku berjalan di sebelahnya sambil menenangkan diriku terlebih dahulu. Sejujurnya aku risau sebaik sahaja disapa oleh seseorang di ruang makan itu nanti dengan keadaanku yang seperti itu.
"Alalala... Manjanya Mahou yang satu ni..." (Terbayang Ena menyakat)
Apa-apapun yang terjadi aku tidak boleh membuatkan wanita itu melihatku seperti ini. Mahu nanti setiap kali mandi aku akan disakat teruk olehnya yang meskipun masih membujang tapi sangat agresif dalam hal-hal ini. Seketika, Saoto kembali menurunkan perlahan badanku sebelum menghulurkan tangannya untuk memimpinku. Aku yang sedikit terkejut dengan tindakannya itu kemudian menyambut hangat tangan yang dihulurkannya untuk memimpinku menuju ruang makan. Namun, aku sedikit terkejut sebaik sahaja Saoto membetulkan genggaman tangannya untuk menggenggam erat tanganku layaknya sebagai seorang pasangan. Kepalaku juga turut direhatkan olehnya di tangannya sebelum Saoto kembali menanyakan sesuatu kepadaku.
"Sei tak keberatan kan kalau begini?"
Saoto bertanya kepadaku untuk memastikan dia tidak membuatkan aku berasa tidak selesa. Namun sebaliknya aku sangat bahagia dapat menggenggam erat tangannya yang besar itu sambil merasakan suhu tangannya yang hangat yang dapat menenangkan hatiku itu. Aku mengangguk perlahan memandangnya sambil merehatkan kepalaku di lengannya sebelum kami melangkah maju ke ruang makan istana layaknya sepasang kekasih.
Seketika aku terkejut sebaik sahaja melihat ruang makan yang kini ada di hadapanku. Aku lantas memandang lama meja makan yang berada di hadapanku itu seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat.
("Meja makannya sangat panjang dan terdapat dua kerusi di hujungnya... Aku akan makan dekat hujung sebelah kiri sedangkan Saoto makan dekat hujung sebelah kanan ke?...") (Muram)
Aku sedikit muram sebaik sahaja melihat meja yang akan menjadi tempat santapanku bersama Saoto nanti. Jarak kedua kerusinya berada saling berhadapan dan jauh antara satu dengan yang lain. Aku lantas menanyakan lelaki di sebelahku setelah curiga akan sesuatu.
"Saoto, Saoto tak guna meja panjang tu untuk buat benda lain kan?" (Jeling)
Aku menjeling lelaki di sebelahku kerana curiga dengan meja yang panjang itu yang tetap digunakan olehnya walaupun Saoto hanya seorang diri mengurus istana sebelum ini. Aku tidak mahu dikejutkan oleh kebenaran bahawa aku hanyalah salah seorang dari- haremnya. Saoto seketika mengusap lembut kepalaku sambil memandang tepat wajahku.
"Kenapa ragukan lagi? Dekat Saoto hanya ada Sei seorang je... Saoto tengok-tengok Sei dah pandai cemburu dah ni-"
Aku dengan pantas menutup mulut lelaki di hadapanku itu buat ketiga kalinya sebaik sahaja mendengar perkataannya itu. Namun, aku tidak nafikan jauh dilubuk hatiku wujud rasa cemburu sebaik sahaja memikirkan Saoto mempunyai seseorang yang lain di hatinya. Perlahan, aku tidak dapat merasakan lagi naluriku sebagai seorang lelaki 'professional' yang telah hidup selama satu kali hidup lebih dan malah diganti dengan sifat alami seorang wanita. Aku lantas melepaskan kembali tanganku itu daripada terus memegang mulut Saoto sebaik sahaja kami disapa oleh seorang pelayan istana.
"Selamat pagi, Mahou Seinarin, Mahou Saoto. Nama saya Lia. Mahou berdua boleh duduk di kerusi yang telah kami sediakan"
Wanita elf yang mengenalkan dirinya sebagai Lia itu menunjukkan kerusiku dan Saoto yang telah disediakan oleh pelayan istana. Kerusi yang asalnya jauh dialihkan dan diletakkan betul-bertul bersebelahan Saoto agar kami dapat menikmati hidangkan kami bersama. Aku yang sudah tidak sabar untuk menjamu selera makanan istananya ini lantas menarik tangan Saoto laju ke meja makan sambil tersenyum memandangnya. Saoto yang terkejut dengan tindakanku itu pantas mengikuti langkahan kakiku sebelum kami merebahkan punggung kami di atas kerusi yang disediakan. Aku seketika terliur sebaik sahaja melihat hidangkan yang dibawakan kepada kami. Namun seleraku tiba-tiba hilang sebaik sahaja tudung yang menutup makanan itu dibuka dan menampakkan rupa sebenar di dalamnya.
"Ni ke makanannya?..." (Tatap)
Aku mencuit-cuit makanan di hadapanku itu dengan garfu yang disediakan. Seleraku hilang sebaik sahaja melihat daging yang disediakan di hadapanku itu masih mentah dan berlumuran darah seperti baru sahaja disembelih dan terus dihidangkan kepada tetamu. Aku memalingkan wajahku memandang Saoto tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Bagaimana mungkin Raja Iblis sepertinya memakan sesuatu yang seperti ini setiap hari. Saoto seketika melepaskan nafas yang berat sebelum kembali memandangku sambil mengusap lembut kepalaku.
"Inilah sebabnya Saoto nak ajak Sei tinggal dengan Saoto... Kalau dibiarkan begini, hari-hari Saoto kena panggang sendiri dagingnya ni..." (Sedih)
("Sebab daging tak masak je pun boleh sedih... Bukan ke Saoto Raja Iblis Agung...) (Tatap)
Aku hairan melihat Saoto yang menangis hanya kerana masalah daging yang tidak dimasak ini. Namun, aku memahami perasaannya yang terpaksa memasak sendiri sebelum memakannya. Seketika, aku dikejutkan sebaik sahaja seorang wanita yang kukenali menghampiriku dan menegurku.
"Maafkan Ena, Mahou Seinarin. Tetapi inilah makanan yang menjadi kesukaan-"
"CELAH MANA SUKANYA KALAU YANG DIHIDANGKAN TU DAGING MENTAH?!! ENA PERNAH DENGAR TAK PEPATAH KATA KALAU NAK JAGA HATI LELAKI KENA JAGA PERUTNYA DULU?!! KALAU MACAM NI, SAMPAI BILA-BILA PUN ENA AKAN MEMBUJANG?!!" (Geram)
Aku yang geram seketika membebel sebaik sahaja mendengar ucapan Ena. Seketika aku berasa serba salah sebaik sahaja melihat wanita di hadapanku itu malah bersedih sebaik sahaja memikirkan kata-kataku tadi.
"Ouh... Sebab tu ke Ena membujang..." (Sedih)
Ena yang sedih memainkan telunjuk kerana sedar akan kesilapannya. Aku yang tidak mahu melihatnya terus seperti itu lantas menepuk perlahan bahunya sambil tersenyum memandangnya sebelum mengatakan sesuatu,
"Kalau nak Sei boleh ajar cara memasak kat Ena dan semua pelayan yang ada di sini"
Aku tidak menyalahkan mereka kerana aku sedar ras Iblis yang terdiri daripada pelbagai bangsa mempunyai citarasa makanan yang pelbagai. Namun tak salah juga untuk mengetahui citarasa makhluk lain supaya dapat mudah untuk bergaul dengan mereka. Ditambah lagi usia elf yang amat tua menyebabkan mereka sangat wajib untuk mengetahui citarasa pelbagai makhluk sekiranya ingin mencari pasangan hidup selain dari bangsa mereka. Seketika, semua mata pelayan yang ada di situ bersinar seakan-akan mengharapkan aku untuk mengajarkan mereka cara untuk memasak tidak terkecuali Ena di hadapanku ini. Seketika aku dikejutkan sebaik sahaja Saoto menepuk perlahan bahuku dan memandang wajahku sambil tersenyum.
"Lagipun Saoto rindu masakan Sei. Sei tak keberatan kan?"
Pipiku memerah sebaik sahaja Saoto memuji masakanku. Mungkin inilah perasaan bahagia seorang wanita sebaik sahaja dipuji lebih-lebih lagi oleh orang yang disayanginya. Aku lantas kembali memandang seluruh wajah yang menatapku dengan penuh harapan. Aku lantas menghembuskan nafas yang berat sebelum kembali mengatakan sesuatu.
"BAIKLAH, JOM MASAK"
— Un nuevo capítulo llegará pronto — Escribe una reseña