Descargar la aplicación
5.31% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 77: Mahu Menculiknya Balik Rumah

Capítulo 77: Mahu Menculiknya Balik Rumah

Editor: EndlessFantasy Translation

Nada menyoal siasat Jiang Muye membuatkan Ning Xi berasa tidak selesa. Dia mengerut keningnya lalu bertanya, "Jadi bagaimana jika ya? Bagaimana jika bukan?"

Jiang Muye berjalan berpusing-pusing dalam bulatan dengan marah lalu memandangnya sambil berkata, "Ning Xi, kamu memang sengaja menempah maut. Kamu berani bermain dengan Lu Tingxiao. Kamu tak takut bermain dengan api?"

"Aku suka bermain dengan api. Ada kena-mengena dengan kamu?" Ning Xi terlalu geram dengan kata-kata Jiang Muye sehingga perangainya menjadi teruk mengikut nada marah lelaki itu.

"Kau…" Jiang Muye nyaris terbawa-bawa kemarahannya, dan akhirnya dia menumbuk tiang di belakang gadis itu. "Ning Xi, saya bukan cuba menakutkan kamu. Saya cuma bagi peringatan awal. Kalau tidak, sampai mati pun kamu masih tak tahu! Kamu tak tahu siapa Lu Tingxiao? Kamu sangka dia sama seperti semua bekas teman lelaki kamu?"

Ning Xi memandangnya penuh menyampah. "Kamu ingat saya bodoh? Sudah tentu saya tahu!"

"Jadi kenapa kamu masih…"

"Masih apa? Ada bersangkut-paut dengan kamu kalau saya meniduri Lu Tingxiao?"

"Kamu…" Jiang Muye mula bertenang. Sebenarnya, jauh di dasar hatinya, dia faham Ning Xi tidak begitu bodoh sehingga berbuat demikian. Jadi, dia cuba mengekang kemarahan dan menarik nafas panjang. "Kalau macam itu, beritahu saya apa sebenarnya yang berlaku?"

Ning Xi juga sedar dirinya bersifat kebudak-budakan sehingga bertengkar dengan Jiang Muye. Ini semua sebab kedatangan mengejut lelaki ini hari ini, dia berasa sangat geram sehingga perkara paling kecil pun mampu membangkit kemarahannya.

Ning Xi bertenang dan menjelaskan situasinya, "Saya pernah selamatkan nyawa Si Cilik."

Jiang Muye agak terkejut. "Kamu selamatkan Si Cilik? Apa berlaku kepada Si Cilik?"

"Kira-kira setengah bulan lalu, Lu Jingli telah membawa Si Cilik ke satu bar wain. Untuk melarikan diri dari orang ramai yang bising, Si Cilik tidak sengaja bersembunyi di dalam bilik stor. Mana tahu, kakitangan bar telah mengunci dia dalam bilik stor tanpa menyedari budak itu bersembunyi di dalam…"

Jiang Muye terkejut mendengarnya. "Lu Jingli bawa Si Cilik ke bar wain? Dengar saja pun sudah tahu itu sesuatu bapa saudara kedua saya yang tidak bertanggungjawab itu akan lakukan. Lepas itu? Apa kena-mengena dengan kamu?"

"Masa itu, saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sesi uji bakat <Dunia Ini>. Tapi Chang Li kunci saya dalam bilik stor yang sama untuk menghalang saya…" Ning Xi menjelaskan secara ringkas apa yang berlaku selepas itu.

Jiang Muye mendengar seluruh cerita itu dengan sabar. "Baik, saya sudah faham. Kamu berkenalan dengan Lu Tingxiao kerana kamu telah selamatkan Si Cilik. Kemudian, apa yang sepatutnya berlaku, keluarga Lu berikan kamu pampasan yang besar sebagai tanda terima kasih, dan kemudian 'GAME OVER'. Kamu berdua sepatutnya berpisah selepas itu! Kenapa kamu masih berhubung dengan Lu Tingxiao? Berpindah ke rumahnya pula tu!"

Ning Xi tidak menyebut bahagian Lu Tingxiao ingin membalas dengan tubuh badannya. "Oleh sebab Si Cilik terlalu terkejut sejak kejadian tersebut, dan saya yang telah selamatkan dia, dia sangat bergantung pada saya. Jadi, Lu Tingxiao minta saya tinggal di kediaman Lu sehingga keadaan Si Cilik lebih stabil. Saya perlu bersedia bila-bila masa untuk bertindak sebagai sedatif untuk Si Cilik, faham?"

Selepas mendengar penjelasannya, kemarahan Jiang Muye akhirnya pudar, tetapi dia masih berasa sedikit tidak selesa. "Kamu pasti itu saja? Ramai wanita mahu berkahwin dengannya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Lu. Sekarang, kamu ada peluang yang baik. Kamu memang tak simpan niat lain?"

Ning Xi mengangkat keningnya dan menjawab setengah bergurau, "Kalau kita bercakap tentang itu, saya memang simpan niat kepada Si Cilik. Dia terlalu comel. Saya mahu culik dia untuk menjadi kekasih kecil saya!"

Jiang Muye memandang wanita itu dan terus terdiam. Kemudian, dia menyentuh dahinya dan berkata, "Bagaimanapun, lebih baik kamu tidak fikir perkara yang tidak harus kamu fikirkan. Keluarga berpengaruh bukan seperti kamu fikirkan!"

Ning Xi ketawa dingin, "Apa kamu tahu dalam fikiran saya tentang keluarga berpengaruh."

Dia paling benci golongan kelas atasan yang hanya berpura-pura baik dan sentiasa memakai topeng palsu…

Tidak mudah untuk keluar dari keluarga Ning. Kenapa dia akan rela melompat ke dalam kawah api lagi?


next chapter
Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C77
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión